ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

KLIMS 2024: Nissan Kicks e-Power CBU Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM113K

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) melancarkan secara rasminya Nissan Kicks e-Power ke pasaran tempatan.

Versi import sepenuhnya dari Thailand itu ditawarkan kepada kita dengan tiga varian iaitu VL, VLT dan VLT (2 tona).

Varian VL ditawarkan pada harga RM113,800 manakala VLT biasa berharga RM121,800 manakala VLT (2-tona warna pula (RM125,800).

Apa yang menarik mengenai Nissan Kicks e-Power, ia adalah model pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi hibrid elektrik inovatif e-Power. 

image.pngimage.png

Teknologi ini menggabungkan enjin pembakaran dalaman (ICE) dengan sistem motor elektrik, menjadikannya sebuah model Extended-Range Electric Vehicle (EREV).  

Sistem EREV Kicks e-Power dipasangkan dengan enjin petrol 1.2 liter 3 silinder sebagai penjana kuasa untuk motor elektrik depan dan bateri 2.1 kWj. 

image.pngimage.pngimage.png

Ia mampu menghasilkan kuasa 127 hp (129 ps) dan tork 280 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 9.5 saat.  

Dengan sistem trenkuasa ini, Kicks e-Power menjanjikan penjimatan bahan api yang tinggi, dianggarkan boleh mencapai jarak 21.7 km dengan 1 liter minyak, dan boleh menempuhi perjalanan sehingga 900 km dengan tangki penuh 41 liter. 

image.pngimage.png

Walaupun, kedua-dua varian ini menggunakan trenkuasa yang sama namun varian tertinggi, VLT  dilengkapi dengan sistem keselamatan ADAS yang berjaya meraih penarafan 5 bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (ASEAN NCAP).

image.png

Dari segi rekaannya, Kick e-Power yang ditawarkan di Malaysia bukanlah varian generasi ke-2 yang terbaharu.

Namun, ia tetap menampilkan gaya berani dan kontemporari generasi pertama yang terkenal, diserlahkan oleh gril V-Motion, bumbung terapung dan elemen pencahayaan LED.

image.png

Menjengah bahagian kabinnya, Nissan Kicks juga dilengkapi dengan skrin infotainment 8 inci, sistem kemasukan tanpa kunci, ada sambungan Apple CarPlay, Android Auto, paparan l digital 7 inci, brek parkir elektronik dan menawarkan ruang but seluas 423 liter.

Dari segi keselamatan, VL dan VLT  varian dilengkapi dengan 7 beg udara, Kawalan Kenderaan Dinamik, Sistem Kawalan Cengkaman, Bantuan Daki Bukit dan Kawalan Jelajah. 

Namun bagi varian VLT, ia menerima lebih banyak ciri keselamatan seperti Kkmera 360 darjah dengan pengesanan objek bergerak, cermin pandang belakang pintar, Amaran titik buta, Amaran lintasan trafik belakang dan tempat duduk kulit Zero Gravity dwi-tona.

image.png

Bagi pilihan warna, varian VL dan VLT hadir dengan warna  Brilliant White Pearl, Black Star,  Brilliant Silver, Red Pearl dan Sunsrise Orange.

WhatsApp-Image-2024-12-04-at-15.23.53.jpeg

Varian VLT 2 tona pula hadir dengan warna: Brilliant White Pearl Super Black Roof, Dark Metal Grey Super Black Roof, Red Pearl Super Black Roof dan Sunrise Orange Super Black Roof.

ETCM menawarkan  Kicks e-Power dengan pakej waranti menarik termasuk waranti standard kenderaan selama 5 tahun atau 100,000 km  dan waranti selama 8 tahun atau sehingga 160,000 km untuk bateri bervoltan tinggi, inverter, ECU dan motor elektrik. 

Untuk 500 pelanggan awal, mereka akan diberi rebat sebanyak RM5,000.

Untuk keterangan lanjut, baca review kami di: KLIK!

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX2340

SELANGOR

BSU8095

JOHOR

JG8672J

PULAU PINANG

PSH2014

PERAK

APM7058

PAHANG

CFJ3302

KEDAH

KGJ6952

NEGERI SEMBILAN

NEM4978

KOTA KINABALU

SJU9742

KUCHING

QAB9427P

Terakhir Kemas Kini 01 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Pandu Uji

16-01-2026
Kereta Baru

05-12-2025
Kereta Baru

19-09-2025
Kereta Baru

29-08-2025
Kereta Baru

24-07-2025
Berita Auto

04-06-2025
Kereta Baru

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.