ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

MINI Aceman Elektrik Dilancar, Hanya Ada 1 Varian, Harga RM213,888

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Ada berita baik buat penggemar kereta MINI.

Ini kerana MINI Malaysia buat julung kalinya melancarkan crossover kompak elektrik pertamanya, MINI Aceman, sebentar tadi.

Kereta kompak elektrik ini cuma hadir dalam satu varian iaitu varian SE dimana ia dijual pada harga  RM213,888.

Kehadiran MINI Aceman  di pasaran menandakan pengenalan model crossover pertama MINI dalam segmen kereta kecil premium namun menggabungkan dimensi kompak yang cukup selesa dan luas

Hakikatnya, rekaan yang kemas serta gaya yang cukup memukau, MINI Aceman baharu agak menyerlah selain masih mengekalkan warisan ikonik keluarga MINI.

Sama seperti model berspesifikasi Thailand, MINI Aceman SE dikuasakan oleh e-motor tunggal yang dipasang di hadapan yang sama yang digunakan pada Cooper SE baharu.

Dengan adanya satu motor elektrik ia masih mampu menghamburkan kuasa setakat 218 hp (160 kW) dan 330 Nm.

Ini membolehkan ia memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 7.1 saat manakala kelajuan maksimumnya pula ialah  170 km/j.

Mengenai bateri, ia dilengkapi dengan bateri voltan tinggi 54.2 kW dimana ia menawarkan jarak hingga 406 kilometer.

Menyentuh mengenai pengecasan, Aceman SE menyokong pengecasan AC pada 11 kW, manakala pengecasan DC hingga 95 kW, baterinya dapat dicas dari 10 peratus hingga 80 peratus dalam hanya 30 minit.

Seperti mana  Cooper SE baharu, Aceman SE juga  hadir dengan mod pemanduan Go-Kart dimana ia meningkatkan daya pecutannya, serta menawarkan kawalan cengkaman yang lebih baik.

Menjengah bahagian hadapannya, ia hadir dengan gril oktagon yang agak  besar serta dipadankan dengan bingkai berwarna Vibrant Silver menyebabkan ciri visualnya agak menonjol.

Selain itu,ia juga dilengkapi dengan lampu utama LED yang unik, manakala  rekaan bonetnya yang tajam  memberikan profil hadapannya kelihatan agresif dan gagah.

Tidak ketinggalan, rim jejari Hexagram bersaiz 19 inci dan pelindung tayar yang menonjolkan sifat sportynya.

Antara kelengkapan lain ialah rel bumbung dan pelindung skid yang bergaya menekankan karakter crossover pengembaraannya. 

image.png

Di bahagian belakang, ia hadir dengan permukaan horizontal dan lampu belakang LED jenis tegak. Ini sebenarnya mencerminkan gaya klasik MINI yang tidak ketinggalan zaman.

Melangkah ke dalam MINI Aceman baharu,  ruang dalamannya cukup  minimalis serta ia menekankan ciri keselesaan dan menawarkan teknologi canggih.

image.png

Kabinnya dilengkapi dengan paparan skrin sentuh OLED bulat 240mm beresolusi tinggi  dikuasakan oleh Sistem Operasi 9 MINI yang baharu.

image.png

Antara muka berbentuk bulat ini disepadukan dengan lancar ke dalam papan pemuka, menjadikannya titik tumpuan visual yang menonjol dalam kabin.

image.pngimage.png

Terdapat juga paparan Head-Up MINI yang bertujuan untuk memastikan pemandu kekal fokus di jalan raya dengan memaparkan maklumat penting seperti kelajuan, terus ke garis pandangan mereka.

Dalam pada itu, papan pemuka dan permukaan dalaman lain di dilapisi dengan fabrik kait kitar semula, menggantikan krom dan fabrik kulit terdahulu untuk pendekatan yang lebih mesra alam.

