Jom Pandu Uji SUV Premium Jaecoo Omoda C9 Di 1 Utama– Anggaran Dari RM185,000

Seperti yang telah kita sedia maklum, jenama automotif premium, Jaecoo, bakal melancarkan dua model baharu di Malaysia sebelum berakhirnya tahun 2024. Salah satu model yang bakal diperkenalkan ialah SUV off-road mewah, Omoda C9.
Menjelang pelancarannya, Jaecoo Malaysia kini sedang mengadakan siri jelajah “C9 from Jaecoo” yang memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat dengan lebih dekat dan memandu uji model ini di pusat beli-belah 1 Utama, Petaling Jaya sehingga Ahad, 3 November ini. Sekiranya berminat, tempahan juga boleh dibuat secara terus di sini.
Dijangka Akan Dilancarkan Pada Bulan Disember

Sebelum ini, model Omoda C9 pernah dipertontonkan buat pertama kalinya di Malaysia pada hujung September lalu, yang mana Jaecoo Malaysia mengesahkan bahawa model ini akan ditawarkan dalam dua varian sebagai model pemasangan tempatan (CKD). Model ini dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada Disember tahun ini, berkemungkinan semasa Pameran KLIMS 2024.
Baca: SUV Coupe Premium, Omoda C9 Dipertontonkan di M’sia - Lancar Disember Ini, Dari RM185,000
Sentuhan Gaya Premium






Keistimewaan Omoda C9 dapat dilihat melalui reka bentuknya yang menyerlahkan aura mewah terutamanya dari sudut depan dengan gril yang diberikan elemen rekaan bercorak berlian.
Ciri menyerlah lain pada sudut luar Omoda C9 ialah lampu DRL LED ‘Sigma’ menegak, lampu depan LED adaptif, lampu belakang LED sepenuhnya serta rim aloi 20 inci.
Model ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu warna hitam, putih dan kelabu matte.
Enjin Turbo Cecah 257 HP

Omoda C9 bakal ditawarkan dalam dua varian iaitu versi pacuan roda hadapan (2WD) dan pacuan semua roda (AWD), dilengkapi dengan enjin 2.0 liter 4 silinder turbo yang menghasilkan kuasa 257 hp dan tork 400 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan. Perbezaan utama antara kedua-dua varian adalah sistem pacuan dan pilihan mod pemanduan dan jenis laluan (terrain) yang ditawarkan. Varian AWD hadir dengan tujuh mod berbanding tiga mod pada varian FWD.
Apa yang uniknya tentang Omoda C9 ialah penggunaan suspensi adaptif Kawalan Redaman Berterusan (CDC) yang pertama kali diperkenalkan oleh sebuah model SUV crossover bawah RM200,000 di pasaran tempatan.
Ruang Kabin yang Elegan dan Sarat dengan Teknologi



Omoda C9 menawarkan ruang kabin yang mewah dengan ciri-ciri premium seperti tempat duduk hadapan dan belakang yang boleh dilaraskan secara automatik, kawalan pendingin hawa automatik tiga zon, pencahayaan ambien, serta penggunaan kulit berkualiti tinggi dan upholsteri lembut.






Dari segi teknologi, model ini dilengkapi skrin digital dwi-HD 24.6 inci yang boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar. Selain itu, turut disediakan ialah pad pengecasan tanpa wayar, kemasukan tanpa kunci dengan sistem NFC, navigasi terbina dalam (built-in), sistem audio 14 speaker Sony, kamera pandangan keliling 540 darjah dan banyak lagi.
Ciri Keselamatan yang Tinggi dengan Sistem ADAS Canggih
Dalam aspek keselamatan, Omoda C9 dilengkapi dengan lapan beg udara serta pakej Sistem Bantuan Pemandu Canggih (ADAS) Tahap 2.5. Ini termasuk amaran titik buta, amaran buka pintu, amaran penukaran lorong dan banyak lagi untuk pengalaman pemanduan yang lebih selamat.
Tempahan Awal Kini Dibuka dengan Harga Anggaran RM185,000 (2WD) dan RM195,000 (AWD)
Sepertimana model SUV mewah J7, Omoda C9 tampil sebagai satu lagi pilihan premium dari Jaecoo yang ditawarkan pada harga di bawah RM200,000. Model ini dijangka akan dijual pada harga RM185,000 (2WD) dan RM195,000 (AWD). Tempahan boleh dibuat di semua pengedar sah Jaecoo di seluruh negara.
Baca: Jaecoo J7 PHEV Boleh Gerak Sejauh 1,300KM, Harga RM170K
Berminat? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan model ini dengan lebih dekat di 1 Utama!

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW3545
SELANGOR
BSP6005
JOHOR
JYV8092
PULAU PINANG
PSB8445
PERAK
APH1629
PAHANG
CFG3895
KEDAH
KGF6271
NEGERI SEMBILAN
NEK2883
KOTA KINABALU
SJR6798
KUCHING
QAB6955N
Terakhir Kemas Kini 04 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7
Ramai pening nak pilih mana satu antara Omoda C9, Jaecoo J7 atau Proton e.MAS, kami bantu anda.
19-03-2026
Nak Raya Cina, OMODA & JAECOO Malaysia Tawar Ang Pow Hingga RM18,888
Menjelang sambutan Tahun Baharu Cina (CNY), OMODA & JAECOO Malaysia memulakan tahun 2026 menawarkan Ang Pow rebat untuk seluruh barisan model di bawah naungannya.
15-01-2026
Omoda C9 CKD Sudah Mula Dihasilkan, Bakal Diserahkan Pada Jan 2025
Penyerahan Omoda C9 akan dibuat pada Januari 2025.
13-12-2024
Omoda C9 CKD Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Taklah Mahal Sangat
Jaecoo Malaysia melancarkan model terbaharunya, Omoda C9, dua hari lepas.
08-12-2024
SUV Coupe Premium, Omoda C9 Dipertontonkan di M’sia - Lancar Disember Ini, Dari RM185,000
Jaecoo Malaysia telah mempertontonkan Omoda C9 yang dijadualkan untuk dilancarkan di Malaysia pada Disember 2024 nanti. Ini spesifikasi terperincinya...
24-09-2024
Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal
Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.
25-02-2026
Jaecoo J7 Buatan Malaysia Dieksport Ke Brunei
Chery Corporate Malaysia (Chery) telah memperluaskan usaha eksport pemasangan tempatan (CKD) ke pasaran Brunei, baru-baru ini.
20-01-2026
Video Teaser Sudah Dibelanja, Petanda Pelancaran Jaecoo J5 Semakin Hampir
Omoda | Jaecoo Malaysia menyiarkan video teaser yang menunjukkan Jaecoo J5, di halaman Facebook rasminya, beberapa jam lalu.
06-01-2026
Berita Terkini
Jangan Beli SUV Lain Dulu! JETOUR T1 Dah Buka Tempahan, Spesifikasi Bukan Kaleng-Kaleng
Lagi Cantik Dari Pesaing? JETOUR T1 Secara Rasmi Buka Tempahan Untuk Rakyat Malaysia.
30-04-2026
BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum
Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.
27-04-2026
MGS5 EV CKD Kini Di Malaysia – Lagi Laju, Lagi Murah, Siap Ada Promo RM9,000
MG Motor Malaysia secara rasminya melancarkan MG S5 EV versi pemasangan tempatan CKD, sebentar tadi.
24-04-2026
600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300
Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.
17-04-2026
Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?
Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?
16-04-2026
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired
MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.
10-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
