ChargeSini Jadi Penyedia Pengecas EV Untuk KEB Properties

ChargeSini telah mengumumkan kerjasama strategik bersama KEB Properties Sdn Bhd, satu langkah penting dalam usaha mempercepatkan pembinaan infrastruktur kenderaan elektrik (EV) di Malaysia. Kerjasama ini dimeterai menerusi Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani baru-baru ini.
Kerjasama ini bakal menyaksikan pengecas EV didirikan di beberapa lokasi milik KEB Properties, selari dengan inisiatif syarikat untuk memenuhi matlamat Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

ChargeSini menyatakan bahawa kerjasama ini hadir pada masa yang tepat bagi industri EV di Malaysia dalam usaha untuk menyokong Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) yang dirangka kerajaan. Antara sasaran utama NIMP2030 adalah untuk mencapai sekurang-kurangnya 15% penggunaan kenderaan elektrik dan hibrid daripada jumlah keseluruhan industri (TIV) menjelang 2030, dengan peningkatan kepada 38% menjelang 2040.

Pelan ini turut memberi penekanan kepada pembangunan infrastruktur pengecasan yang kukuh, dengan matlamat untuk menyediakan sebanyak 10,000 stesen pengecasan awam menjelang 2025. Langkah ini dapat membantu Malaysia mencapai objektif untuk menjadi negara neutral karbon menjelang 2050.


ChargeSini kini merupakan pengendali titik pengecasan (CPO) terbesar di Malaysia, dengan lebih 870 titik pengecasan di 283 stesen di seluruh negara. Jumlah ini menunjukkan komitmen syarikat untuk memperluaskan kemudahan pengecasan EV ke seluruh Malaysia.
Kerjasama yang telah dijalinkan dengan KEB Properties bakal memperkukuhkan lagi komitmen ini, sekaligus memudahkan lagi penduduk, pengunjung dan komuniti di lokasi milik KEB untuk mengakses pengecas EV.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR8021
SELANGOR
BSU931
JOHOR
JE8697J
PULAU PINANG
PSF8859
PERAK
APL7550
PAHANG
CFH8514
KEDAH
KGJ2784
NEGERI SEMBILAN
NEM1147
KOTA KINABALU
SJU3172
KUCHING
QAB6415P
Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat