Ramai Betul Beli Kereta, Jualan Kereta Hampiri 800,000 Unit

Nampaknya Malaysia bakal melakar sejarah baharu memandangkan jualan kenderaan di negara ini menghampiri 800,000 unit.
Ini kerana tinggal hanya 68,466 unit untuk menjadikan jualan untuk Malaysia mencapai sasaran sebanyak 800,000 unit itu.
Jika sasaran itu berjaya dicapai sebelum akhir tahun 2024, ini bermakna, industri automotif tempatan bakal mencipta sejarah baharu dalam TIV, memandangkan pendaftaran tertinggi pernah dicatat sebanyak 799,731 unit pada 2023.
Lagipun, Disember adalah bulan dimana kebanyakan jenama kereta menawarkan pelbagai promosi dan diskaun menarik untuk mencapai jumlah pendaftaran yang positif dan pemangkin sebelum memasuki tahun baharu.

Bagi tempoh 11 bulan tahun ini, MAA melaporkan jumlah jualan kenderaan di Malaysia mencecah 731,534 unit, lebih tinggi berbanding 721,392 unit yang dicatatkan tempoh sama tahun lalu.
Daripada jumlah itu, sebanyak 670,650 unit dijual adalah kenderaan penumpang, manakala 60,884 unit kenderaan komersial.
Untuk kenderaan penumpang, pencapaian November 2024 adalah lebih tinggi berbanding 648,257 unit, manakala kenderaan komersial pula adalah lebih rendah berbanding 73,135 unit yang dicatatkan pada bulan sama tahun lalu.
Dari aspek pengeluaran pula, MAA melaporkan sejumlah 725,173 unit telah dihasilkan dalam tempoh 11 bulan 2024.
Angka itu dilihat agak tinggi berbanding 708,376 unit yang dicatatkan tempoh sama tahun lalu.
Daripada jumlah itu, sebanyak 683,262 unit dikeluarkan adalah kenderaan penumpang, manakala baki 41,911 unit adalah kenderaan komersial.
Bagaimanapun, pada November pula, TIV berada pada 67,532 unit. Angka ini dilihat, lebih rendah berbanding 73,262 unit yang dicatatkan pada bulan sama tahun lalu.
MAA berkata, penurunan itu disebabkan pengguna menggunakan pendekatan tunggu dan lihat kepada promosi akhir tahun.
Apapun, MAA meramalkan TIV pada bulan ini adalah lebih tinggi berbanding November disebabkan langkah promosi agresif akhir tahun pengeluar sebelum 31 Disember 2024.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRV5452
SELANGOR
BSU6039
JOHOR
JG3698J
PULAU PINANG
PSG7570
PERAK
APM4783
PAHANG
CFJ2261
KEDAH
KGJ5853
NEGERI SEMBILAN
NEM3904
KOTA KINABALU
SJU6853
KUCHING
QAB8257P
Terakhir Kemas Kini 26 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Ramai Guna Waze?
6.3 juta rakyat Malaysia direkod menggunakan aplikasi navigasi Waze.
23-10-2026
Nombor Plat Ikut Nama Sendiri? Ini Kata Menteri
Tiada Plat Nama Pemilik: MOT Kekal Nombor Pendaftaran Sedia Ada.
23-10-2026
Tiada Lebuh Raya Madani, KKR Fokus Jalan Baharu Seremban-Pilah
Projek Lebuh Raya Madani Tiada Dalam Plan KKR, Ini Gantinya.
23-10-2026
Kantoi Sewa Tayar Lori Demi Lulus PUSPAKOM di Kuantan
Kedai Sewa Tayar Lori Lulus PUSPAKOM Diserbu JPJ.
23-10-2026
S70 RS Bakal Tiba? Ini Petunjuk Dan Gambar Intipan Terbaru Proton S70 Facelift
Proton S70 Facelift: Reka Bentuk Dalaman Ala X50 & Petunjuk Lencana RS Baharu?
22-10-2026
Pengerusi Chery Mohon Maaf Kepada Menteri MITI, Ada Sebabnya
Bos Besar Chery Minta Maaf Kepada Menteri Malaysia.
22-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge