ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

BYD M6 Dilancar, Ada 2 Varian: Harga Bermula Dari RM109,800

Suhana Veru

Kongsi melalui

WhatsApp-Image-2024-10-15-at-11.29.44.jpeg

Pengedar rasmi  kenderaan BYD di Malaysia, Sime Darby Motors akhirnya melancarkan secara rasminya MPV elektrik terbaharu, BYD M6 ke pasaran Malaysia, sebentar tadi.

BYD M6 untuk pasaran Malaysia didatangkan dalam dua varian: BYD M6 Standard dan BYD M6 Extended.

image.png

Bagi varian Standard, ia dijual pada harga RM109,800 manakala M6 Extended (.RM123,800). Bagaimanapun, harga tidak termasuk cukai jalan, caj pendaftaran dan insurans.

Varian Standard  dipadankan dengan motor elektrik tunggal dimana ia  mampu menghamburkan kuasa setakat 120kW dan tork 310 Nm manakala Extended pula  juga menerima motor tunggal  dimana yang ini boleh menghasilkan kuasa 150kW  dan tork 310 Nm.

BYD M6 dikuasakan oleh bateri BYD Blade . Untuk itu, varian Standard  didatangkan dengan bateri berkapsiti  55.4kWh dan Extended (71.8kWh)  dimana dua julat NEDC masing-masing 420km serta 530km.

WhatsApp-Image-2024-10-15-at-11.38.45.jpeg

Ini membolehkan Standard mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 10.1 saat, Extended pula 8.6 saat.

Dengan pengecasan pantas 115kW, bateri boleh dicas semula dari 10 peratus hingga 80 peratus dalam masa 40 minit.

Dari segi dimensi, BYD M6 sepanjang 4,710 mm. selebar 1,810 mm. 1,690 mm (tinggi) manakala jarak rods pula 2,800 mm.

Menjengah bahagian luarannya, BYD M6  menampilkan penggayaan aerodinamik ala Muka Naga selain menawarkan rekaan yang cukup moden.

image.png

MPV ini juga hadir dengan saiz roda bersaiz 17 inci dan ruang but pula seluas 180 liter namun jika kerusi barisan ketiga direbahkan, maka ruang boleh menjadi seluas 580 liter. 

image.pngWhatsApp-Image-2024-10-15-at-11.32.13.jpegWhatsApp-Image-2024-10-15-at-11.38.46.jpeg

Sebaik melangkah masuk ke dalam MPV elektrik ini, ia nyata menawarkan ruang kepala dan ruang kaki yang cukup luas.

image.pngimage.png

Selain itu, MPV ini turut didatangkan dengan skrin sentuh berputar 12.8-inci yang dilengkapi dengan sistem BYD DiLink dan menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.

image.pngimage.png

BYD M6 ini juga didatangkan dengan keupayaan Vehicle -to-Load, selain terdapat NFC Digital Key Function yang mana ia boleh disimpan menerusi telefon pintar.

Mengenai ciri-ciri keselamatannya, M6 ini cukup sarat dengan ciri-ciri keselamatan dimana ia menyediakan Sistem Pemantau Tekanan Tayar, Brek Parkir Elektrik, Kawalan Stabiliti Elektrik, Sistem Kawalan Cengkaman, ada kamera 360 darjah, kawalan jelajah auto hold dan ada radar di belakang.

Bagi varian Extended pula, ia hadir dengan beberpaa ciri tambahans seperti Brek Autonomi Kecemasan, Kawalan Jelajah Pintar, Amaran Perlanggaran Depan dan Belakang, Pengesan Titik Buta, Amaran Keluar Lorong.

Malah,kedua-dua varian juga didatangkan dengan enam beg udara dan menawarkan perluang untuk semua penumpang belakang.

image.png

Bagi yang berminat, BYD M6 ditawarkan dalam empat warna: Crystal White, Ink Stone Blue, Cosmos Black dan Harbour Grey.

Lebih menarik, BYD M6 didatangkan dengan pakej jaminan komprehensif  termasuk jaminan selama 6 tahun atau 150,000 kilometer untuk kenderaan, 8  tahun atau 160,000 kilometer dengan 'State of Health' (SOH) melebihi 70 peratus untuk bateri, serta jaminan 8 tahun atau 150,000 kilometer untuk unit pemacu.

Bagi 300 pembeli terawal, mereka akan menerima Home Charger manakala 100 pembeli yang membuat tempahan BYD M6 pada majlis pelancaran BYD M6 pula akan menerima kredit pengecas bernilai RM800.

Untuk keterangan lanjut, layari http://byd.simedarbymotors.my/.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRY352

SELANGOR

BSU9632

JOHOR

JH2571J

PULAU PINANG

PSH3441

PERAK

APM8489

PAHANG

CFJ3812

KEDAH

KGJ7704

NEGERI SEMBILAN

NEM5592

KOTA KINABALU

SJV1353

KUCHING

QAB9780P

Terakhir Kemas Kini 11 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

27-10-2026
Berita Auto

26-10-2026
Global

Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM

Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.

23-10-2026
EV

20-10-2026
Berita Auto

16-10-2026
Berita Auto

15-10-2026
Berita Auto

15-10-2026
EV

07-09-2026

Berita Terkini

Kereta Baru

Berapa Harga PROTON S70 RS 2027?

Proton S70 RS 2027 bakal dilancarkan pada November ini.

06-11-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?

Mercedes-Benz C-Class 300 Akan Dijual Sekitar RM360,888.

04-11-2026
Kereta Baru

GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000

GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.

03-11-2026
Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.