Pasukan Proton R3 Pertaruh Proton S70, Raih Tempat Kelima Dalam Perlumbaan S1K

Pasukan Proton R3 (R3) meraih tempat kelima dalam perlumbaan ketahanan atau Malaysian Touring Car (MTC) di 2024 Sepang 1000KM (S1K), baru-baru ini.
Perlumbaan itu dikatakan cukup mencabar sehinggakan Proton S70 R3 terpaksa mengundurkan diri lebih awal.
Sementara itu, satu lagi unit S70 pula ketinggalan agak jauh di belakang gara-gara kehilangan lebih kurang 40 minit, disebabkan mengalami masalah teknikal.
-Ariff-Azmi-and-Alister-Yoong-full_normal.jpg)
Pasukan bersama pasangan pemandunya, Syafiq Ali dan Fahrizal Hasan di kereta 81, serta pemandu kereta 82, Ariff Azmi dan Alister Yoong telah pun menjalani ujian intensif di Litar Antarabangsa Petronas, Sepang.
Walaupun R3 tidak mempunyai kelebihan kelajuan berbanding pasukan lain seperti tahun-tahun sebelumnya, mereka tetap menunjukkan prestasi yang kompetitif sejak sesi latihan pertama sebelum perlumbaan.
-full_normal.jpg)
Untuk makluman, ini merupakan kali pertama Proton S70 R3 bertanding dalam perlumbaan SK1.
Proton S70 yang dilancarkan 28 November tahun lalu merupakan sedan segmen C pertama yang diperkenalkan oleh Proton dalam tempoh 12 tahun dan telah menempatkan dirinya sebagai peneraju dalam kelasnya di negara ini dengan pantas serta mengalahkan model-model lama dari jenama pesaing.
Keputusan untuk menyertai perlumbaan dibuat tahun lalu dan ia membolehkan R3 memberi tumpuan untuk memastikan dua unit kereta berada di grid semasa perlumbaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, pasukan R3 telah menunjukkan prestasi yang cemerlang di perlumbaan S1K 2024.
Menurutnya, pasukan menyedari cabaran besar seperti persaingan dengan kereta baru, berhadapan dengan pasukan-pasukan yang telah berlumba selama tiga tahun dan jauh lebih maju dalam pembangunan kenderaan.”
“Walaupun kemalangan awal dalam perlumbaan menyebabkan kereta 81 terpaksa berhenti, sementara masalah teknikal pada kereta 82 menyebabkan ia kehilangan masa di pit dan tersingkir dari persaingan keseluruhan.
-full_normal.jpg)
“Jadi, walaupun kami mengharapkan keputusan akhir yang lebih baik, banyak data berguna telah dikumpulkan sepanjang hujung minggu, dan kedudukan kelima dalam kelas MTC telah menetapkan asas bagi R3 untuk memulakan persiapan bagi musim perlumbaan 2025,” katanya.
Penampilan kompetitif seterusnya bagi R3 dan Proton S70 R3 masih dalam perancangan, namun kereta 82 akan dipamerkan di booth PROTON pada Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2024.
Kereta tersebut akan dipamerkan dalam keadaan yang sama seperti ketika ia mengakhiri perlumbaan S1K.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC6526
SELANGOR
BSQ8454
JOHOR
JYY7485
PULAU PINANG
PSD1321
PERAK
APJ2503
PAHANG
CFG7912
KEDAH
KGG5216
NEGERI SEMBILAN
NEK6635
KOTA KINABALU
SJS4331
KUCHING
QAB119P
Terakhir Kemas Kini 20 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa
inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.
19-06-2026
CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun
Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.
19-06-2026
Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu
Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.
19-06-2026
Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ
Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.
19-06-2026
Teliti Cadangan Pasang 'Dashcam' Dalam Kereta e-Hailing
Dashcam E-Hailing: Antara Keselamatan Pemandu Dan Hak Privasi Penumpang.
18-06-2026
Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!
Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.
18-06-2026
Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ
Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.
18-06-2026
Harga Minyak Mingguan: Diesel Turun
Harga runcit diesel di Semenanjung turun 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun 2026.
18-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat