ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pendaftaran Minat Jaecoo J7 PHEV Kini Dibuka – Cecah 1,200 KM, Lancar Suku Keempat 2024?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Chery-Jaecoo-7-SUV-China-20.jpg


Chery Auto Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasmi rancangannya untuk memperkenalkan kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) untuk pasaran tempatan. Model PHEV tersebut akan diperkenalkan di bawah jenama Jaecoo


Pengumuman ini dibuat melalui laman media sosial Jaecoo Malaysia, bersama dengan jemputan untuk orang ramai membuat pendaftaran minat bagi mereka yang ingin menjadi yang terawal mengetahui perkembangan terkini. Ini memberi petunjuk bahawa Jaecoo J7 PHEV mungkin akan dilancarkan dalam masa yang terdekat.


Persoalan CKD: Akan Dipasang di Malaysia atau Import?


Jaecoo-J7-CKD-CheryMalaysia-ShahAlamPlant-1.jpg


Sekiranya dipasang CKD, model ini mungkin dapat ditawarkan pada harga yang lebih kompetitif kerana mampu mengurangkan cukai. Jika langkah ini diambil, ini bermaksud operasi CKD sedia ada Jaecoo akan diperluas, bukan sahaja untuk J7 yang kini di pasaran tetapi juga untuk J7 PHEV dan model Omoda C9 yang baru dipertontonkan.


Prestasi Hebat dengan Sistem Hibrid Terbaru


441492495_122149633814109438_7562391229993482088_n.jpg


Walaupun secara luaran J7 PHEV menyerupai J7 yang sudah berada di jalan raya Malaysia, ia tidak menggunakan enjin petrol turbo 1.6 liter 4 silinder tetapi  enjin 1.5 liter turbo yang dipadankan dengan transmisi khas hibrid dan motor elektrik di hadapan. Sistem ini dijangka memberikan gabungan kuasa sebanyak 342 hp dan 525 Nm.


Selain itu, Jaecoo J7 PHEV menawarkan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sejauh 88 km melalui bateri besar berkapasiti 18.3 kWj. Dengan tangki penuh 60 liter, jarak pemanduan hibrid keseluruhan melebihi 1,200 km. Kadar penggunaan bahan apinya adalah 5.2 liter untuk setiap 100 km berdasarkan piawaian WLTP.


Baca: JAECOO J7 Bukan Sahaja SUV Mewah Tapi Kereta 2 ALAM?


Ciri Pengecasan Pantas dan Teknologi Terkini


Salah satu ciri yang menonjol pada Jaecoo J7 PHEV ialah keupayaan untuk menerima pengecasan pantas DC. Pengecasan daripada 30% ke 80% hanya mengambil masa 20 minit. Model ini juga menyokong fungsi Vehicle-to-Load (V2L), yang membolehkan tenaga dari bateri kenderaan digunakan untuk peralatan luaran.


Screenshot-2024-10-15-015257.jpg


Buat masa ini, harga jualannya masih belum didedahkan, namun model J7 yang kini di pasaran dijual pada harga RM138,800 untuk versi 2WD dan RM148,800 untuk versi 4WD. 


Bagi yang berminat,  boleh kunjungi laman pendaftaran minat J7 PHEV Jaecoo Malaysia. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC7181

SELANGOR

BSQ8573

JOHOR

JYY8042

PULAU PINANG

PSD1475

PERAK

APJ2670

PAHANG

CFG7947

KEDAH

KGG5327

NEGERI SEMBILAN

NEK6701

KOTA KINABALU

SJS4390

KUCHING

QAB152P

Terakhir Kemas Kini 21 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

02-07-2024
EV

27-04-2024
Kereta Baru

08-04-2024
Berita Auto

15-03-2024
Berita Auto

09-03-2024
Kereta Baru

05-01-2024
Berita Auto

18-12-2023
Berita Auto

06-12-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa

inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.

19-06-2026
Berita Auto

CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun

Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.

19-06-2026
Berita Auto

Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu

Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.

19-06-2026
Berita Auto

Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ

Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.

19-06-2026
Berita Auto

Teliti Cadangan Pasang 'Dashcam' Dalam Kereta e-Hailing

Dashcam E-Hailing: Antara Keselamatan Pemandu Dan Hak Privasi Penumpang.

18-06-2026
Berita Auto

Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!

Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.

18-06-2026
Berita Auto

Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ

Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.

18-06-2026
Berita Auto

Harga Minyak Mingguan: Diesel Turun

Harga runcit diesel di Semenanjung turun 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun 2026.

18-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.