Mitsubishi Triton Laku Keras, Orang Malaysia Minat Triton Sebab Serba Boleh

Mitsubishi Motors Malaysia mengakui bahawa jualan dan sambutan terhadap model Mitsubishi Triton cukup menggalakkan di negara ini.
Ini kerana jualan Mitsubishi Triton menyumbang 48 peratus kepada jumlah jualan Triton di Malaysia dan menduduki tempat kedua dalam segmen pikap trak untuk empat tahun berturut-turut.

Perkara itu turut diakui Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia, Shinya Ikeda pada sidang akhbar sempena pelancaran Mitsubishi Triton generasi keenam di Bukit Jalil, Selangor semalam.

Menurutnya, sejak Mitsubishi Triton generasi pertama diperkenalkan pada tahun 1978, sebanyak 5.6 juta unit Mitsubishi Triton terjual di seluruh dunia.
Mitsubishi Triton dikatakan menerima reputasi yang cukup baik dari segi stabiliti, pengendalian, pemanduan dan kebolehpercayaan.
Untuk makluman, Triton mewarisi DNA Pajero termasuk dari prestasi 4x4 dan ciri keselamatannya.
Ketika ditanya mengenai sambutan Triton generasi lepas, Ikeda mengakui pihaknya mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

“Sejak Triton dilancarkan, kami mendapat respons yang cukup baik daripada para pembeli di negara ini, sebab itu kami memperkenalkan Triton generasi keenam di pasaran Malaysia,” katanya ringkas kepada Carz.com.my.
Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata, pelancaran Mitsubishi Triton menandakan satu pencapaian penting dalam komitmen Mitsubishi Motors.
Pihaknya bukan sahaja mahu umenyediakan penyelesaian canggih, tetapi menekankan keyakinan pemanduan yang luar biasa serta pengendalian unggul bagi memenuhi keperluan pelanggan trak pikap yang sentiasa berubah.

"Sebagai trak pikap untuk era baharu, kami telah membangunkan Triton baharu dengan pelbagai ciri termasuk kerangka dan badan yang kukuh, casis tahan lasak, enjin berkuasa serta sistem pacuan empat roda (4WD) yang mencapai pengendalian jalan raya dan kestabilan yang terbaik,”jelasnya.
Berdasarkan statistik MMM, sejak 2006, jualan Triton generasi keempat sudah pun mencecah jualan lebih 120,000 unit di Semenanjung dan Sabah dan Sarawak.
Jadi, tidak hairanlah mengapa MMM, membawa masuk Triton generasi keenam ke pasaran tempatan.

Bagi yang berminat, Mitisubishi Triton generasi keenam didatangkan dalam 5 varian.
Mitsubishi Triton Single Cab ditawarkan pada (RM101,980), Triton MT (RM114,980), Triton AT GL (RM116,980), Triton AT Premium (RM145,980) dan Triton Athlete (RM165,980).
Mitsubishi Triton hadir dalam warna Yamabuki Orange, White Diamond dan Black Mica (Triton Athlete), White Diamond dan Graphite Gray (Triton AT Premium).
Untuk keterangan lanjut mengenai Mitsubishi Triton, KLIK ARTIKEL INI.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ1098
SELANGOR
BST6859
JOHOR
JE2496J
PULAU PINANG
PSF5417
PERAK
APL4629
PAHANG
CFH7313
KEDAH
KGJ1097
NEGERI SEMBILAN
NEL8375
KOTA KINABALU
SJU1209
KUCHING
QAB5611P
Terakhir Kemas Kini 17 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Mitsubishi Motors Malaysia Naik Taraf Pusat 4S Di Miri
MMM bersama rakan pengedar setianya, Auto Pacifica, mengumumkan bahawa Pusat 4S yang terletak di Miri, Sarawak telah dinaik taraf, baru-baru ini.
20-04-2026
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan
Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!
08-04-2026
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.
08-04-2026
Mitsubishi Triton Championship Edition Bakal Dilancar, Edisi Terhad AXCR, Harga Bermula - RM155,980
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasmi bakal menggegarkan pasaran trak pikap tempatan dengan pelancaran Mitsubishi Triton Championship Edition pada 11 Mac ini.
06-03-2026
1,000 Tempahan Mitsubishi Xforce Diterima Selepas Seminggu Pra-Pelancaran
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia menerima 1,000 Mitsubishi Xforce dalam masa seminggu selepas pra-pelancaran dan pembukaan tempahan.
16-02-2026
Tempahan Mitsubishi Xforce Kini Dibuka – CKD, Dari RM105K Dengan Rebat RM5,000
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kembali menggegar pasaran SUV kompak tempatan dengan model Mitsubishi Xforce Serba Baharu (2026).
05-02-2026
Mitsubishi Xforce Dipasang Di Pekan, 800 Unit Dijangka Dihantar Pada April Ini
Pengeluaran Mitsubishi Xforce sudah pun dijalankan secara besar-besaran di kilang pemasangannya yang terletak di Pekan, Pahang.
03-02-2026
ROI Mitsubishi Xforce Sudah Dibuka, Jika Minat Sangat Boleh Tempah Pada Feb Nanti
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya akan membuka tempahan untuk Mitsubishi Xforce bermula awal Februari ini.
12-01-2026
Berita Terkini
33 Lori 'Kuasai' Lorong Kanan Disaman
Kenderaan berat sepatutnya kekal di lorong paling kiri dan hanya menggunakan lorong tengah sekiranya perlu memotong.
15-09-2026
JPJ Tahu Modus Operandi Motosikal Roda Tiga
Ketahui tindakan tegas JPJ menerusi Op PEWA terhadap warga asing pandu tanpa lesen dan dokumen sah, termasuk risiko berat buat pemilik kenderaan.
15-09-2026
Pemandu,Penumpang Myvi Lari Masuk Ladang Sawit Selepas Kemalangan Maut
Seorang penunggang motosikal maut manakala pemandu dan penumpang Perodua Myvi melarikan diri ke ladang kelapa sawit selepas terlibat dalam nahas tiga kenderaan.
15-09-2026
Bumbung Proton X50 Tiba-Tiba Retak, Dikatakan Masalah Wear & Tear?
Sunroof Proton X50 Pecah Sendiri? Pemilik Terkilan Ditolak Waranti.
14-09-2026
Saman Trafik Warga Emas: JSPT Dedah Punca Utama.
4 Kesalahan Trafik Utama Warga Emas: Pandu Laju Tertinggi
14-09-2026
Jualan Kereta Ogos 2026: Bezza Juara, e.MAS 5 Masuk Top 5
Senarai kereta terlaris Malaysia.
14-09-2026
Cerun Runtuh Punca Sesak Dekat Terowong Menora
Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dilaporkan sesak akibat cerun runtuh.
11-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
