Pandu Uji Nissan Kicks e-Power Kali Pertama, Masuk Pasaran Kita Bulan Depan

ETCM AMBIL MASA LAMA ? BETUL?
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) sebenarnya berhasrat untuk memperkenalkan Kicks di Malaysia seawal 2019.
Namun atas beberapa faktor termasuk disebabkan wabak pandemic Covid-19, pengenalan SUV segmen B pertama jenama Nissan itu ke pasaran kita, akhirnya terpaksa ditangguhkan!
Walaupun, ia memakan masa, ETCM sudah mengesahkan bahawa Nissan Kicks e-Power akan menembusi pasaran tempatan pada Disember ini.
Versi import sepenuhnya dari Thailand itu akan ditawarkan kepada kita dengan dua varian iaitu VL dan VLT.

Sebelum itu, dikhabarkan ETCM ada membuat rundingan dengan rakan sejawatnya dari Thailand itu dengan mengeksport MPV Nissan Serena S-Hybrid buatan Malaysia ke negara jiran utara kita itu.
Apapun, ETCM dilihat cukup bersungguh untuk memperkenalkan teknologi rangkaian elektrik e-Power generasi kedua ini ke pasaran tempatan.
REKA BENTUK TAKLAH KETINGGALAN ZAMAN SANGAT


Walaupun pelancarannya mengambil masa yang agak lama, namun rekaan Nissan Kicks e-Power dilihat tidaklah begitu ketinggalan zaman.
Ini kerana ia menampilkan sentuhan terkini seperti lampu depan jenis LED, gril yang agak menyerlah termasuk adanya sentuhan bagi sesebuah SUV lasak selain turut menawarkan jarak kelegaan tanah yang cukup sempurna.


Ia akan ditawarkan dalam lima pilihan warna manakala varian tertinggi VLT akan menerima warna dua-tona untuk bumbungnya serta menggunakan rim 17 inci.
Dari segi dimensi, Nissan Kick mempunyai ukuran 4,290 mm panjang, 1,760 mm lebar, 1,605 tinggi manakala jarak roda pula 2,615 mm.
Jentera yang seberat 1,350 kilogram dilihat agak berat kerana disumbat dengan bateri.
ADA APA DI DALAM KABIN?


Melihat kepada angka dimensinya, Nissan Kicks sebenarnya bukanlah terlalu luas dalam kelasnya kerana ia berbeza sedikit dengan seterunya iaitu Honda HR-V .
Namun ini bukan bermakna Kicks terlalu sempit namun keselesaan yang ditawarkan sebenarnya sudah memadai untuk kesemua penumpangnya terutama jika anda memesan varian VLT.
Ini kerana varian tertinggi itu turut didatangkan dengan tempat duduk kulit kombinasi warna coklat-hitam, kerusi depannya menggunakan pendekatan Zero Gravity yang bertujuan untuk mengurangkan keletihan jika mengharungi perjalanan jauh.

Selain itu, Nissan Kicks juga dilengkapi dengan skrin infotainment 8 inci, sistem kemasukan tanpa kunci, ada sambungan Apple CarPlay, Android Auto, paparan l digital 7 inci, brek parkir elektronik dan menawarkan ruang but seluas 423 liter.
ADA CIRI MENARIK?
Ya tapi malangnya ciri menarik ini hanya ditawarkan untuk varian VLT!
Varian ini menawarkan kamera 360 darjah serta cermin pandang belakang jenis digital manakala tempat duduknya pula jenis kulit.


Menyentuh mengenai ciri keselamatannya, varian VLT sebenarnya cukup sarat dengan pelbagai ciri keselamatan.


Ia didatangkan dengan Kawalan Jelajah Adaptif, Sistem Pemantau Titik Buta, Amaran Lintasan Trafik Belakang, Amaran Perlanggaran Hadapan dan Brek Kecemasan Autonomi.


Adakah Pemanduannya Berelektrik?
Ya dan Tidak. Walaupun ia dipacu dengan e-motor dan pek bateri berkapasiti 2.1 kWj yang padat, pemanduannya biasa sahaja seperti kenderaan elektrik yang lain.
Namun tidak dinafikan, pemanduannya cukup senyap, lancar dan apa yang penting menawarkan tork apabila anda memerlukannya.
Jentera ini mampu menghasilkan kuasa setakat 129 PS dan tork 280Nm selain memberikan pecutan yang cukup padu.
Ia yang seberat 1,350 kilogram didakwa mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 9.5 saat,

Apa yang cukup menarik adalah mengenai penggunaan persediaan e-power kerana dengan Kicks e-Power menggunakan enjin 1.2-liter 3-silinder (82 PS/103 Nm) sebagai penjana untuk mengecas bateri berkuasa tinggi 1.57-kWh.

Jentera ini menawarkan jarak pemanduan sekitar 900 km dan penggunaan bahan apinya adalah 4.6 L/100 km.
Ini mungkin jentera yang cukup ideal bagi yang lebih berminat dengan penggunaan bahan api.


ADA TAK KELEBIHAN LAIN?
Ya, ada. Apa yang kami ingin memaklumkan ialah, ia menawarkan kestabilan yang cukup walaupun dipandu pada kelajuan tinggi.
Nampaknya, Nissan Kicks mampu melepasi kelajuan lebuh raya di Malaysia dengan begitu mudah.
Perkara lain yang wajar dipuji ialah ia menawarkan tahap kebisingan, gegaran dan kekasaran (NVH) yang cukup baik sehinggakan tidak kedengaran bunyi bising di dalam kabin.

Jika anda berminat dengan Nissan Kick, ETCM sudah mengesahkan bahawa ia akan melancarkan Nissan Kick sempena KLIMS 2024.
Bagaimanapun, penghantaran kereta ini dijadualkan akan dilakukan pada akhir Januari atau awal Februari nanti.

Antara satu-satunya perkara yang masih belum dirungkai ialah mengenai harga!
Satu-satunya misteri yang tinggal ialah harga, dan tekaan anda sama baiknya dengan tekaan kami buat masa ini.
Sekurang-kurangnya ETCM agak bermurah hati kerana menawarkan waranti kenderaan selama lima tahun atau 100,000 KM serta waranti 8 tahun atau 160,000 KM untuk e- motor, bateri EV, ECU dan inverter.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQE481
SELANGOR
BSK9346
JOHOR
JYN524
PULAU PINANG
PRW6382
PERAK
APD4292
PAHANG
CFE4766
KEDAH
KGD4663
NEGERI SEMBILAN
NEH9347
KOTA KINABALU
SJP3243
KUCHING
QAB7536M
Terakhir Kemas Kini 18 Dec, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.64
-0.02
RON 97
RM 3.27
-0.02
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.06
-0.02
EURO 5 B7
RM 3.26
-0.02
Terakhir Kemas Kini 11 Dec, 2025
Berita Berkaitan
Nissan Kicks e-Power Impul Edition: Pakej Sporty Pada Hanya RM8,500
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) semalam mengumumkan bahawa Nissan Kicks e-Power Impul Edition sudah boleh didapati di semua bilik pameran sah di Malaysia.
25-07-2025
Bilik Pameran Baharu: ETCM Lebarkan Sayap Di Selatan, Buka Bilik Pameran Di Kluang, JB
ETCM membuka sebuah bilik pameran di Kluang, Johor baru-baru ini.
04-06-2025
MAS 2025: Nissan Kicks e-Power Impul Edition Didedahkan – Lebih Sporty
ETCM memperkenalkan Nissan Kicks e-Power dalam versi istimewa yang lebih sporty, Impul Edition.
12-05-2025
Ada Berita Baik Untuk Pelanggan Nissan KICKS e-Power
ETCM mengesahkan bahawa pihaknya akan menghantar model Nissan KICKS e-POWER kepada pelanggannya dalam tempoh terdekat ini.
21-01-2025
KLIMS 2024: Nissan Kicks e-Power CBU Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM113K
ETCM melancarkan secara rasminya Nissan Kicks e-Power pada KLIMS 2024, sebentar tadi.
04-12-2024
Tempahan Nissan Kicks e-Power Kini Dibuka – Capai Hampir 22KM/L, Bawah RM130,000?
Pengedar rasmi jenama Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor (ETCM), kini membuka tempahan untuk model terbarunya, Nissan Kicks e-Power.
25-11-2024
Nissan e-Power: Ini 6 Perkara Anda Patut Tahu Tentang Trenkuasa Elektrik Yang UNIK
Nissan Kicks e-Power akan hadir di rangkaian pengedaran tempatan dalam tempoh terdekat ini.
31-10-2024
Lebih 1.2 Juta Kereta e-Power Terjual, Patutlah Model Kicks Juga Hadir dengan Sistem e-Power
Sistem e-POWER sudah memenangi beberapa anugerah berprestij sejak ia dilancarkan di Jepun pada tahun 2016.
09-10-2024
Berita Terkini
Perodua Traz Bakal Cabar PROTON X50? Ini Sebabnya..
Penulis berkesempatan memandu uji Perodua Traz, baru-baru ini.
17-12-2025
Pandu Uji Ringkas Perodua QV-E, Nampak Gaya Ada Potensi Kalahkan EV "Luar"
Penulis berpeluang memandu uji Perodua QV-E di Litar Antarabangsa Sepang, baru-baru ini.
01-12-2025
BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik
Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.
10-11-2025
Proton Saga 2026: Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu
Ini dia tujuh perkara menarik yang perlu anda tahu tentang sedan segmen A, Proton Saga generasi keempat (Saga MC3).
04-11-2025
Perasaan Pandu Uji Proton e.MAS 5: EV Lincah, Senyap, Selesa! Nampaknya EV Paling Sesuai Untuk Wanita
Penulis berpeluang memandu uji Proton e.MAS 5 di COE, Shah Alam, pada minggu lepas.
17-10-2025
Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?
Sebagai wanita dan ibu kepada dua orang anak, ini komen jujur saya mengenai Hyundai Tucson Facelift 2025.
14-10-2025
Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!
Penulis berpeluang memandu uji Hyundai Santa Fe 2025, pada minggu lepas.
13-10-2025
Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!
Pihak media dijemput untuk menyaksikan GWM Wey G9 sebelum dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.
22-09-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat

