- Berita
- Berita Auto
- Teaser Toyota Corolla Cross Facelift Didedahkan – Lancar Disember Ini, Anggaran Dari RM140K
Teaser Toyota Corolla Cross Facelift Didedahkan – Lancar Disember Ini, Anggaran Dari RM140K

UMW Toyota Motor (UMWT) bakal memperkenalkan SUV crossover Toyota Corolla Cross versi facelift di pasaran tempatan, seperti yang didedahkan melalui teaser di laman web rasminya. Model ini dijangka akan ditawarkan dengan harga permulaan sekitar RM140,000.
Rekaan Terkini yang Lebih Menarik
-full.jpg)
-full.jpg)
Toyota Corolla Cross Facelift yang dilancarkan di Thailand
Toyota Corolla Cross facelift ini membawa elemen rekaan baharu, termasuk gril hadapan dengan rekaan yang lebih ‘bersih’ dan corak berbentuk heksagon, lampu belakang LED baharu yang kelihatan lebih moden dan rim aloi 18 inci untuk semua varian.
Namun, ciri seperti bumbung panorama yang terdapat pada model Thailand mungkin tidak ditawarkan di Malaysia.
Ciri Terbaru Ruang Kabin




Pada bahagian kabin, beberapa ciri baharu akan disediakan untuk varian tempatan iaitu skrin infotainmen 10.1 inci yang menyokong sambungan tanpa wayar Android Auto dan Apple CarPlay, brek parkir elektronik (EPB) dan Sistem Telematik Kenderaan (VTS) dengan ciri penghidup enjin dari jarak jauh melalui aplikasi Toyota MY.
Pilihan Warna Menarik

UMWT mengesahkan Corolla Cross facelift akan ditawarkan dalam lima pilihan warna untuk varian standard, termasuk Celestite Grey Metallic, Red Mica Metallic, Silver Metallic, Platinum White Pearl dan Dark Turquoise (eksklusif untuk varian HEV).
-full.jpg)
-full.jpg)
Varian GR Sport pula didatangkan dalam tiga pilihan warna dengan bumbung hitam dua tona. Warna yang ditawarkan ialah Platinum White Pearl, Red Mica Metallic dan Dark Turquoise.
Enjin dan Prestasi
-full.jpg)
-full.jpg)
Varian GR Sport bakal dilengkapi sistem hibrid (HEV) yang sama seperti model di Thailand yang menggunakan enjin 1.8L 4 silinder 2ZR-FXE dengan output gabungan 121 hp.
Varian bukan hibrid pula menggunakan enjin 1.8L aspirasi natural 4 silinder 2ZR-FE yang mampu menghasilkan 138 hp dan 172 Nm.
Harga dan Tarikh Pelancaran
Toyota Corolla Cross facelift ini dijangka akan dijual pada harga lebih mahal berbanding model semasa. Harga bermula sekitar RM140,000, berbanding RM137,900 untuk model asas 1.8V sedia ada. Pelancaran rasminya akan berlangsung di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2024 pada Disember ini.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Fuhh Permulaan Baik, Toyota Jual 7,528 Kereta Pada Bulan Lalu
UMW Toyota Motor kini merupakan jenama bukan nasional nombor satu di Malaysia
15-02-2022
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



