ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton S70 RC Bakal Tunjuk Taring Dalam Perlumbaan Sepang S1K

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Proton buat julung kalinya ada mendedahkan sebuah kereta lumbanya, Proton S70 R3 sempena pameran  Malaysia Autoshow 2024 (MAS 2024) yang diadakan pada Mei lalu.


Kereta konsep R3 (Race, Rally & Research) itu sebenarnya bakal menunjukkan taringnya dalam perlumbaan ketahanan Sepang 1000KM (S1K) pada tahun ini. 

image.png

Untuk itu, kereta konsep yang sudah hampir menjadi kereta sebenar sudah pun diuji di litar ujian Proton di Shah Alam. Hasil ujian itu turut disiarkan di laman Facebook rasmi Proton, lewat petang semalam.

image.pngimage.png

Menerusi klip video itu, ketua mekanik pasukan S70 R3, Osman Jailani dilihat membawa Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton,  Roslan Abdullah ketika menguji jentera itu.

PERKEMBANGAN:

Buat masa sekarang, ia tidak mempunyai rekaan livery yang lain namun warna untuk sentuhan terakhir S70 R3 S1K akan sama dengan warna signatur yang ditunjukkan pada MAS 2024.

image.png

Warnanya sama sahaja dengan Proton R3 yang turut digunakan oleh kereta-kereta lumba S1K seperti Preve, Saga dan Iriz.

Apapun, kita dapat melihat jurutera R3 telah menyempurnakan kereta lumba S70 ini seperti mana kereta lumba yang biasa.

Ia dipasang dengan roll cage dimana ia mampu melindungi pemandu dari hentaman kuat selain  tangki bahan api perlumbaan dengan sistem isian pantas dan sebenarnya banyak lagi.

Ini menunjukkan ia merupakan  model pengeluaran kereta lumba yang biasa. Namun apa yang cukup menarik di sini ialah  mengenai   kuasa enjin S70 R3 S1K. 

Sudah pastinya, ramai yang menjangkakan bahawa versi kereta lumba ini menggunakan enjin  petrol turbo turbo 1.5 liter namun sebenarnya TIDAK.

image.png

Sebaliknya, kami cukup yakin kereta lumba ini  menggunakan enjin 1.6L NA CamPro yang ditala semula, iaitu sama seperti kereta lumba Iriz R3 S1K.

Dikatakan, unit ini  dibina untuk memenuhi spesifikasi kelas MTC dimana  kereta-kereta lumba sebelum ini, dikatakan menghasilkan kuasa lebih dari 200 hp serta digandingkan dengan kotak gear manual perlumbaan.

image.png

Di sebalik itu, nampaknya Proton sudah bersedia untuk mempertaruhkan Proton S70 R3 S1K bagi perlumbaan kali.

Apa pula pandangan anda? 

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRY4976

SELANGOR

BSV1295

JOHOR

JH4296J

PULAU PINANG

PSH4118

PERAK

APM9627

PAHANG

CFJ4115

KEDAH

KGJ8212

NEGERI SEMBILAN

NEM5912

KOTA KINABALU

SJV1864

KUCHING

QAB219Q

Terakhir Kemas Kini 15 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV
Bangunkan Lebih Banyak Infrastruktur Pengecas EV

Bangunkan Lebih Banyak Infrastruktur Pengecas EV

Tiga pihak kerjasama untuk membangunkan stesen pengecas EV.

30-05-2024
Berita Auto
Lebih 45 Kereta, Motosikal Bakal Dilancar

Lebih 45 Kereta, Motosikal Bakal Dilancar

Jom serbu MAS 2024 pada minggu ini.

20-05-2024
Kereta Baru
AMG GT63S E-Performance, Seram Tengok Harga

AMG GT63S E-Performance, Seram Tengok Harga

MBM memperkenalkan kereta mewahnya Mercedes-Benz GT S E-Performance 2023 pada Malaysia Autoshow 2023.

03-05-2023
Berita Auto
Panduan Pengunjung Malaysia Autoshow (MAS) 2023: Aktiviti Yang Akan Berlangsung & Lokasi Pameran

Panduan Pengunjung Malaysia Autoshow (MAS) 2023: Aktiviti Yang Akan Berlangsung & Lokasi Pameran

Pameran permotoran, Malaysia Autoshow (MAS) kini kembali! Baca panduan pengunjung ini untuk memudahkan anda.

02-05-2023
Berita Auto
Proton S70 Berjaya Tambat Hati Rakyat M'Sia Sebab Harga Mampu Milik!
Berita Auto
Pasukan Proton R3 Pertaruh Proton S70, Raih Tempat Kelima Dalam Perlumbaan S1K

Pasukan Proton R3 Pertaruh Proton S70, Raih Tempat Kelima Dalam Perlumbaan S1K

Pasukan Proton R3 (R3) meraih tempat kelima dalam kelas MTC di 2024 Sepang 1000KM (S1K), baru-baru ini.

27-11-2024
Gaya Hidup
Filem Pendek Proton Cipta Kelainan, Sebab Ada Orang KUAT Proton?

Filem Pendek Proton Cipta Kelainan, Sebab Ada Orang KUAT Proton?

Filem pendek ini turut menampilkan model istimewa, Proton S70.

29-03-2024
Berita Auto
Proton Saga Punca Pencapaian Proton Commerce MELONJAK!

Proton Saga Punca Pencapaian Proton Commerce MELONJAK!

Proton Commerce meletakkan sasaran untuk meningkatkan jualan pengeluaran pinjaman lebih tinggi pada tahun ini .

29-01-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse

Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse

: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.

13-11-2026
Berita Auto
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu

Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu

Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.

13-11-2026
Berita Auto
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok

Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok

LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.

12-11-2026
Berita Auto
Siapa Pengganti Menteri Pengangkuran?

Siapa Pengganti Menteri Pengangkuran?

Pengganti Anthony Loke Masih Belum Dibincangkan.

12-11-2026
Berita Auto
JPJ Cipta Sejarah

JPJ Cipta Sejarah

Nombor Pendaftaran Siri H Catat Sejarah, JPJ Kutip RM91.2 Juta.

11-11-2026
Berita Auto
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang

Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang

Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.

11-11-2026
Berita Auto
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.