Ini Dia Kereta Super EV, Renault 5 Turbo 3E, 500 Hp

Adakah anda masih ingat dengan kereta konsep Renault 5 Turbo 3E yang menjadi asas untuk pembinaan Renault 5 E-Tech elektrik?

Percaya atau tidak, pembuat kereta Perancis itu kini merancang untuk mengubah kereta konsep itu menjadi versi model pengeluaran sepenuhnya yang akan menjadi pengganti kepada hot-hatch R5 Turbo.

Persamaan R5 Turbo 3E baharu dengan homologasi Renault 5 Turbo II ini dilihat agak luar biasa, kerana hatchback ini mendapat rekaan berkotak.
Selain daripada mengekalkan fender berkotak dan muka hadapan yang sama, R5 Turbo 3E juga mendapat garis bumbung yang bergaya manakala bahagian aeronya pula telah diolah semula.

Bahagian diffuser belakangnya juga agak menonjol dan turut hadir dengan lampu depan jenis LED penuh dan menggunakan saiz roda yang agak besar.
Apa yang membezakan R5 Turbo 3E baharu daripada R5 Turbo asal ialah mengenai rangkaian kuasa.
R5 Turbo 3E menampilkan dua motor pada gandar belakangnya (RWD), dan mempunyai gabungan keluaran sistem melebihi 500 HP.

Ini , menjadikannya ia adalah model pengeluaran paling berkuasa pernah dibuat oleh pembuat kereta Perancis itu.
Buat masa ini, tiada butiran lanjut mengenai bateri, pengecasan dan jarak gerak EV namun , Renault mendakwa R5 Turbo 3E boleh memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 0- dalam masa kurang 3.5 saat.
Ini bermakna ia berkemungkinan besar boleh menjadi setanding dengan hot-hatch EV yang sedia ada di pasaran.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Renault, Luca de Meo berkata, R5 Turbo 3E yang baru dibangunkan itu "hanya untuk mereka yang berani,".
“Kami telah membawa kemahiran dan kepakaran terbaik kepada pembangunan ikon jenama Renault ini”,” katanya.
Ada kemungkinan Renault telah mendapatkan bantuan sub-jenama prestasinya, Alpine, yang telah pun menghasilkan versi R5 E-Tech yang lebih sporty—Alpine A290.
Malah,, Renault juga tidak mengumumkan sebarang butiran mengenai harga untuk R5 Turbo 3E baharu, walaupun laman berita automotif, Autocar UK melaporkan bahawa EV super-hatch itu mungkin akan membuat penampilan pertamanya pada tahun 2026.
Berdasarkan kerja menyeluruh yang dilakukan oleh pasukan Renault dalam membina hatch EV ini, kami berpendapat R5 Turbo 3E adalah model pengeluaran terhad dan akan ditawarkan pada harga kayangan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSA4340
SELANGOR
BSV2803
JOHOR
JH7397J
PULAU PINANG
PSH5312
PERAK
APN2014
PAHANG
CFJ4592
KEDAH
KGJ9043
NEGERI SEMBILAN
NEM6513
KOTA KINABALU
SJV2879
KUCHING
QAB643Q
Terakhir Kemas Kini 21 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Renault 5 Turbo 3E Sedia Untuk Pengeluaran – EV Retro Berprestasi Tinggi
Model konsep Renault 5 Turbo 3E yang mencuri perhatian pada Disember lalu bakal menjadi kenyataan dengan pengenalan versi pengeluarannya.
20-03-2025
Berita Terkini
Perlindungan Bil Elektrik 800 kWj Berakhir 31 Dis Ini, Apa Pemilik EV Patut Tahu
Mengecas EV di rumah? Bersedia untuk perubahan perlindungan bil elektrik 800 kWj dan pelarasan AFA pada 2027 agar bil TNB bulanan anda kekal terkawal.
20-11-2026
BYD Flash Charging Tiba di Malaysia: Hanya Cas 9 Minit
BYD Flash Charging kini di Malaysia dengan kuasa 1,500 kW! Cas DENZA D9 & Z9GT 10%-97% dalam 9 minit di bilik pameran Balakong, Glenmarie & Old Klang Road.
19-11-2026
Letih Muat Turun App Berbeza, Kan Senang Kalau Guna Debit Sahaja
Kena Muat Turun Banyak App Semata-Mata Nak Cas Kereta.
19-11-2026
Berapa Jumlah Pengecas EV Awam Di Malaysia?
Baru ada 7,341 pengecas EV seluruh Malaysia — sempat ke nak capai 30,000 menjelang 2030?
17-11-2026
BYD Flash Charging Bakal Dilancar
Flash Charging Bakal Dilancar, Denza Perkemas OTA untuk DENZA Z9GT.
13-11-2026
Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan
Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.
12-11-2026
EV Redah Banjir: Adakah Bateri EV Kalis Air?
Bolehkah EV redah banjir? Ketahui bagaimana air banjir menjejaskan bateri kereta elektrik, apakah kerosakan yang boleh berlaku dan perlu dilakukan oleh pemilik EV di Malaysia.
10-11-2026
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?
Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.
06-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge