Sedan Elektrik, GWM Ora 07 Kini Di Malaysia – Cecah 640 KM, Dari RM169,800
GWM Malaysia sebentar tadi telah melancarkan sedan elektrik, Ora 07. Dua varian ditawarkan iaitu 'Long Range' dan 'Performance’ dengan harga jualan bermula daripada RM169,800.
CIRI MEKANIKAL GWM ORA 07
Varian dengan jarak EV paling panjang, Long Range dilengkapi dengan satu motor elektrik terletak di bahagian hadapan (FWD) menghamburkan kuasa sebanyak 201 hp (150 kW) dan tork 340 Nm. Pecutan 0-100 km/j boleh dilakukan dalam masa 7.9 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 170 km. Kuasa dibekalkan oleh bateri jenis LFP berkapasiti 83.5 kWj, membolehkannya mencapai jarak perjalanan elektrik maksimum sejauh 640 km (NEDC)/580 km (WLTP).
Pembelian varian Performance turut didatangkan dengan tayar sporty, Michelin Pilot Sport EV yang dipasangkan pada rim berukuran 19 inci.
Seterusnya, varian Performance, menggunakan dua motor elektrik dengan sistem pacuan semua roda (AWD), memberikan output sistem secara keseluruhannya sebanyak 402 hp (300 kW) dan tork 680 Nm. Varian lebih berkuasa ini boleh membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 4.3 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 180 km. Walaupun menggunakan bateri dengan kapasiti yang sama seperti varian Long Range, jarak yang mampu dicapai EV ini adalah lebih rendah iaitu 550 km (NEDC)/460 km (WLTP).
Kedua-dua varian, Long Range dan Performance, boleh dicas menggunakan pengecas AC 11 kW dan pengecas DC sehingga 88 kW.
REKAAN GWM ORA 07
Dari segi dimensi, sedan elektrik ini berukuran 4,871 mm (panjang), 1,862 mm (lebar) dan 1,500 mm (tinggi). Antara ciri menyerlah pada badan ‘Porsche’ mampu milik ini ialah pemegang pintu yang terbenam dan spoiler elektrik adaptif. Ora 07 ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Crystal Purple (ungu), Amethyst Gray (kelabu) dan Jade White (putih). Bukan sekadar cantik dipandang, model ini memiliki angka pekali seret (coefficient drag) hanya pada 0.22 cd.
KABIN GWM ORA 07
Bergerak masuk ke bahagian dalam Ora 07, terserlah aura mewah melalui penggunaan balutan kulit premium, tempat duduk ergonomik yang hadir dengan ciri urutan untuk tempat duduk barisan hadapan. Model ini menggunakan skrin infotainmen bersaiz 12.3 inci yang boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto. Sistem hiburan disempurnakan dengan penggunaan 11 speaker premium daripada Infinity.
Selain itu, terdapat kluster instrumen 10.25 inci, pada pengecas tanpa wayar, bumbung kaca panaramik penuh, sistem pendingin hawa pintar. Pada konsol tengah terdapat tiga butang kawalan jenis dial dan juga satu kawalan pad.
CIRI KESELAMATAN GWM ORA 07
Dari segi keselamatan, kedua-dua varian Ora 07 didatangkan dengan ciri keselamatan pasif dan aktif penuh yang termasuk sistem keluar dan kekal lorong, pemantau titik buta, sistem evasif pintar, pengecaman tanda lalu lintas, pengehad kelajuan jelajah dan banyak lagi.
HARGA GWM ORA 07
GWM Ora 07 ditawarkan di pasaran pada harga RM169,800 untuk varian Long Range dan RM189,800 untuk varian Performance.
Pembelian adalah termasuk jaminan kenderaan standard selama 6 tahun atau 150,000 km, berserta dengan jaminan selama 8 tahun atau 180,000 km untuk komponen EV, dan juga jaminan bebas karat selama 12 tahun untuk badan kereta. Semasa tempoh jaminan komponen EV yang ditetapkan, GWM Malaysia akan menawarkan pertukaran bateri percuma 1-to-1 jika kesihatan bateri anda jatuh di bawah 70%.
Di samping jaminan standard yang disebutkan di atas, 500 pelanggan pertama yang menempah Ora 07 akan menerima pakej eksklusif yang terdiri daripada pengecas WallBox percuma serta jaminan EKSTRA untuk kenderaan selama 8 tahun atau 180,000 km
Kunjungi mana-mana pengedar sah GWM Malaysia di seluruh negara atau layari laman web rasmi GWM Malaysia untuk tempahan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPF6796
SELANGOR
BSF3554
JOHOR
JYA1346
PULAU PINANG
PRR3461
PERAK
ANW4750
PAHANG
CFB9583
KEDAH
KGA8415
NEGERI SEMBILAN
NEG1752
KOTA KINABALU
SJL1797
KUCHING
QAB4843L
Terakhir Kemas Kini 07 Jun, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.07
-0.03
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.74
-0.03
EURO 5 B7
RM 2.94
-0.03
Terakhir Kemas Kini 05 Jun, 2025
Berita Terkini
Dilancar: Mercedes-AMG SL 63 S E Performance 2025 -Harga RM2.168 Juta
Mercedes-Benz Malaysia turut melancarkan varian tertinggi model roadster SL, Mercedes-AMG SL 63 S E Performance le pasaran tempatan.
05-06-2025
Dilancar: Mercedes AMG GT 63 4Matic+Coupe, Harga Berjuta, 585 Hp
MBM akhirnya melancarkan secara rasminya Mercedes-AMG GT Coupe generasi kedua ke pasaran tempatan., sebentar tadi.
05-06-2025
Mazda 3 1.5 High Plus 2025 Dibuka Untuk Tempahan — Lebih Mewah, Lebih Mampu Milik
Pra-tempahan bagi Mazda 3 2025 varian 1.5 High Plus dalam bentuk sedan dan hatchback (liftback) kini dibuka.
03-06-2025
Mazda CX-60 Kini Boleh Ditempah – Anggaran Dari RM199K
Pengedar Mazda di Malaysia telah mula menerima tempahan untuk SUV baharu, Mazda CX-60, yang dijangka dilancarkan tidak lama lagi dalam tahun ini.
03-06-2025
MG S5 EV Rasmi Dilancar, Ada 3 Varian, Kalau Tempah Awal, Ada Diskaun RM6,000
MG Malaysia akhirnya melancarkan secara rassminya model elektrik terbaharu mereka, iaitu MG S5 EV 2025 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.
20-05-2025
BEV Pertama Honda Dilancar, Honda e:N1 CBU, Harga Cuma RM149,9000
Honda Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya model kenderaan elektrik berkuasa bateri (BEV) pertamanya, Honda e:N1 ke pasaran tempatan di ibu negara, sebentar tadi.
15-05-2025
MAS 2025: Tempahan GAC M8 PHEV Dibuka – Anggaran Dari RM333K
GAC M8 PHEV dipamerkan di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025). Ini yang menarik...
12-05-2025
MAS 2025: Jetour T2, SUV "Rugged", Bakal Dilancar Tak Lama Lagi!
Selain SUV VT9, Jetour Malaysia turut mempamerkan salah satu SUV lasak mereka di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) y iaitu Jetour T2.
10-05-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat