ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Perodua Dedah EMO-II, Semuanya Terungkai Pada KLIMS 2024 Nanti!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya, pengeluar kereta nasional kedua, Perodua sudah bersedia untuk mempamerkan kereta konsep EMO-1 versi jalan raya, tidak lama lagi.

Ini kerana Perodua telah menunjukkan video teaser bertajuk EMO- II di saluran YouTube dan halaman Facebook, sejak awal pagi tadi.

image.png

EMO- II dilihat jauh berbeza dengan EMO-1 memandangkan EMO- II kelihatan sebagai kereta yang lebih “lengkap” dan mungkin juga sudah hampir berada di peringkat pengeluaran.

Melihat teaser itu, tiada banyak benda yang boleh dikupas sehinggakan ia akan dipaparkan pada  Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024 yang akan berlangsung di  Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), pada 5 Disember ini.

Pendek kata, banyak persoalan masih menjadi tanda tanya memandangkan Perodua masih tidak mendedahkan maklumat terperinci berhubung EV mereka.

Bagi yang tidak tahu mengenai EMO-1, ia adalah kereta konsep elektrik yang pertama Perodua.

image.pngimage.png

Untuk makluman anda, sebelum ini, Perodua mendakwa EMO-1 mampu menghamburkan kuasa  setakat  120 kW (160 HP) dan 220 NM dan mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam dalam masa 7 hingga 9 saat. 

Ia yang menggunakan pek bateri jenis NMC dengan kapasiti 57.6 kWj mampu menerima input cas pantas DC pada kadar 300 kW. Ini membolehkan pengecasan sehingga 80% dilakukan dalam masa kira-kira 20 minit. 

image.png

Kuasa elektrik ini membolehkan EMO menempuh jarak pemanduan antara 300 hingga 350 km.

Berbalik kepada EMO-II, ia dilihat masih  mengekalkan penampilan asal  EMO-1 seperti Myvi.

image.png

Tidak seperti EMO-1, EMO-II nampaknya menerima penggayaan luaran yang cukup berbeza.

Melihat balik imej EMO-II, bahagian depan dan belakangnya menggunakan bar penuh sehinggakan lampu depan  dan belakang seolah-olah  saling bersambungan.

Apapun, banyak perkara tidak dapat dirungkai, jadi, kita tunggu apa kata PERODUA mengenai perkembangan EV mereka.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS6830

SELANGOR

BSU2167

JOHOR

JF2454J

PULAU PINANG

PSG1277

PERAK

APL9041

PAHANG

CFH9183

KEDAH

KGJ3437

NEGERI SEMBILAN

NEM1780

KOTA KINABALU

SJU4217

KUCHING

QAB7048P

Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

01-10-2026
Berita Auto

17-09-2026
EV

15-09-2026
Berita Auto

14-09-2026
Berita Auto

07-07-2026
Berita Auto

18-06-2026
Berita Auto

04-06-2026
Berita Auto

06-02-2026

Berita Terkini

EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.