- Berita
- Berita Auto
- Isuzu D-Max Jimat Minyak, Boleh Jalan Sejauh 2,000KM, Hanya 1 Tangki, Tak Sia-Sia Kalau Beli
Isuzu D-Max Jimat Minyak, Boleh Jalan Sejauh 2,000KM, Hanya 1 Tangki, Tak Sia-Sia Kalau Beli

Percaya atu tidak, tiga Isuzu D-Max membuktikan kemampuan penjimatan bahan api yang cukup luar biasa apabila mencatatkan perjalanan jarak sejauh 2,000 km dengan hanya menggunakan satu tangki bahan api penuh berkapasiti 76 liter.
Kejayaan tiga varian berbeza Isuzu D-Max dalam acara Dura Miles Challenge itu turut dilakar dalam Malaysian Book of Records bagi “Trak Pikap Yang Paling Jauh Dipandu Dengan Satu Tangki Bahan Api”.

Tiga unit itu terdiri daripada Isuzu D-Max, — 1.9 liter 4x2 Auto Plus, 1.9 liter 4x4 Auto Premium dan 3.0 liter 4x4 X.
Perjalanan itu bermula dari bandar Phitsanulok di Thailand dan kemudian diakhiri di Pusat 3S Ultra Gallant Isuzu di Klang, Selangor, baru-baru ini.

Difahamkan, ujian ini turut dipantau oleh pegawai teknikal daripada Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) yang sekali gus menjadi pemerhati bagi memastikan tiada isian semula dilakukan sepanjang menempuh perjalanan.
Bercakap ketika menyambut ketibaan semua kenderaan terbabit di Pusat 3S Ultra Gallant Isuzu di Klang, Selangor.
Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe berkata kejayaan itu membuktikan kecemerlangan kejuruteraan Isuzu dalam membangunkan enjin diesel Blue Power yang memberikan prestasi di luar jangkaan kebiasaan penggunaannya.


“Walaupun kami tidak menjangkakan setiap pelanggan akan memandu kenderaan Isuzu mereka sejauh 2,000 km bagi setiap isian bahan api, ia jelas menunjukkan tahap kejuruteraan yang telah diberikan terhadap setiap kendearan Isuzu untuk membolehkannya mencapai keupayaan dalam skala tersebut,” katanya.
Sebelum ini, Isuzu D-Max pernah menamatkan perjalanan dari Bangkok ke Singapura dengan menempuh jarak sejauh 1,809 km hanya dengan satu tangki diesel.

Bagaimanapun, ini bukan kejayaan pertama yang dilakar Isuzu D-Max memandangkan sebelum ini, jentera itu pernah menamatkan perjalanan dari Bangkok ke Singapura dengan menempuh jarak sejauh 1,809 km hanya dengan menggunakan satu tangki diesel.
Susulan itu, Isuzu dikatakan telah berjaya menguji dengan memandu model 1.9 liter Single Cab dengan beban satu tan dan mencapai jarak lebih 1,000 km dengan menggunakan satu tangki penuh bahan api.


Ini bermakna, Isuzu D-Max 2024 bukan sahaja menampilkan rekaan luaran aerodinamik, tetapi menampilkan enjin Euro 4 yang mampu menawarkan kecekapan bahan api yang cukup memukau.
Mengulas lanjut, Okazoe mengakui pihaknya tidak menjangkakan setiap pelanggan akan memandu kenderaan Isuzu mereka sejauh 2,000 km.
“Sebaliknya, ia jelas menunjukkan tahap kejuruteraan yang telah diberikan terhadap setiap kendearan Isuzu untuk membolehkannya mencapai keupayaan dalam skala tersebut,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi, Bahagian Kenderaan Perdagangan Ringan, Kenkichi Sogo pula berpendapat, di sebalik kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat termasuk harga diesel, mereka yang menggunakan Isuzu D-Max sebenarnya beruntung kerana memiliki jentera yang jimat minyak.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang jarak perjalanan luar biasa trak pikap D-Max, layari pickuptruck.isuzu.net.my.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS9140
SELANGOR
BSU2543
JOHOR
JF3245J
PULAU PINANG
PSG1724
PERAK
APL9464
PAHANG
CFH9373
KEDAH
KGJ3585
NEGERI SEMBILAN
NEM1958
KOTA KINABALU
SJU4372
KUCHING
QAB7145P
Terakhir Kemas Kini 03 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel
Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.
28-08-2026
Kebangkitan Isuzu D-MAX 2.2L Baharu: Penguasaan Pasaran Melonjak
Sentuhan Enjin 2.2L Baharu, Penangan Isuzu D-MAX Gegarkan Pasaran Tempatan.
04-08-2026
Berita Baik, Pusat 3S Isuzu Jalan Tun Razak Dibuka
Lebih Besar & Canggih! Isuzu Autoexec Corporation Kini Beroperasi Di Jalan Tun Razak.
22-04-2026
Isuzu Malaysia Terus Kebal! Dominasi 56% Pasaran Trak Komersial
Di sebalik trend permintaan yang semakin berkurang terhadap kenderaan diesel, Isuzu Malaysia membuktikan jenamanya tetap menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.
03-02-2026
Isuzu Malaysia Buka Pusat 4S Di Balakong – Serba Lengkap & Moden
Isuzu Malaysia merasmikan pembukaan Pusat 4S serba baharu di Balakong. Cawangan terbaru ini menjadi pusat jualan, servis, alat ganti serta baik pulih badan dan cat dikendalikan oleh SV Prestige Auto.
24-11-2025
Isuzu D-Max Laris Di Pasaran, Capai 3,081 Unit Dalam 6 Bulan
Isuzu Malaysia mengumumkan bahawa jualan model pikap terlaris jenamanya, Isuzu D-Max, telah mencapai angka 3,081 unit sepanjang enam bulan pertama tahun 2025.
29-07-2025
Yamaguchi Kini CEO Baharu Isuzu Malaysia
Isuzu Malaysia telah melantik Tomoyuki Yamaguchi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu, pada 24 April lalu.
28-04-2025
Berita Terkini
Beli Tayar Continental Di In-Store Marketplace
Continental Tyres Malaysia mengubah landskap pembelian dan penjualan tayar menerusi Konsep Ekosistem InStore Marketplace.
02-10-2026
Kemuncak F1 Sepang: George Russell Pun 'Pening' Sangkut "Jem"
Pemandu F1 George Russell Pun Sangkut Jem Ke SIC Sepang.
02-10-2026
Nasi Lemak RM35 Di Sepang: Harga Makanan F1 Cetus Bualan Hangat
F1 Sepang: Isu Harga Makanan RM35 Jadi Tumpuan Pengunjung.
02-10-2026
Sewa Kereta Kepada Warga Asing: Denda RM10,000
JPJ akan menggempur habis-habisan pemandu warga asing yang semakin bebas memandu secara haram.
02-10-2026
F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt
Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas
01-10-2026
Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu
Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.
30-09-2026
Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia
Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.
30-09-2026
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