MINI Aceman ini juga  hadir dengan Sistem Operasi 9 MINI, ada Mod Pengalaman MINI baharu yang membolehkan pemandu memperibadikan suasana pemanduan dengan pencahayaan ambien, paparan grafik pada papan pemuka.

image.png

Aplikasi MINI juga membolehkan fungsi canggih seperti kawalan jauh kenderaan, perancangan perjalanan, dan pemantauan aktiviti pengecasan, untuk memberikan pengalaman pemanduan yang terhubung dan berorientasikan digital. 

Terdapat juga Kunci Digital Plus MINI yang mengubah telefon pintar menjadi kunci kenderaan digital selain hadir dengan Sistem bunyi sekeliling Harman Kardon. 

Mengenai ciri keselamatan, MINI Aceman baharu dilengkapi dengan pelbagai sistem bantuan pemanduan standard dan pilihan yang direka untuk menjadikan pemanduan harian lebih selamat.

image.png

Dari segi dimensi pula, MINI Aceman mempunyai panjang 4,076 mm, lebar 1,754 mm, dan ketinggian 1,515 mm manakala jarak roda pula sepanjang 2,606 mm.

Ini membuatkan Aceman elektrik sedikit kecil berbanding dengan MINI Countryman serba baharu dan lebih besar daripada MINI Cooper tiga pintu,

Dengan dimensi yang lebih besar ini,  Aceman menawarkan ruang yang cukup memadai memandangkan  ruang butnya juga agak besar iaitu 300 liter namun butnya boleh menjadi lebih luas kepada 1,005 liter jika tempat duduk belakang direbahkan.  duduk.

Antara ciri keselamatan terdapat dalam MINI Aceman ialah Amaran Tukar Lorong, Maklumat Had Laju, Amaran Perlanggaran Hadapan, Bantuan Parkir Plus, Kawalan Jarak Parkir Aktif, Kamera Bantuan Undur, dan Paparan Menyeluruh 3D, yang membolehkan pemandu memarkir dan keluar dari ruang parkir dengan mudah.

image.pngimage.png


image.png

Bagi yang berminat, MINI Aceman dalam warna Rebel Red dan Indigo Sunset Blue, serta Melting Silver.

MINI Aceman SE yang diimport sepenuhnya (CBU) sudah boeh ditempah bermula hari ini. 

Sehubungan itu, MINI turut menawarkan MINI Extended Warranty & Service Package yang berharga RM 7,400. Harga itu juga termasuk dengan  waranti  standard 2 tahun MINI Malaysia dan program Bantuan Tepi Jalan 5 tahun.

Ini terdiri daripada Bantuan Kemalangan dan Pertolongan 24-Jam, 365 hari setahun melalui panggilan telefon dan bantuan di lokasi, Perkhidmatan Tunda Percuma dan apabila diperlukan (lebih 200km dari rumah kediaman), dan sebenarnya banyak lagi.

Untuk keterangan lanjut, layari https://www.mini.my/en_MY/home.html.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQT9254

SELANGOR

BSP2413

JOHOR

JYU7813

PULAU PINANG

PSB4203

PERAK

APG6432

PAHANG

CFG2182

KEDAH

KGF3184

NEGERI SEMBILAN

NEK1350

KOTA KINABALU

SJR3783

KUCHING

QAB5480N

Terakhir Kemas Kini 18 Apr, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

08-01-2025
EV

25-10-2024
Kereta Baru

08-10-2024
EV

16-09-2024
EV

20-08-2024
Kereta Baru

01-07-2024
Kereta Baru

21-05-2024
Kereta Baru

21-05-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300

Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.

17-04-2026
Kereta Baru

Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?

Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?

16-04-2026
Kereta Baru

Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026

Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.

11-04-2026
Kereta Baru

Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired

MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.

10-04-2026
Kereta Baru

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Kereta Baru

Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan

Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!

08-04-2026
Kereta Baru

Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.

08-04-2026
Kereta Baru

MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki

Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.

07-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.