ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Sedan Elektrik Denza Z9 Buat Kemunculan Sulung Di Auto Guangzhou 2024

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Denza-Z9-EVSaloon-China-3.jpg


Auto Guangzhou 2024 yang kini sedang berlangsung sehingga 24 November akan datang menyaksikan beberapa model terbaru dipamerkan dan salah satunya ialah Denza Z9, sedan elegan yang dibangunkan berdasarkan wagon Z9 GT keluaran subjenama mewah BYD, Denza.


Reka Bentuk Luar Denza Z9


Denza-Z9-EVSaloon-China-6.jpgDenza-Z9-EVSaloon-China-4.jpg


Denza Z9 mengekalkan banyak elemen reka bentuk dari versi wagon tetapi kini dengan bentuk badan sedan. Antara ciri yang menyerlah pada model ini ialah lampu LED depan dan belakang yang direka halus, bonet depan yang panjang, serta spoiler aktif yang diintegrasikan dengan pintu but belakang.  


Denza-Z9-EVSaloon-China-5.jpg


Dimensi sedan ini hampir sama dengan Z9 GT, dengan panjang 5,220 mm, lebar 1,990 mm, tinggi 1,500 mm dan jarak roda 3,125 mm untuk versi elektrik penuh (BEV). Versi hibrid plug-in (PHEV) pula lebih besar dengan ukuran panjang 5,235 mm kerana reka bentuk bampar depan yang berbeza.


Kabin Mewah yang Sarat dengan Teknologi Tinggi


Denza-Z9-EVSaloon-China-11.jpgDenza-Z9-EVSaloon-China-10.jpg


Dengan jarak roda yang panjang, Denza Z9 menawarkan ruang dalaman yang luas, lengkap dengan kemewahan dan teknologi terkini. Bahagian depan dipasangkan dengan skrin infotainmen 17.3 inci, panel instrumen digital 13.2 inci dan papar pandu AR sebesar 50 inci. Turut disediakan ialah pad pengecas tanpa wayar 50 W. Model ini menggunakan tombol penukar gear gaya kolum.


Denza-Z9-EVSaloon-China-1.jpgDenza-Z9-EVSaloon-China-15.jpg


Keselesaan penumpang belakang tidak diabaikan kerana tempat duduk di barisan tempat duduk kedua ini boleh dilaraskan secara automatik kepada 8 arah serta lengkap dengan perehat kaki. Kemudahan lain yang disediakan adalah termasuk dua skrin infotainmen 12.3 inci, pendingin hawa khas, peti sejuk, serta meja untuk setiap penumpang.


Trenkuasa & Prestasi Denza Z9


Denza-Z9-EVSaloon-China-17.jpgDenza-Z9-EVSaloon-China-18.jpg


Denza Z9 hadir dalam dua varian iaitu BEV dan PHEV. Versi elektrik penuh menggunakan platform BYD e-Platform 3.0 Evo dengan tiga motor yang menghasilkan 952 hp (710 kW). Baterinya yang berkapasiti 100 kWj menggunakan teknologi ‘Blade’ dan menawarkan jarak perjalanan sehingga 630 km berdasarkan piawaian CLTC.


Sementara itu, versi PHEV menggunakan enjin petrol 2.0 liter turbo dengan sistem tiga motor yang memberikan output gabungan sebanyak 858 hp (640 kW). Dengan bateri 38.5 kWj, Z9 PHEV mampu mencapai jarak EV sejauh 210 km dan jarak maksimum gabungan hingga 1,100 km.


Harga & Pasaran Denza Z9


Denza-Z9-EVSaloon-China-19.jpg

 

Penghantaran Denza Z9 kepada pelanggan di China  akan dimulakan pada bulan depan, dengan harga bermula dari CNY 334,800 (~RM206,689) untuk model PHEV dan CNY 354,800 (~RM219,036) untuk model BEV. Buat masa ini, masih tiada maklumat mengenai pelancaran di pasaran antarabangsa. Namun, besar kemungkinan Z9 akan mengikuti jejak versi wagonnya.


Baca: Dilancar: Negara Sebelah Dah Dapat Denza D9, Malaysia Dapat Tahun Depan




Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX3783

SELANGOR

BSU8465

JOHOR

JG9428J

PULAU PINANG

PSH2351

PERAK

APM7351

PAHANG

CFJ3445

KEDAH

KGJ7196

NEGERI SEMBILAN

NEM5120

KOTA KINABALU

SJV349

KUCHING

QAB9492P

Terakhir Kemas Kini 03 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

18-11-2024
Berita Auto

03-03-2026
Berita Auto

20-02-2025
Global
EV

17-04-2024
EV

18-11-2024
EV

18-11-2024
EV

21-11-2024

Berita Terkini

EV

Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?

EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...

03-11-2026
EV

Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS

Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.

02-11-2026
EV

Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k

Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.

30-10-2026
EV

Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?

Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?

29-10-2026
EV

Cybercab Singgah Malaysia

Adakah Cybercab akan dilancarkan di Malaysia?

29-10-2026
EV

Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster

Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia

18-10-2026
EV

ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria

ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.

16-10-2026
EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.