- Berita
- Berita Auto
- BYD Laku Keras, Sime Darby Motors Rai Pencapaian Jualan Lebih 10,000 Unit BYD Di M'sia
BYD Laku Keras, Sime Darby Motors Rai Pencapaian Jualan Lebih 10,000 Unit BYD Di M'sia
-full.jpg)
Pengedar rasmi Kereta BYD di Malaysia, Sime Darby Motors meraikan pencapaian yang luar biasa apabila sebanyak 10,000 unit BYD sudah terjual di Malaysia.
Bagi meraikan pencapaian tersebut, Sime Darby Motors menganjurkan pemanduan konvoi 'BYD Dream Drive Melaka 2024’ untuk pemilik BYD, baru-baru ini.

Konvoi yang melibatkan 60 kereta BYD itu dilepaskan dari bilik pameran BYD di Ara Damansara, dan mereka berpeluang bermalam dua hari satu malam di Melaka.
Difahamkan, Melaka dipilih sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik tahun ini antara Malaysia dan China.
Ini sekali gus menjadikannya Melaka adalah destinasi yang sesuai memandangkan sejarahnya hubungan dengan China sudah dimeterai sejak abad ke-15.

Sementara itu, Pengarah Urusan Asia Tenggara, Sime Darby Motors, Jeffery Gan berkata, penggembaraan itu mencerminkan penggunaan kenderaan elektrik yang semakin meningkat negara ini selain mengukuhkan lagi kedudukan pihak dalam menerajui EV.
“Kami komited untuk memberikan pengalaman dan perkhidmatan terbaik melalui perkongsian strategik ini,” katanya.
Sebagai sebahagian daripada pencapaian itu, Sime Darby Motors turut menekankan mengenai misinya untuk mengembangkan rangkaian BYD di Malaysia, dimana terdapat 26 bilik pameran BYD di seluruh negara.

Setakat ini, terdapat 19 rakan kongsi peniaga, dengan 16 pusat BYD 3S dan 10 BYD 1S pusat, dimana ia sebenarnya bertujuan untu memastikan pelanggan BYD menerima perkhidmatan dan sokongan yang lancar.
Sehubungan itu, BYD berhasrat untuk memperluaskan 30 bilik pameran menjelang akhir tahun nanti.
Untuk keterangan lanjut, layari laman web http://byd.simedarbymotors.my/.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR5581
SELANGOR
BSU146
JOHOR
JE7695J
PULAU PINANG
PSF8345
PERAK
APL7180
PAHANG
CFH8379
KEDAH
KGJ2538
NEGERI SEMBILAN
NEM735
KOTA KINABALU
SJU2793
KUCHING
QAB6255P
Terakhir Kemas Kini 27 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
BYD M6 Dilancar, Ada 2 Varian: Harga Bermula Dari RM109,800
Pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, Sime Darby Motors akhirnya melancarkan secara rasminya MPV elektrik terbaharu, BYD M6 ke pasaran Malaysia, sebentar tadi.
15-10-2024
Akademi Khas Untuk Asah Kemahiran Pekerja
Sime Darby Motors, Retail & Distribution baru sahaja membuka akademi latihan.
11-08-2023
Berita Terkini
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi
Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.
25-09-2026
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing
Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.
25-09-2026
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan
Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.
24-09-2026
Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026
Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.
24-09-2026
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan
Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.
24-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat