ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Kit Badan Mugen Honda Civic Type R – Lebih Agresif & Aerodinamik!

Sofea Najmi

10-5-2024

Kongsi melalui

Mugen-Honda-Civic-TypeR-FL5-4.jpg

Honda Civic Type R FL5 berubah menjadi 'gergasi agresif' JDM dengan kit badan Mugen yang terbaru.



Penala terkemuka dan rasmi Honda, Mugen mendedahkan kit badan agresif dan aerodinamik yang dihasilkan khas untuk Honda Civic Type R FL5. Diperkenalkan sebagai Civic Type R Mugen Group A di Tokyo Auto Salon 2024 awal tahun ini, kit badan ini dijangka akan menembusi pasaran Jepun tidak lama lagi.


Mugen-Honda-Civic-TypeR-FL5-5.jpg


Mugen FL5 diberikan pelbagai elemen agresif, yang paling ketara ialah spoiler belakang yang lebih besar dan sporty berbanding model standard. 


Mugen FL5  tampil berbeza dengan pelbagai komponan visual dan aerodinamik baharu seperti spoiler belakang yang lebih besar diperbuat daripada gentian karbon. Spoiler ini dijual pada harga JPY 308,000 (~RM9,391).


Aura agresif yang sama turut jelas terlihat di sudut hadapan kereta terdapat spoiler bawah bampar belakang yang boleh dipilih untuk diberikan kemasan warna hitam Berlina Black, sepadan dengan bahagian aerodinamik lain. 


Ciri aerodinamik di bahagian sisi turut tidak diabaikan, di sini Mugen FL5 diberikan skirt sisi yang menyempurnakan sambungan dengan diffuser belakang dan juga lower lip di bahagian hadapan. Secara keseluruhan, Mugen memaklumkan bahawa kit aerodinamik ini akan memberikan daya ke bawah (downforce) yang 25% lebih tinggi daripada model standard.


Mugen-Honda-Civic-TypeR-FL5-6.jpg


Selain kit aerodinamik, Mugen FL5 juga didatangkan dengan rim aluminium berukuran 19 inci yang dibangunkan bersama BBS. Rim dengan kod nama BBS FR10 ini ditawarkan di pasaran pada harga JPY 176,000 (~RM5,366) setiap satu dan boleh ditempah bersama dengan nat perlumbaan dan nat kunci yang baharu. 


Mugen-Honda-Civic-TypeR-FL5-2.jpgMugen-Honda-Civic-TypeR-FL5-1.jpg


Sentuhan Mugen diteruskan di ruangan kabin FL5 Type R, yang mana pelanggan boleh membuat pesanan beberapa bahagian untuk peningkatan kosmetik dan juga prestasi. Antara yang menarik ialah konsol tengah gentian karbon, tombol gear Alcantara, serta tempat duduk bucket dalam balutan gentian karbon Recaro yang berharga JPY 297,000 (RM9,055) sepasang.


Mugen-Honda-Civic-TypeR-FL5-8.jpg


Selain ini semua, Mugen  dilaporkan sedang berusaha untuk menghasilkan sebuah stereng karbon yang khas dan reka bentuk lampu belakang baharu untuk FL5, kedua-duanya akan dilancarkan dalam masa terdekat.


Mugen-Honda-Civic-TypeR-FL5-7.jpg


Di samping itu, Mugen juga sedang membangunkan beberapa bahagian mekanikal seperti sistem ekzos dan juga penyerap hentak (damper) baharu untuk sistem suspensinya bersama-sama Yamaha, yang boleh membantu meningkatkan prestasi FL5. Usaha ini bagaimanapun tidak membabitkan perubahan terhadap enjin turbo 4 silinder 2.0 liter K20C1 yang digunakan. 


Buat masa ini, kit badan istimewa daripada Mugen untuk Honda Civic Type R FL5 ini hanya ditawarkan untuk pasaran Jepun, jualan dijangka akan bermula pada akhir September tahun ini. 


Kita boleh mengharapkan ketersediaan kit badan sporty ini di pasaran antarabangsa lain sebaik semua bahagian telah dilancarkan di Jepun. 

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPD7400

SELANGOR

BSE8559

JOHOR

JXX8046

PULAU PINANG

PRQ7589

PERAK

ANV8681

PAHANG

CFB7958

KEDAH

KGA6248

NEGERI SEMBILAN

NEF9347

KOTA KINABALU

SJK9999*

KUCHING

QAB3826L

Terakhir Kemas Kini 22 May, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.10

+0.03

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.80

+0.03

EURO 5 B7

RM 3.00

+0.03

Terakhir Kemas Kini 22 May, 2025

Berita Berkaitan

Global
Ini Dia Model Honda Yang Sertai TAS 2024

Ini Dia Model Honda Yang Sertai TAS 2024

Honda bakal menayangkan beberapa model yang cukup mantap.

27-12-2023
Global
BMW M5 Touring Tampil Agresif Dengan M Performance Parts

BMW M5 Touring Tampil Agresif Dengan M Performance Parts

BMW M5 Touring kini tampil lebih agresif dengan kit sporty, M Performance Parts.

13-09-2024

Berita Terkini

Global
Toyota RAV4 2026 Didedahkan – PHEV, 3 Varian Termasuk GR Sport

Toyota RAV4 2026 Didedahkan – PHEV, 3 Varian Termasuk GR Sport

Toyota akhirnya memperkenalkan Toyota RAV4 generasi keenam (RAV4 2026) dengan rekaan lebih berani serta penambahan teknologi elektrifikasi terkini.

22-05-2025
Global
Kumpulan Samseng Ganggu Pembangunan Kilang BYD & VinFast Di Indonesia

Kumpulan Samseng Ganggu Pembangunan Kilang BYD & VinFast Di Indonesia

Dua projek pembinaan kilang kenderaan elektrik (EV) di Indonesia kini berdepan dengan halangan daripada sekumpulan komuniti tempatan atau “ormas."

20-05-2025
Global
Kilang Changan Di Thailand: Tinggi Automasi, Jadi Inspirasi AHTV?

Kilang Changan Di Thailand: Tinggi Automasi, Jadi Inspirasi AHTV?

Ini penjelasan mengenai kecanggihan teknologi yang digunakan di kilang kenderaan tenaga baharu (NEV) Changan di Rayong, Thailand.

19-05-2025
Global
Changan Rasmi Pembukaan Kilang NEV Di Thailand – Pertama Di Luar Negara

Changan Rasmi Pembukaan Kilang NEV Di Thailand – Pertama Di Luar Negara

Syarikat automotif China, Changan Automobile, secara rasmi memulakan pengeluaran di kilang kenderaan tenaga baharu (NEV) pertamanya di luar negara, terletak di Rayong, Thailand.

18-05-2025
Global
Toyota Tidak Berminat, Neta Auto Bakal Bankrap

Toyota Tidak Berminat, Neta Auto Bakal Bankrap

Jenama EV dari China, Neta Auto, berdepan kemungkinan muflis.

15-05-2025
Global
Audi Perkenal e-tron GT quattro 2025 – Prestasi Luar Biasa Untuk Varian Asas

Audi Perkenal e-tron GT quattro 2025 – Prestasi Luar Biasa Untuk Varian Asas

Audi e-tron GT quattro diperkenalkan sebagai pilihan paling asas untuk model elektrik prestasi tinggi, Audi e-tron GT 2025.

15-05-2025
Global
Toyota Corolla Cross Facelift 2025 Diperkenalkan Di Eropah

Toyota Corolla Cross Facelift 2025 Diperkenalkan Di Eropah

Toyota Eropah secara rasminya menerima Corolla Cross versi facelift 2025, hampir setahun selepas pelancarannya di rantau ASEAN, termasuk Malaysia.

14-05-2025
Global
Aston Martin DBX S Meluncur Lebih Laju Daripada 707

Aston Martin DBX S Meluncur Lebih Laju Daripada 707

Aston Martin kini menawarkan SUV DBX dalam versi garang, DBX S, model yang tampil dengan kuasa lebih tinggi berbanding DBX 707.

30-04-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2024 CariCarz.com. All Rights Reserved.