ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Perodua, Gentari Meterai MoU Sediakan Pengecas EV, Integrasi Aplikasi

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Photo-2.jpg


Menjelang pelancaran kenderaan elektrik (EV) pertamanya,  pengeluar kereta nasional, Perodua, telah mengambil langkah penting dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Gentari Sdn Bhd, cabang tenaga hijau Petronas.  


Kemudahan Pengecasan Yang Komprehensif


web_TA_MAS-2024_Perodua-EMO-Myvi-EV-Concept_-3-full.jpgsocial_review_CariCarz_TA_Audi-e-tron-GT-quattro_set-1_-08885.jpg


Melalui kerjasama ini, Gentari akan menyediakan kemudahan pengecasan EV di pusat servis Perodua, terutamanya di stesen Petronas, seiring dengan pelancaran model EV baharu yang dijangka berlangsung di KLIMS 2024 bulan hadapan.  


Inisiatif lain yang turut akan dilaksanakan adalah menawarkan langganan pengecasan EV, penyelesaian pengecasan di rumah serta integrasi lancar dengan platform Gentari Go.


Setakat ini, Perodua memiliki 194 pusat jualan dan 204 pusat servis di seluruh negara. Sementara itu, Gentari menerajui rangkaian pengecasan DC berlesen yang terbesar di Malaysia dengan 175 titik pengecasan aktif.  


Menyokong Peralihan Orang Ramai Kepada EV

 

Menurut Presiden dan CEO Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad, kerjasama ini bertujuan mempermudah pelanggan Perodua dalam peralihan mereka kepada teknologi EV.  


“Secara keseluruhan, MoU ini akan melancarkan lagi kerjasama antara kedua-dua syarikat nasional untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan,” katanya.  


Sementara itu, Timbalan CEO Gentari, Shah Yang Razali, menyatakan bahawa usaha ini akan meningkatkan kemudahan akses pengecasan dan memperbaiki pengalaman pemandu EV Perodua di masa hadapan.  


Kerjasama Dengan Anak Syarikat Petronas


Photo-1.jpg

  

Selain Gentari, Perodua turut memeterai perjanjian serupa bersama Petronas Lubricants Marketing Sdn Bhd (PLMMSB), Mesra Retail & Cafe Sdn Bhd (Mesra) dan Setel Ventures Sdn Bhd (Setel).  


Antara inisiatif yang bakal dilaksanakan termasuk integrasi Setel dengan aplikasi Perodua UFirst untuk kemudahan pembayaran digital, penubuhan Mesra untuk menambah kemudahan pelanggan, serta pembukaan pusat servis Perodua di stesen Petronas terpilih.  


Kerjasama Lebih Dua Dekad

 

“Perodua Sales dan PLMMSB telah bekerjasama lebih 20 tahun, dan kerjasama ini terbukti memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Kami akan terus mengembangkan kerjasama ini untuk memberi manfaat kepada pelanggan-pelanggan setia kami,” tambah Datuk Sri Zainal Abidin.  

Baca: Kereta Elektrik Perodua 2025 Nanti Dipasarkan Pada Harga Marhaen, Dari RM50,000 Ke RM100,000

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRM1817

SELANGOR

BST1296

JOHOR

JC8435J

PULAU PINANG

PSE9277

PERAK

APK8472

PAHANG

CFH5129

KEDAH

KGH6528

NEGERI SEMBILAN

NEL5286

KOTA KINABALU

SJT6375

KUCHING

QAB4359P

Terakhir Kemas Kini 22 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

07-07-2026
Berita Auto

18-06-2026
Berita Auto

04-06-2026
Berita Auto

06-02-2026
Berita Auto

13-01-2026
Berita Auto
Berita Auto

19-12-2025
Berita Auto

17-12-2025

Berita Terkini

EV

Berapa EV Terbakar Di Malaysia

Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.

19-08-2026
EV

EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar

Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.

17-08-2026
EV

Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia

Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.

12-08-2026
EV

Jual EV Murah Di Malaysia: Ini 2 Syarat Dipastikan Ada

2 Syarat Sebelum Jual EV Murah Di Malaysia — Elak Rakyat Terbeban!

10-08-2026
EV

Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501

Perodua Pulangkan RM16,501 Kepada Pembeli Terawal QV-E, Rupanya Ada Sebabnya.

06-08-2026
EV

Isu Kenakan Caj Ke Atas Jualan EV, Ini Pula Komen BMW

BMW Group Malaysia menggesa agar cadangan kerajaan memperkenalkan levi (EV) bagi membiayai rangkaian pengecasan awam dibincangkan secara mendalam bersama pemain industri.

06-08-2026
EV

Kerajaan Pertimbang Kenakan Caj Ke Atas Jualan EV Untuk Bina Pengecas Awam

Kerajaan sedang kaji untuk mengenakan satu caj ke atas jualan EV.

04-08-2026
EV

Tesla Destination Charger Mula Dikenakan Bayaran RM0.88/kWh

Masih Murah Berbanding Pasaran: Berapa Kos Sebenar Cas Tesla Sekarang?

28-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.