Guna Sistem e-Dereg Untuk Lupuskan Kereta Terbiar
Bagi menangani masalah kereta terbiar, Kerajaan memperkenalkan sistem e-Dereg untuk memudahkan pemilik kenderaan motor lusuh membatalkan pendaftaran secara dalam talian.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata, sistem itu membolehkan pemilik asal kenderaan tidak perlu ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan untuk membatalkan pendaftaran mereka.
“Mereka hanya perlu melengkapkan proses pembatalan pendaftaran secara atas talian,” katanya.
Car Medic adalah satu daripada Fasiliti Rawatan Automotif Berlesen (AATF) yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebagai fasiliti yang melupuskan kenderaan secara teratur dan memenuhi semua peraturan ditetapkan jabatan itu dan juga menjadi projek rintis antara kementerian dan JAS.
Sebagai permulaan, sistem e-Dereg yang dibangunkan dengan kerjasama syarikat penyedia perkhidmatan E-Auto Sdn Bhd dilaksanakan dengan pihak AATF berlesen iaitu Car Medic Sdn Bhd.
Difahamkan, pemilik kenderaan perlu menghubungi Car Medic untuk mengatur temujanji bagi tarikh menunda kenderaan dan pemilik diperlukan hadir ke premis Car Medic untuk proses pembatalan pendaftaran yang menggunakan sistem e-Dereg.
Yuran penundaan kenderaan akan ditanggung oleh Car Medic dan pemilik kenderaan juga akan diberikan token pampasan bergantung kepada kondisi dan model kenderaan serta jarak lokasi tunda.
"Proses pelupusan kenderaan akan dijalankan dengan teratur dan selamat untuk alam sekitar dan pemilik pula akan dijamin bahawa kenderaan mereka dilupuskan dengan cara betul.
"Ini juga menjamin kenderaan atau komponen yang dilupuskan itu tidak digunakan untuk kegiatan jenayah atau digunakan semula dengan cara yang salah. Ini kerana kedai besi buruk atau kedai potong tidak ada sistem untuk menyah-daftar kenderaan," katanya.
Gallery




Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPN7253
SELANGOR
BSH1297
JOHOR
JYF1713
PULAU PINANG
PRT3408
PERAK
APA2776
PAHANG
CFD2093
KEDAH
KGB7931
NEGERI SEMBILAN
NEG7245
KOTA KINABALU
SJM1514
KUCHING
QAB9256L
Terakhir Kemas Kini 16 Aug, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.13
-0.04
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.90
-0.04
EURO 5 B7
RM 3.10
-0.04
Terakhir Kemas Kini 14 Aug, 2025
Berita Terkini
Alza Terbakar Di Kesas, Mujur Semua Selamat
Sebuah Alza dirempuh laju dari belakang oleh kenderaan lain sebelum terbakar di Kilometer 23.6 Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), pagi tadi.
15-08-2025
Selenggara Sistem Aerotren Hanya Waktu Malam, Bukannya Waktu Puncak
KLIA akan menjalankan kerja penyelenggaraan malam yang dijadualkan pada sistem Aerotren .
15-08-2025
Spesifikasi Zeekr 7X Untuk Pasaran Malaysia Didedahkan – Lancar Dalam Masa Terdekat?
Zeekr Malaysia telah mengumumkan spesifikasi penuh SUV elektrik terbarunya, Zeekr 7X, menerusi risalah rasmi yang kini boleh didapati di laman web rasminya, menandakan kedatangan model ini tidak lama lagi.
15-08-2025
Kenderaan Singapura Buat E-Hailing Haram Di Malaysia, Tindakan Tegas Menanti
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya mengesan kewujudan kenderaan Singapura yang menjalankan perkhidmatan e-hailing kepada pelancong ke dalam negara secara haram.
15-08-2025
Hab Komponen iCaur Shah Alam Sudah Sedia Lebih 10,000 Alat Ganti Menjelang Ketibaan iCaur 03
Menjelang pelancaran jentera elektrik rangginya yang pertama di negara ini, iCaur Malaysia telah merasmikan pembukaan hab komponen alat ganti di Shah Alam Hicom Industrial Estate.
15-08-2025
Tren Bangkok–Butterworth Bakal Kembali
Setelah 9 tahun perkhidmatan digantung, akhirnya perkhidmatan tren ikonik Bangkok–Butterworth yang pernah menjadi pilihan utama penumpang bakal kembali beroperasi tidak lama lagi.
14-08-2025
Malaysia Import Pelbagai Jenis Tayar, Penuhi Penggunaan Tempatan
Malaysia mengimport pelbagai jenis tayar bernilai RM3.53 bilion bagi memenuhi penggunaan tempatan sebanyak 22 juta unit setahun.
14-08-2025
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2025 – Tarik Lebih 100,000 Pengunjung!
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL) 2025 melabuhkan tirainya dengan catatan kehadiran lebih 100,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya iaitu dari 8 hingga 10 Ogos lalu.
14-08-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat