Harga EV Ora Good Cat Kini RM26,000 Lebih Murah!
Sofea Najmi
23-3-2024
Sengit! Itulah yang boleh dikatakan tentang ‘pertarungan’ harga kenderaan elektrik (EV) yang sedang melanda Malaysia. Semalam, GWM Malaysia telah mengumumkan bahawa harga bagi model ORA Good Cat diturunkan sebanyak RM26,000.
HARGA JUALAN TERBARU ORA GOOD CAT
Model yang ditawarkan dalam dua varian itu kini dijual pada harga yang bermula dari RM113,800 bagi varian asas, 400 Pro, manakala varian lebih premium, 500 Ultra, dijual pada harga terbaru, RM143,800.
Pengumuman harga ini dibuat tidak lama selepas BYD SD Motors mengumumkan diskaun sebanyak RM20,000 untuk SUV EV Atto 3 stok tahun 2023 dan pelancaran kereta elektrik terbaru daripada Chery Malaysia, Chery Omoda E5 yang dijual pada harga hanya RM146,800.
PAKEJ WARANTI YANG LEBIH MENARIK
GWM Malaysia juga menawarkan waranti yang lebih baik bagi ORA Good Cat, iaitu waranti standard selama 5 tahun atau 150,000 km dengan waranti tambahan selama 8 tahun atau 180,000 km bagi bateri EV, motor pemacu dan unit kawalan.
BAGAIMANA DENGAN PEMBELI ORA GOOD CAT SEBELUM INI?
Turut tidak dilupakan adalah para pembeli ORA Good Cat terdahulu kerana GWM Malaysia menawarkan jaminan tambahan untuk kenderaan selama 2 tahun dan 150,000 km, serta 5 tahun atau 75,000 km penyelenggaraan percuma, sebagai tambahan kepada penyelenggaran terakhir yang telah dilakukan.
PENGECAS PERCUMA
Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, GWM Malaysia akan memberikan semua pembeli GWM Ora Good Cat dengan pengecas EV di rumah (Home Wall Charger) serta pengecas mudah alih 3 pin secara percuma. Tawaran istimewa ini hanya terbuka kepada pendaftar baharu sehingga 30 April 2024.
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPD9063
SELANGOR
BSE9032
JOHOR
JXX9740
PULAU PINANG
PRQ8014
PERAK
ANV9304
PAHANG
CFB8056
KEDAH
KGA6425
NEGERI SEMBILAN
NEF9470
KOTA KINABALU
SJK9999*
KUCHING
QAB3945L
Terakhir Kemas Kini 23 May, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.10
+0.03
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.80
+0.03
EURO 5 B7
RM 3.00
+0.03
Terakhir Kemas Kini 22 May, 2025
Berita Berkaitan
Ora Good Cat GT Sah Masuk Malaysia – EV Comel Kini Garang!
GWM Malaysia telah mengesahkan bahawa versi lebih garang dan sporty bagi model hatchback elektrik, Ora Good Cat GT, akan tiba ke pasaran tempatan tidak lama lagi.
18-04-2025
GWM Malaysia Tawar Hadiah Hingga RM200K, Potongan Harga RM25K & Banyak Lagi!
Jangan lepaskan peluang ini! Great Wall Motor (GWM) Malaysia kini meraikan ulang tahun keduanya dengan pelbagai tawaran istimewa, baucar dan hadiah cabutan bertuah.
21-11-2024
Sertai Merdeka Exclusive Book & Win, Menangi Percutian Bernilai RM30K
Great Wall Motor (GWM) mennganjurkan kempen 'Merdeka Exclusive Book & Win’ bermula dari 15 Ogos lalu hingga 30 September ini .
19-08-2024
Pusat 3S GWM Dibuka Di Setia Alam – Boleh Selenggara 800 Kenderaan Sebulan
Great Wall Motor (GWM) Malaysia telah merasmikan pembukaan Pusat 3S baharu di Setia Alam, Shah Alam.
26-03-2024
Nak Pandu EV? Tempah Dengan GoCar
GoCar Malaysia, peneraju platform mobiliti sebagai perkhidmatan berdasarkan kepada permintaan dan Yinson GreenTech menjalin kerjasama untuk menawarkan kenderaan elektrik Ora Good Cat melalui program GoCar Share.
23-02-2024
Lumga Design Mampu Ubah Ora Good Cat Macam Porsche
Beberapa rekaan Ora Good Cat elektrik ini kelihatan sama seperti Porsche 911 GT3.
26-01-2024
Beli EV Ora Good Cat Dengan Diskaun Hingga RM20,000 Sempena Tahun Baru Cina
Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal diraikan tidak lama lagi, GWM Malaysia telah mengumumkan promosi eksklusif.
16-01-2024
Ramai Betul Minat Kereta Dari China
China sudah mengeksport 2.14 juta unit kenderaan pada separa tahun 2023.
19-07-2023
Berita Terkini
Nissan Micra Generasi Keenam: EV Cecah 408 KM, Kembar Renault 5
Nissan akhirnya memberikan nafas baharu dengan perubahan radikal terhadap model kompaknya, Micra, yang kini muncul dalam versi EV.
23-05-2025
BMW Uji Teknologi Bateri Keadaan Pepejal Pada BMW i7
BMW Group kini menguji teknologi bateri keadaan pepejal (SSB) untuk kenderaan elektrik (EV) masa depan jenamanya.
22-05-2025
Tesla Model 3 & MGS5 EV Raih Euro NCAP 5 Bintang
Keluaran yang terkini bagi Tesla Model 3 dan MGS5 EV telah memperoleh penarafan keselamatan lima bintang dalam Euro NCAP.
22-05-2025
Xpeng Mona M03 Dilancar Di China, Boleh Gerak 580km, Ada Turing AI ADAS
Xpeng baru sahaja melancarkan versi tertinggi salun EV mampu miliknya, Xpeng Mona M03 Max di China, baru-baru ini.
21-05-2025
Sapura Industrial Bekerjasama Dengan Syarikat China, ZZ Tech, Hasilkan Komponen Bateri EV
Sapura Industrial Berhad (SIB) bekerjasama dengan syarikat China untuk hasilkan komponen bateri litium.
21-05-2025
Honda 'Patah Balik' Kepada Hibrid, Sasaran EV Dikurangkan
Honda Motor Co. mendedahkan bahawa syarikatnya kini mengurangkan sasaran bagi kenderaan elektrik (EV) ekoran ketidaktentuan pasaran global.
21-05-2025
Laku Keras: Sebanyak 2,716 Proton e.MAS 7 Terjual Dalam 4 Bulan
Setiap satu jam, satu unit Proton e.MAS 7 terjual.
20-05-2025
Imej Acah Chery iCar V27 Didedahkan – Digelar "G-Class China"
iCaur ‘menggoda’ peminat automotif dengan imej acah SUV terbarunya, iCar V27.
20-05-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat