Honda Prelude Versi Hibrid Bakal Dipasarkan di Eropah, Kemunculan Pertama di Festival Goodwood

Honda Prelude, model hibrid coupe sporty ini bakal muncul di hadapan orang ramai buat pertama kalinya di Goodwood Festival of Speed.
Honda telah mengesahkan bahawa model sporty, Prelude Concept yang diperkenalkan di Japan Mobility Show tahun lalu akan memasuki fasa pengeluaran sebagai sebuah coupe hibrid baharu. Sebelum mula dipasarkan di Eropah, model ini akan membuat kemunculan awam pertamanya di Goodwood Festival of Speed.
Reka Bentuk dan Teknologi

Honda telah mendedahkan beberapa foto Prelude bersama dengan model generasi pertama dan model hibrid Honda lain sempena ulang tahun ke-25 teknologi hibrid syarikat.
Tampil menyerlah di dalam warna merah menyala, Prelude, kelihatan tidak jauh berbeza daripada versi yang dipamerkan tahun lepas. Menurut Honda, model ini bakal menjadi model Prelude pertama yang akan menggunakan sistem trenkuasa separa elektrik.



Honda bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci mengenai sistem trenkuasa ini namun, dijangkakan Prelude itu nanti akan menggunakan sistem hibrid e:HEV seperti yang ditawarkan pada Civic e:HEV RS dan CR-V e:HEV RS. Kedua-dua model ini menggunakan trenkuasa e:HEV yang terdiri daripada enjin petrol kitaran Atkinson empat silinder 2.0 liter dan dua motor elektrik dengan satu pek bateri kecil.
Prestasi yang Boleh Dijangkakan


Sistem trenkuasa e:HEV kitaran Atkinson 4 silinder 2.0 liter (kiri) & enjin K20C1 pengecas turbo 4 silinder 2.0 liter (kanan)
Walaupun mungkin ramai peminat berharap Prelude baharu akan dilengkapi dengan enjin berpengacas turbo K20C1 V-TEC yang digunakan pada Civic Type R (FL5), Honda menegaskan bahawa Prelude ini bukanlah model terpantas atau paling sporty yang akan ditawarkan dalam barisan kereta mereka, kerana kebiasaannya dikhaskan untuk model Type R.
Kepentingan Hibrid dalam Strategi Honda

Menurut Ketua Jurutera Honda, Tomoyuki Yamagami, Prelude kali ini bukan sahaja membuka satu lembaran baharu dalam evolusi teknologi hibrid mereka, tetapi juga sebuah produk hasil daripada penyelidikan dan pembangunan hibrid selama 25 tahun.
Prelude menunjukkan kepentingan trenkuasa hibrid dalam strategi elektrifikasi Honda, selaras dengan komitmen syarikat Jepun ini untuk memasarkan 100% kenderaan elektrik atau sel bahan api hidrogen menjelang tahun 2040.
Pelancaran Prelude

Model ini bakal ditawarkan di pasaran Eropah tidak lama lagi dan membuat penampilan umum pertamanya semasa acara sukan permotoran, Goodwood Festival of Speed di England. Walaupun masih belum didedahkan sekiranya model ini akan memasuki pasaran antarabangsa lain, ia pasti akan menjadi ‘kegilaan’ peminat kereta sport dan JDM serata dunia.
Baca: Jom ke Art of Speed 2024 pada 27-28 Julai ini! Apa yang Menarik?
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS9245
SELANGOR
BSU2554
JOHOR
JF3280J
PULAU PINANG
PSG1764
PERAK
APL9486
PAHANG
CFH9376
KEDAH
KGJ3641
NEGERI SEMBILAN
NEM1983
KOTA KINABALU
SJU4374
KUCHING
QAB7145P
Terakhir Kemas Kini 04 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
KLIMS 2026: Legenda Kini Kembali! Honda Prelude Serba Baharu Rasmi Di Malaysia, Ada DNA Type R, Harga RM278k
Lupakan Sekejap Civic, Honda Prelude Generasi Ke-6 Dah Tiba Di Malaysia! Apa Yang Best Sangat?
12-06-2026
KLIMS 2026: Honda Prelude 2026 Hadir Di KLIMS 2026
Bukan Hibrid Biasa! Honda Prelude 2026 Guna Elemen Type R, Bakal Mengamuk Di KLIMS 2026/
10-06-2026
Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?
Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?
16-04-2026
Legenda Kembali! Honda Prelude e:HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
Tempahan Honda Prelude sudah dibuka.
01-04-2026
Honda Malaysia Bakal Lancar 6 Model Baharu Tahun Ini, Adakah Mungkin Prelude?
Honda Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya akan melancarkan sekurang-kurangnya enam model baharu ke pasaran Malaysia pada tahun ini.
11-02-2026
Honda Prelude Lancar Di Indonesia – Terhad, Dari RM240K, Malaysia Seterusnya?
Indonesia nampaknya 'memintas' jiran-jiran di rantau ASEAN apabila secara rasmi melancarkan Honda Prelude generasi keenam.
28-01-2026
Honda Prelude 2026 Dipasarkan Di Jepun – Kit Sporty Mugen Ditawarkan
Setelah hampir dua tahun sejak konsep asalnya diperkenalkan, Honda akhirnya melancarkan model baharu Prelude 2026 di pasaran Jepun.
09-09-2025
Honda Prelude Guna Trenkuasa e:HEV Generasi Terbaru – Ada Gear Maya S+ Shift
Honda Prelude, yang diperkenalkan sebagai model konsep pada Oktober 2023, terus menarik perhatian ramai walaupun spesifikasinya masih belum didedahkan oleh Honda ketika itu.
18-12-2024
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

