ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

MG Cyberster Sudah Boleh Ditempah, Harga Anggaran RM350K

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

SAIC Motor Malaysia mengumumkan roadster elektrik pertama mereka MG Cyberster  sudah boleh ditempah dimana harga anggarannya cuma di bawah RM350,000.

Jika anda berminat dengan jentera ini, ia akan ditayang MG Cyberster akan ditayangkan pada  Auto Car Expo (ACE)2024 selama dua hari bermula 26 Oktober ini. 

image.png

Pameran itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.

Untuk makluman, MG Cyberster hadir dalam satu varian dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 503 PS (375 kW) dan tork maksimum 725 Nm.

Ia adalah dhasil daripada sistem  pacuan semua roda (4WD) dengan dua motor.

image.pngimage.png

Dibekalkan dengan bateri berkapasiti 77 kWh, Cyberster mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 3.2 saat dan menawarkan jarak pemanduan sehingga 446 km (WLTP).

Menjengah luarannya,  MG Cyberster tampil dengan siluet rendah dan lebar serta

bumbung lembut yang boleh dibuka. 

image.pngimage.png

Pintu gunting elektrik tanpa bingkai bukan sahaja memudahkan akses tetapi juga menambah gaya. Roadster ini dilengkapi roda aloi Jetstream 20-inci, angkup brek merah yang menonjol dan lampu depan LED automatik dengan DRL untuk penglihatan lebih jelas.

Malah, Cyberster turut menampilkan pakej dalaman yang sporty dengan tempat duduk sukan kulit yang dihiasi sisipan Alcantara dan stereng berbalut kulit Nappa. 

Ia juga dilengkapi dengan skrin infotainment bersaiz 7- inci dan  paparan pemandu bersaiz 10.25 inci selain terdapat dua skrin tambahan , satu di kiri dan satu lagi di kanan.

Untuk pengalaman audio yang mantap, ia hadir dengan sistem bunyi Bose 8 pembesar suara.

image.png

Dari segi ciri keselamatan, anda jangan risau! Ini kerana ia cukup sarat dengan pelbagai ciri keselamatan.

Antaranya, Amaran Perlanggaran Depan (FCW), Brek Kecemasan Automatik (AEB) dengan pengesanan pejalan kaki dan basikal, Kawalan Jelajah Adaptif  (ACC), Bantuan Kesesakan Lalu Lintas (TJA), serta Amaran dan Bantuan Lorong (LDW LKA).

 Ia juga hadir dengan Pengesan Titik Buta, Bantuan Tukar Lorong  Lane Change Assist (LCA), Amaran Lintasan Trafik Belakang dan Bantuan Lampu Suluh Tinggi.

image.png

MG Cyberster hadir dalam empat warna menarik: Dynamic Red, Camden Grey, Inca Yellow, dan English White. 

Bagi pilihan Dynamic Red dan Camden Grey, ia mempunyai bahagian dalam hitam dan merah, sementara Inca Yellow dan English White dilengkapi dengan bahagian dalam kelabu. 

Sepanjang acara berlangsung, MG HS dan MG Cyberster boleh ditempah awal dengan anggaran harga bagi MG Cyberster akan turut diumumkan.




Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQW4125

SELANGOR

BSP6302

JOHOR

JYV8514

PULAU PINANG

PSB8651

PERAK

APH1767

PAHANG

CFG3955

KEDAH

KGF6409

NEGERI SEMBILAN

NEK2944

KOTA KINABALU

SJR6942

KUCHING

QAB6991N

Terakhir Kemas Kini 05 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

27-10-2025
Berita Auto

15-10-2025
Kereta Baru

02-10-2025
EV

07-08-2025
Kereta Baru

08-07-2025
Kereta Baru

14-04-2025
Kereta Baru

03-04-2025
Berita Auto

07-03-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Jangan Beli SUV Lain Dulu! JETOUR T1 Dah Buka Tempahan, Spesifikasi Bukan Kaleng-Kaleng

Lagi Cantik Dari Pesaing? JETOUR T1 Secara Rasmi Buka Tempahan Untuk Rakyat Malaysia.

30-04-2026
Kereta Baru

BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum

Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.

27-04-2026
Kereta Baru

MGS5 EV CKD Kini Di Malaysia – Lagi Laju, Lagi Murah, Siap Ada Promo RM9,000

MG Motor Malaysia secara rasminya melancarkan MG S5 EV versi pemasangan tempatan CKD, sebentar tadi.

24-04-2026
Kereta Baru

600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300

Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.

17-04-2026
Kereta Baru

Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?

Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?

16-04-2026
Kereta Baru

Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026

Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.

11-04-2026
Kereta Baru

Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired

MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.

10-04-2026
Kereta Baru

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.