Mitsubishi Triton Dilancar, Ada 5 Varian, Harga Serendah RM102K

Pengedar rasmi kenderaan di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) melancarkan secara rasminya Mitsubishi Triton generasi keenam, sebentar tadi.
Mitsubishi Triton ini hadir dalam lima varian dan ia dikatakan menetapkan piawaian baharu dalam inovasi, prestasi dan reka bentuk.

Jadual di bawah adalah harga pengenalan untuk Mitsubishi Triton bagi mana-mana individu yang membuat tempahan kereta selewat-lewatnya 31 Disember 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda berkata, sebagai trak pikap yang sesuai dengan era baharu, pihaknya telah membangunkan Triton serba baharu berdasarkan konsep produk "ALL ACTION".
“Ciri utama Triton serba baharu dibangunkan secara eksklusif oleh Mitsubishi Motors, termasuk ladder frame yang lebih kukuh, casis lasak, enjin berkuasa dan sistem 4WD yang mencapai pengendalian dan kestabilan jalan raya yang cukup cemerlang,” katanya.
Jentera ini dikatakan menggunakan enjin turbodiesel 4N16 yang menghamburkan kuasa berbeza untuk memenuhi tujuan yang berbeza.
Triton Athlete dilengkapi dengan enjin turbo dua peringkat 2.4L baharu dimana ia mampu menghasilkan kuasa 204PS, dan tork 470Nm.
Varian lain Triton pula dilengkapi dengan enjin 2.4L 4N16 Turbo Diesel yang menghasilkan output maksimum 184 PS dan tork maksimum 430 Nm.

Malah, varian Single Cab juga dilengkapi dengan enjin diesel 2.4L yang mana ia boleh menghasilkan output maksimum 184 PS dan tork 430 Nm.

Triton serba baharu ini juga didatangkan dengan transmisi automatik enam kelajuan yang menampilkan mod Sports atau kotak gear manual enam-kelajuan yang direka untuk mengurangkan gegaran dari enjin dan memberikan keselesaan.
Malah, varian Athlete turut dilengkapi dengan sistem pacuan empat roda Super Select 4WD-II yang menampilkan empat mod ,2H (pacuan roda belakang), 4H (pacuan 4WD sepenuh masa), 4HLc (differential tengah dikunci) dan 4LLc (differential tengah dikunci dalam gear rendah).
Dari segi dimensi, ukuran Triton ini adalah sepanjang 5,320 mm, 1,865 mm (lebar), 1,795mm tinggi manakala jarak roda pula 3,130 mm.
Berikut adalah beberapa ciri utama yang menarik:
• Saiz badan yang lebih besar berbanding model sebelumnya. Kali ini ia dibina berdasarkan frame yang memberikan tahap ketahanan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
• Enjin baharu dikatakan mampu mencapai kedua-dua output yang lebih tinggi dan mengurangkan pencemaran alam sekitar.
• Suspensi yang baharu dibangunkan memberikan keselesaan penggendalian yang sangat baik dan kestabilan stereng. Sistem Super Select 4WD-II dan mod pemanduan yang dinaik taraf juga menawarkan prestasi jalan yang sangat serba boleh.
• Penggayaan teguh baharu dan dalaman yang sporty menawarkan fungsi dan pengendalian yang sangat baik.
• Keselamatan dan keselesaan yang dipertingkatkan untuk pelbagai tujuan, daripada kegunaan untuk perniagaan sehinggalah peribadi.
-full.jpg)
Menjengah bahagian luarannya, Triton serba baharu bukan sahaja menawarkan rekaan yang berani tetapi tampak sasa dan bertenaga.
Ia hadir dengan lampu nyalaan siang hari serta tiga lampu LED berbentuk L yang menyerupai pandangan tajam burung helang.


Malah, lampu belakangnya yang berbentuk T menekankan lagi kelebaran jentera ini.
Menjengah bahagian kabinnya, ia didatangkan dengan kotak sarung tangan, pemegang telefon pintar dan ada banyak ruang untuk menyimpan barang selain terdapat dua slot USB di konsol tengah serta menyokong sambungan Apple CarPlay/Android Auto.


Ia juga hadir dengan panel instrumen dan konsol tengah yang mempunyai soket USB manakala Athlete pula hadir dengan pad pengecas wayarles.


Malah, kerusi varian Athlete juga dihiasi dengan warna oren dimana ia sebenarnya menonjolkan kemewahan serta kelainan berbanding varian di bawahnya.
Lebih menarik MMM menawarkan kotak simpanan jenis lipat 60L eksklusif bernilai RM450 sebagai hadiah eksklusif untuk 500 pelanggan terawal yang membuat tempahan untuk Triton serba baharu melalui Bilik Pameran Online Mitsubishi.
Triton Athlete juga didatangkan dengan waranti 5 tahun dengan perbatuan tanpa had, untuk tempahan yang dibuat sebelum Disember 2024.

Varian lain pula hadir dengan jaminan 5 tahun, atau perbatuan 200,000km (yang mana dahulu). Apa pula pandangan anda mengenai Mitsubishi Triton ini? Kongsikan di bawah ruangan ini!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRD2357
SELANGOR
BSQ9610
JOHOR
JYB1583
PULAU PINANG
PSD2276
PERAK
APJ3390
PAHANG
CFG8296
KEDAH
KGG5957
NEGERI SEMBILAN
NEK7034
KOTA KINABALU
SJS4796
KUCHING
QAB310P
Terakhir Kemas Kini 24 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Mitsubishi Delica Mini x Coleman Dah Masuk Jepun
Mitsubishi Delica Mini x Coleman y pernah ditayangkan pada pameran Tokyo Auto Salon 2023 pada awal tahun ini.
11-09-2023
Mitsubishi Triton Gen-6 Nak Masuk M'sia
Mitsubishi Triton membuat penampilan sulungnya di Thailand, sebentar tadi.
26-07-2023
Jom Uji Kemampuan Sebenar Xpander & Berpeluang Terima Hadiah Nintendo Switch, G-Shock & Jaket!
Acara ini akan diadakan di tiga lokasi di seluruh negara bermula dengan Shah Alam hujung minggu ini.
13-01-2023
Jualan Mitsubishi Naik 66%
MMM berjaya menghantar 19,217 unit kenderaan dari April 2021 hingga Mac 2022.
29-04-2022
Pelbagai Syarikat Kereta Berganding Bahu Ringankan Beban Mangsa Banjir
Usaha untuk membantu mangsa banjir masih diteruskan dengan penglibatan lebih ramai pengeluar kereta.
24-12-2021
Mitsubishi Mirage G4 2022: Sedan Kompak Dipasang Secara CKD Di Filipina
Mirage G4 2022 akan dipasangkan di Filipina.
27-09-2021
Patutlah Berani Mati Pandu Mengundur , Rupanya "Lalok"
Sangka pengarah filem tengah shooting, rupa-rupanya, pemandu high.
09-06-2026
Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton
Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.
26-02-2026
Berita Terkini
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800
Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?
24-06-2026
Zeekr X 2026 Kini Di Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM158,800
Zeekr X 2026 Dilancarkan Secara Rasmi: SUV Elektrik Kompak Premium, Jarak Gerak Boleh Tahan.
23-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800
JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.
18-06-2026
KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja
Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.
16-06-2026
Hyundai STARGAZER Kini Dibuka Untuk Tempahan Di KLIMS 2026, Harga Bermula Dari RM99,XXX Sahaja
Hyundai STARGAZER: Rupa SUV, Jiwa MPV Keluarga.
15-06-2026
KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS
Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.
15-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888
Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.
12-06-2026
KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut
Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.
12-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat