- Berita
- Berita Auto
- Pengeluaran Toyota GR Supra A90 Ditamatkan, Tapi Ada Final Edition, Itupun Cuma 300 Unit
Pengeluaran Toyota GR Supra A90 Ditamatkan, Tapi Ada Final Edition, Itupun Cuma 300 Unit

Pengeluaran Supra (A90) generasi kelima akan dihentikan namun sebelum menamatkan "riwayat" model itu, Toyota membuat keputusan untuk mengeluarkan pula Supra A90 Final Edition.
Model yang dibangunkan dengan kerjasama BMW adalah versi generasi terakhir. Untuk itu, hanya 300 unit A90 Final Edition dikeluarkan di seluruh dunia.
Toyota Gazoo Racing (TGR) sebenarnya mengeluarkan dua varian eksklusif: Supra A90 2025 (hanya ditingkatkan sedikit dan Supra A90 Final Edition.


Varian A90 Supra 2025 ang ditingkatkan sedikit hanya memfokuskan kepada pengalaman pemanduan.

Apa yang menarik, ia ditawarkan dalam transmisi manual dan automatik.
Difahamkan, model ini didatangkan dengan casis yang telah ditala semula dengan kawalan pembezaan aktif yang dioptimumkan untuk mengurangkan pembelokan kurang (understeer) dan meningkatkan pengendalian.

Menjengah bahagian luarannya, ia didatangkan dengan spoiler ducktail gentian karbon serta mempunyai flap pada ruang roda hadapan.

Model ini menggunakan enjin B58 petrol 3.0 liter enam-silinder sebaris dengan pengecas turbo berkembar dimana ia boleh menghasilkan kuasa setakat 387 PS dan tork maksima 500 Nm.
Supra A90 Final Edition pula mampu menghasilkan kuasa setakat 430 hp dan tork 570 Nm.

Kena dengan namanya, varian final edition ini agak luar biasa memandangkan ianya ditawarkan dengan kotak gear manual enam-kelajuan.
Selain itu, Supra Final Edition juga menggunakan cakera jenis terapung manakala diameter cakera hadapan bersaiz 395 mm.


Malah, ia didatangkan dengan pad brek dengan kadar pekali geseran lebih tinggi selain menggunakan hos jenis logam tahan karat.
Bagi menonjolkan ia berbeza dengan satu lagi varian, GR Supra A90 Final Edition ini dipasang dengan tempat duduk bucket penuh gentian karbon Recaro Podium CF.
Tempat duduknya juga dibalut dengan upholsteri Alcantara dengan bahagian penumpang diberikan kemasan hitam.
Biarpun, pengeluarannya dihentikan, A90 Supra akan kekal sebagai sebahagian daripada barisan sukan permotoran TGR.
Buat masa ini, kedua-dua varian itu hanya didapati di pasaran Jepun dan beberapa negara Eropah lain.
Bagaimanapun, masih tidak pasti sama ada UMW Toyota Motor akan membawa beberapa unit daripada 300 unit itu ke pasaran kita atau sebaliknya!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN8297
SELANGOR
BST4507
JOHOR
JD6041J
PULAU PINANG
PSF3293
PERAK
APL2531
PAHANG
CFH6254
KEDAH
KGH8707
NEGERI SEMBILAN
NEL6915
KOTA KINABALU
SJT9017
KUCHING
QAB5172P
Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tular Video: Kereta Supra Cucuk Kereta Depan, Akhirnya Masuk Longkang
Tindakan seorang pemandu Toyota Supra yang memandu secara melulu akhirnya membawa padah, apabila dia dan keretanya terjunam ke dalam longkang di Taman Sri Gombak, Selangor, baru-baru ini.
03-11-2025
Dilancar: Toyota GR Supra Track Edition 2025 - Harga RM698,000
Toyota GR Supra Track Edition 2025 ditawarkan pada harga yang lebih tinggi iaitu RM698,000 (manual) dan RM708,000 (automatik).
29-04-2025
Mazda & Toyota Bergabung Bangunkan RX & Supra?
Sekiranya laporan ini benar, masa depan kereta sport Jepun (JDM) tampak cerah dengan kehadiran dua model yang dinanti-nantikan ramai ini.
12-02-2025
Dua Jentera Toyota Ditayangkan di SEMA 2021
Toyota memperkenalkan GR Supra Sport Top dan Edisi Heritage sempena Pameran Persatuan Barangan Khas (SEMA) 2021.
17-12-2021
Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi
Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.
10-07-2026
Lawan Atto 3? Toyota Urban Cruiser Elektrik 2026 Kini Di Malaysia – RM198,000
Toyota Urban Cruiser: SUV Elektrik Paling Praktikal Untuk Warga Kota, Cas 50 Minit Siap.
02-04-2026
Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.
02-04-2026
Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.
10-02-2026
Berita Terkini
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual
10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.
03-09-2026
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard
Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.
03-09-2026
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam
Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal
03-09-2026
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat