XPeng Perkenal Sistem Pengecas Salur Lebih 1KM Dalam 1 Saat & Cip AI Canggih Untuk Pemanduan Autonomi

XPeng Motors baru-baru ini mengadakan Hari AI XPeng, di mana Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, He Xiaopeng, memperkenalkan inovasi terbaru syarikat. Antara yang menarik perhatian ialah Sistem Super Elektrik XPeng Kunpeng dan Sistem Pemanduan Pintar AI “Turing.”
Sistem Super Elektrik Kunpeng: Penyelesaian Cabaran Pengecasan EV
Sebagai usaha untuk menyelesaikan isu pengecasan kenderaan elektrik (EV) di peringkat global, XPeng memperkenalkan Sistem Super Elektrik Kunpeng, yang merupakan sistem pemanjang jarak berasaskan pembakaran pertama XPeng.
Sistem ini adalah satu cara inovatif untuk meningkatkan jarak perjalanan EV dalam masa pengecasan yang singkat. Menggunakan sistem elektrik berkuasa tinggi 800V dengan teknologi silikon carbide, setiap saat boleh menyalurkan kuasa yang memberikan jarak lebih 1 km kepada kenderaan.
Baca: CEO ChargeSini Dedah Punca EV Masih Tidak Diterima Secara Meluas di Malaysia
Selain itu, sistem ini mempunyai komponen pembakaran yang sangat senyap, hanya menghasilkan bunyi serendah 1 dB, menjadikan perjalanan lebih tenang dan selesa. Kehadiran sistem ini turut dapat meningkatkan jangka hayat bateri sehingga 30% melalui teknologi AI Battery Doctor yang sentiasa memantau kesihatan bateri.

Dengan jarak elektrik sepenuhnya sebanyak 430 km dan jarak keseluruhan lebih daripada 1,400 km, sistem ini merupakan pencapaian baru yang penting dalam sektor EV.
Sistem Pemanduan Pintar AI "Turing": Kemajuan Dalam Pemanduan Autonomi
Juga dipamerkan semasa Hari AI ialah Sistem Pemanduan Pintar AI “Turing” (NGP) yang dikatakan mampu merintis kemajuan dalam pemanduan autonomi.
Sistem Pemanduan Pintar "Turing" XPeng menggunakan cip AI khas dengan 40 teras untuk mengendalikan sistem pemanduan autonomi yang sangat maju. Ia mampu memproses data yang kompleks dengan 30 bilion parameter dan telah diuji dalam lebih 2,700 ujian, menjadikannya lebih efisien dari segi keselamatan.

Teknologi ini dibangunkan melalui Platform Canghai, yang membolehkan pemanduan autonomi Tahap 4, iaitu tahap yang membolehkan kenderaan bergerak secara bebas dalam pelbagai situasi tanpa kawalan pemandu. Selain itu, pemprosesan imej dalam sistem ini adalah 12 kali lebih pantas, menjadikan pemanduan lebih selamat dan responsif. Ia juga dilengkapi dengan keupayaan berkomunikasi dengan sistem AI seperti GPT-4o untuk interaksi dalam kereta yang lebih lancar.

Dalam masa yang sama, XPeng mendedahkan rancangan untuk melancarkan kemaskini cip “Turing” AI kepada pemilik varian Pro sedia ada dengan harga RMB19,999 (RM12,000). Model lain yang diumumkan layak menerima peningkatan ini ialah XPeng P71 Pro, G9 Pro/Plus, G6 Pro/Plus dan X9 Pro.
Pelancaran ini bagaimanapun hanya akan diteruskan sekiranya sekurang-kurangnya 1,000 pemilik mendaftar sebelum 12 Disember 2024. Diharapkan pelancaran ini akan turut tersedia untuk pemilik G6 di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.
Baca: SUV Elektrik Xpeng G6 Raih 5 Bintang Dalam Euro NCAP!
Masa Depan Mobiliti dengan Kenderaan Autonomi, Kereta Terbang dan Robotik

Semasa acara tersebut, Xiaopeng turut berkongsi kemajuan XPeng dalam kenderaan autonomi, kereta terbang dan teknologi robotik. Merujuk kepada perjalanan sepuluh tahun syarikat itu, beliau menambah, “Keupayaan AI kami adalah kelebihan terbesar dalam membentuk masa depan mobiliti.”
Baca: XPeng P7+ Bakal Dilancarkan Oktober Nanti – Lebih Canggih & Selesa, Sensor LOFIC Ganti LiDAR
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ4558
SELANGOR
BST7656
JOHOR
JE4089J
PULAU PINANG
PSF6149
PERAK
APL5332
PAHANG
CFH7568
KEDAH
KGJ1493
NEGERI SEMBILAN
NEL8915
KOTA KINABALU
SJU1583
KUCHING
QAB5778P
Terakhir Kemas Kini 19 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Spesifikasi Xpeng X9 Ultra Bocor – Kepintaran Luar Biasa Dengan 3 Cip AI
MPV Xpeng X9 dilaporkan bakal memiliki varian ‘Ultra’ baharu, hanya beberapa minggu setelah versi range-extender (EREV) diperkenalkan.
12-11-2025
Berita Terkini
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat