- Berita
- Kereta Baru
- Toyota Corolla Cross Facelift Kini Rasmi Di Malaysia – 3 Varian, CKD, Dari RM133,800
Toyota Corolla Cross Facelift Kini Rasmi Di Malaysia – 3 Varian, CKD, Dari RM133,800

UMW Toyota Motor (UMWT) hari ini telah melancarkan SUV crossover Toyota Corolla Cross versi facelift untuk pasaran tempatan. Model yang diberikan nafas baharu ini ditawarkan di pasaran bermula dari harga RM133,800.
Ciri Mekanikal

Varian GR Sport dilengkapi sistem hibrid (HEV) yang sama seperti model di Thailand yang menggunakan enjin 1.8L 4 silinder 2ZR-FXE dengan output gabungan 121 hp. Varian sporty ini diberikan sistem suspensi lebih keras dan bracing prestasi untuk pengendalian yang lebih lincah.
Varian bukan hibrid pula menggunakan enjin 1.8L aspirasi natural 4 silinder 2ZR-FE yang mampu menghasilkan 138 hp dan 172 Nm.
Reka Bentuk Lebih Menawan





Toyota Corolla Cross facelift ini diberikan pelbagai elemen rekaan baharu yang kelihatan lebih menyerlah, termasuk gril atas yang lebih halus dan lampu depan LED yang direka semula. Gril bawah pula diberikan corak honeycomb yang disepadukan dengan halus kepada komponen ambilan udara di kiri dan kanannya. Dari sudut tepi, kesemua varian dipasangkan dengan rim aloi 18 inci.




Model versi facelift ini ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu Celestite Grey Metallic, Red Mica Metallic, Silver Metallic, Platinum White Pearl dan Dark Turquoise (eksklusif untuk varian HEV).
Varian eksklusif, GR Sport pula didatangkan dalam tiga pilihan warna dengan bumbung hitam dua tona. Warna badan yang ditawarkan ialah Platinum White Pearl, Red Mica Metallic dan Dark Turquoise.
Teknologi Kabin Lebih Canggih




Di bahagian kabin, beberapa ciri baharu akan disediakan untuk varian tempatan iaitu skrin infotainmen yang lebih besar iaitu 10.1 inci berbanding 9 inci sebelum ini, yang menyokong sambungan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar. Kamera pandangan menyeluruh panoramik 3D turut disediakan.
Selain itu, sistem brek parkir kaki yang digunakan pada versi terdahulu kini digantikan dengn brek parkir elektronik, selain turut didatangkan dengan fungsi auto brake hold.

Teknologi lain yang disediakan ialah sistem telematik kenderaan (VTS) dengan ciri penghidup enjin dari jarak jauh melalui aplikasi Toyota MY.
Ruang kabin GR Sport tampil lebih sporty dengan tempat duduk dalam balutan kulit berwarna hitam dan jahitan kontra merah.
Keselamatan

Dari segi keselamatan, model ini hadir dengan pakej keselamatan aktif Toyota Safety Sense (TSS) 2.0 yang termasuk sistem pra-pelanggaran (PCS), amaran keluar lorong (LDA) dengan bantuan stereng, kawalan jelajah radar dinamik (DRCC) dan sebagainya.
Harga Jualan & Waranti

Model yang diberikan nafas baharu ini ditawarkan di pasaran pada harga bermula dari RM133,800 untuk varian asas 1.8V, RM140,800 untuk 1.8 HEV dan RM148,800 untuk 1.8 HEV GR Sport.
Pembelian adalah termasuk waranti pengilang selama 5 tahun, tanpa had perjalanan serta waranti selama 8 tahun tanpa had perjalanan untuk bateri hibrid, inverter dan ECU kawalan pengurusan kuasa. Waranti lanjutan selama 2 tahun turut ditawarkan dengan caj tambahan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRD8417
SELANGOR
BSR1876
JOHOR
JYB4320
PULAU PINANG
PSD3602
PERAK
APJ4436
PAHANG
CFG9012
KEDAH
KGG6984
NEGERI SEMBILAN
NEK7493
KOTA KINABALU
SJS6017
KUCHING
QAB674P
Terakhir Kemas Kini 29 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900
Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!
08-05-2026
Berita Terkini
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k
Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?
26-06-2026
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800
Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?
24-06-2026
Zeekr X 2026 Kini Di Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM158,800
Zeekr X 2026 Dilancarkan Secara Rasmi: SUV Elektrik Kompak Premium, Jarak Gerak Boleh Tahan.
23-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800
JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.
18-06-2026
KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja
Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.
16-06-2026
Hyundai STARGAZER Kini Dibuka Untuk Tempahan Di KLIMS 2026, Harga Bermula Dari RM99,XXX Sahaja
Hyundai STARGAZER: Rupa SUV, Jiwa MPV Keluarga.
15-06-2026
KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS
Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.
15-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888
Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.
12-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat