- Berita
- Berita Auto
- Vendor Automotif Malaysia Kunjungi Kilang Chery Di China – Inisiatif MIDA Jadikan Negara Hab Automotif
Vendor Automotif Malaysia Kunjungi Kilang Chery Di China – Inisiatif MIDA Jadikan Negara Hab Automotif

Chery Corporate Malaysia Sdn. Bhd., bersama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), telah menganjurkan Chery Premier Supply Chain Programme dari 2 hingga 5 Disember yang lalu. Program ini diadakan dengan tujuan untuk memperkukuh kerjasama antara vendor automotif Malaysia dan hab teknologi global Chery.
Berlangsung di ibu pejabat Chery di Wuhu, China, program empat hari ini menarik lebih 100 pemimpin industri. Antaranya ialah 40 vendor dari Malaysia, serta wakil dari Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii)
Lawatan ke Kilang Pengeluaran Chery

Peserta program diberi peluang untuk meneroka teknologi yang digunakan di kilang Chery dan melihat keupayaan teknikal jenama tersebut. Teknologi terkini yang dipamerkan memberikan gambaran tentang cara Chery menerajui inovasi dalam industri automotif global.
MIDA: Komited Tingkatkan Industri Automotif Malaysia
Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Sikh Shamsul Ibrahim, menekankan kepentingan program ini dalam mengubah industri automotif negara. Beliau berkata, ia membuka peluang kepada vendor tempatan untuk mengakses teknologi canggih dan menyokong pembangunan kenderaan generasi akan datang (NxGV).
Menurutnya, MIDA komited untuk menjalinkan kerjasama bernilai tinggi bagi memastikan Malaysia menjadi pemain utama dalam industri automotif global.
Chery Sokong Inovasi dan Pembangunan Mampan


Naib Presiden Eksekutif Chery Corporate Malaysia, Leo Chen, menyatakan bahawa inisiatif ini merupakan satu manifestasi komitmen Chery terhadap pembangunan rantaian bekalan yang inklusif.
“Dengan kerjasama vendor Malaysia, kami ingin memacu inovasi, kelestarian dan pertumbuhan ekonomi melalui penerapan standard global Chery,” katanya.
Selaras dengan Dasar Automotif Negara (NAP)

Program ini turut menyokong objektif Dasar Automotif Nasional (NAP), yang menumpukan pada pembangunan vendor tempatan NxGV. Inisiatif ini mendorong integrasi amalan Industri 4.0 bagi memenuhi keperluan mobiliti pintar dan elektrifikasi yang semakin meningkat.
Melalui kerjasama ini, Chery bukan sahaja memperkukuhkan hubungan dengan Malaysia tetapi juga meletakkan negara di landasan strategik untuk menjadi peneraju teknologi automotif serantau.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY5825
SELANGOR
BSV1479
JOHOR
JH4675J
PULAU PINANG
PSH4272
PERAK
APM9807
PAHANG
CFJ4176
KEDAH
KGJ8372
NEGERI SEMBILAN
NEM5997
KOTA KINABALU
SJV2037
KUCHING
QAB302Q
Terakhir Kemas Kini 16 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Malaysia Autoshow Bakal Berlangsung Di Pulau Pinang & Johor Pada Tahun 2026
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) semalam mengumumkan kemunculan acara automotif Penang Autoshow dan Johor Autoshow pada tahun 2026 akan datang.
18-11-2025
MARii, Petronas Perkenal Teknologi ADaPTiV: Bantu Ramal Masalah Kenderaan Sebelum Berlaku
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) telah bekerjasama dengan Petronas Global Technical Solutions Sdn Bhd (PGTSSB) memperkenalkan sistem ADaPTiV.
16-06-2025
MAS 2025: Label NxGV Dilancarkan, Pacu Inovasi Automotif Lebih Mesra Alam
MARii secara rasmi melancarkan Skim Pelabelan Kenderaan Generasi Akan Datang (NxGV) Sukarela.
13-05-2025
Pusat Ujian EV Pertama Malaysia, CoEFI, Sedang Dibangunkan, Negara Bakal Jadi Hab Inovasi
Malaysia kini dalam usaha menjadi hab inovasi kenderaan elektrik (EV) serantau melalui pembangunan Pusat Kecemerlangan untuk Industri Masa Depan (CoEFI).
08-11-2024
Pengimport EV CBU Bakal Galas Tugas Bina Infrastruktur Pengecasan?
MITI sedang membuat pertimbangan untuk mewajibkan syarikat pengimport (CBU) kereta EV membantu membina rangkaian pengecasan
06-02-2026
Tesla Jalin Kerjasama Dengan 45 Pembekal Tempatan – Cerminkan Keyakinan Terhadap Pasaran EV Malaysia
MITI memaklumkan bahawa Tesla kini bekerjasama dengan kira-kira 45 pembekal tempatan di Malaysia.
22-11-2024
Berita Terkini
LTU Dibuka, Jangan Buang Sampah
Sayangilah LTU: Simpan Sampah Dalam Kereta, Bukan Campak ke Jalan.
16-11-2026
BMW, UM Pasang Solar Guna Bateri EV BMW Terpakai
BMW, UM Melaksanakan Sistem Penyimpanan Tenaga Menggunakan Bateri Hayat Kedua Kenderaan Elektrik BMW untuk Kampung Orang Asli di Pahang.
16-11-2026
Nissan X-Trail e-POWER x e-4ORCE Sudah Muncul Di Jalan Raya
Nissan X-Trail e-POWER x e-4ORCE membuat penampilan sulung di Malaysia sebagai kereta pendahulu KLHALF Marathon 2026 sebelum pelancaran rasmi.
16-11-2026
Proton S70 Cecah 82,488 Unit, Apa Rahsia Kejayaannya?
Dari Sedan Turbo Bajet Ke 82,488 Unit: Apa Sebenarnya Buat Ramai Tukar Ke Proton S70?
16-11-2026
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse
: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.
13-11-2026
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu
Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.
13-11-2026
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge