ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Ini Dia Kereta Super EV, Renault 5 Turbo 3E, 500 Hp

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Adakah anda masih ingat dengan kereta konsep Renault 5 Turbo 3E yang menjadi asas untuk pembinaan Renault 5 E-Tech elektrik?

image.png

Percaya atau tidak, pembuat kereta Perancis itu kini merancang untuk mengubah kereta konsep itu menjadi versi model pengeluaran sepenuhnya yang akan menjadi pengganti kepada hot-hatch R5 Turbo.

image.png

Persamaan R5 Turbo 3E baharu dengan homologasi Renault 5 Turbo II ini dilihat agak luar biasa, kerana hatchback ini mendapat rekaan berkotak.

Selain daripada mengekalkan fender berkotak dan muka hadapan yang sama, R5 Turbo 3E juga mendapat garis bumbung yang bergaya manakala bahagian aeronya pula telah diolah  semula.

image.png

Bahagian diffuser belakangnya juga agak menonjol dan turut hadir dengan lampu depan jenis LED penuh dan menggunakan saiz roda yang agak besar.

Apa yang membezakan R5 Turbo 3E baharu daripada R5 Turbo asal ialah mengenai rangkaian kuasa.

R5 Turbo 3E menampilkan dua motor pada gandar belakangnya (RWD), dan  mempunyai gabungan keluaran sistem melebihi 500 HP.

image.png

Ini , menjadikannya ia adalah model pengeluaran paling berkuasa pernah dibuat oleh pembuat kereta Perancis itu.

Buat masa ini,  tiada butiran lanjut mengenai bateri, pengecasan dan jarak gerak EV namun , Renault mendakwa  R5 Turbo 3E boleh memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam  0- dalam masa kurang 3.5 saat.

Ini bermakna  ia  berkemungkinan besar boleh menjadi  setanding dengan hot-hatch EV yang sedia ada di pasaran.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Renault, Luca de Meo berkata,  R5 Turbo 3E yang baru dibangunkan itu  "hanya untuk mereka yang berani,".

“Kami telah membawa kemahiran dan kepakaran terbaik kepada pembangunan ikon jenama Renault ini”,” katanya.

Ada kemungkinan Renault telah mendapatkan bantuan sub-jenama prestasinya, Alpine, yang telah pun menghasilkan versi R5 E-Tech yang lebih sporty—Alpine A290.

Malah,, Renault juga tidak mengumumkan sebarang butiran mengenai harga untuk R5 Turbo 3E baharu, walaupun laman berita automotif,  Autocar UK melaporkan bahawa EV super-hatch itu mungkin akan membuat penampilan pertamanya pada tahun 2026. 

Berdasarkan kerja menyeluruh yang dilakukan oleh pasukan Renault dalam membina hatch EV ini, kami berpendapat R5 Turbo 3E adalah  model pengeluaran terhad dan akan ditawarkan pada harga kayangan.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT1069

SELANGOR

BSU2754

JOHOR

JF3685J

PULAU PINANG

PSG2043

PERAK

APL9680

PAHANG

CFH9447

KEDAH

KGJ3764

NEGERI SEMBILAN

NEM2079

KOTA KINABALU

SJU4490

KUCHING

QAB7220P

Terakhir Kemas Kini 06 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Renault 5 Turbo 3E Sedia Untuk Pengeluaran – EV Retro Berprestasi Tinggi

Renault 5 Turbo 3E Sedia Untuk Pengeluaran – EV Retro Berprestasi Tinggi

Model konsep Renault 5 Turbo 3E yang mencuri perhatian pada Disember lalu bakal menjadi kenyataan dengan pengenalan versi pengeluarannya.

20-03-2025

Berita Terkini

EV
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV
Berapa Harga Perodua QV-E?

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.