Varian SUV Mercedes-Benz EQE 350+ Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM399,888
Sofea Najmi
24-5-2024
SUV EQE 350+ kini ditawarkan dalam varian Electric Art Line (kiri) dan AMG Line (kanan).
Selain varian baharu untuk EQE 350+ versi sedan, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) turut merperluaskan barisan produknya untuk EQE 350+ versi SUV, yang kali ini hadir dalam dua varian baharu, Electric Art Line dan AMG Line.
Kedua-dua varian 350+ yang baharu ini menggunakan motor elektrik tunggal yang dipasang pada bahagian belakang dengan output kuasa 292 hp dan 565 Nm. Kuasa tersebut memberikan kemampuan kepada SUV ini untuk membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa sepantas 6.7 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi yang dihadkan pada 210 km/j. Bateri yang digunakan berkapasiti 90.56 kWj yang membolehkannya bergerak sejauh 596 km (WLTP) dengan cas penuh.
Kedua-dua varian menerima input pengecasan AC 22 kW dan DC 170 kW.
Berkenaan dengan pengecasannya, kedua-dua varian SUV EQE 350+ ini diberikan pengecas bersepadu (on-board charger/OBC) yang boleh menerima input pengecasan AC 22 kW dan DC hingga 170 kW. Dengan pengecas DC, bateri boleh dicas daripada 10-80% dalam hanya 32 minit, sama seperti kembar sedannya.
Electric Art Line diberikan ciri unik seperti rim aloi 20 inci dengan jejari yang bercorak logo Mercedes-Benz.
Dari segi rekaan, varian Electric Art Line tampil berbeza dengan rim dua ton 20 inci berwarna hitam dengan corak logo Mercedes-Benz. Ia juga diberikan lampu depan Digital Light dengan fungsi Adaptive Highbeam Assist Plus. Bergerak ke bahagian dalam, ruang kabinnya tampil mewah dengan upholsteri kulit sintetik gabungan Neotex/Artico dalam warna hitam dan kelabu.
Seperti yang dilihat dalam versi sedan, papan pemuka (dashboard) dan konsol tengah Electric Art Line diberikan pencahayaan latar (backlit) potongan laser logo Mercedes-Benz. Kabin varian ini juga mendapat lampu ambien, kawalan pendingin hawa automatik multi-zon, serta pad pengecas tanpa wayar di bahagian hadapan. Dari segi mekanikal, ciri penting yang diberikan pada varian ini ialah penggunaan sistem suspensi comfort untuk casisnya.
SUV EQE 350+ AMG Line tampil lebih sporty dari segenap sudut.
Seterusnya, untuk varian lebih tinggi dan berprestasi, AMG Line, antara elemen menarik pada versi ini adalah penggunaan rim aloi lima jejari AMG yang bersaiz 20 inci, pemijak sisi dalam kemasan aluminium, serta bumbung suria panoramik.
Dalam kabin, AMG Line diberikan pelbagai ciri premium seperti pakej audio keliling 3D Burmester, tempat duduk sport untuk bahagian depan, papar pandu (HUD), pakej Energising dan Air Balance yang melengkapkan kawalan iklim, pakej Acoustic Comfort serta upholsteri kulit asli. Sentuhan menarik lain ialah penggunaan kemasan kayu magnolia pada papan pemuka dengan corak logo Mercedes-Benz.
Dari segi mekanikal, varian AMG Line bagi SUV EQE 350+ ini diberikan sistem suspensi udara Airmatic yang pintar serta sistem pengendalian roda belakang (RWS). Kedua-dua ciri ini menjanjikan kawalan dan ketangkasan yang lebih baik berbanding SUV asas, Electric Art Line.
Kabin AMG Line (kiri) dan Electric Art Line (kanan).
Dari segi keselamatan, kedua-dua varian baharu diberikan pakej keselamatan Driving Assistance Plus yang sama. Ini termasuk sistem pembrekan kecemasan autonomi (AEB), kawalan pelayaran adaptif (ACC) dengan lanjutan penghidup semula enjin secara automatik dalam kesesakan lalu lintas, Bantuan Kekal Lorong Aktif, Bantuan Stereng Aktif, Sokongan Manuver Evasif dan Impak Sisi Pre-Safe.
SUV EQE 350+ Electric Art Line ditawarkan di pasaran pada harga bermula dari RM398,888, manakala SUV EQE 350+ AMG Line yang lebih sporty dijual pada harga RM448,888. Harga tersebut termasuk jaminan standard kenderaan selama 4 tahun tanpa had perbatuan, serta jaminan berasingan untuk bateri EV selama 10 tahun atau 250,000 km.
Baca: Varian Baharu Mercedes-Benz EQE 350+ 2024 Dilancarkan – Dari RM379,888
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPC6745
SELANGOR
BSE5920
JOHOR
JXW8708
PULAU PINANG
PRQ4890
PERAK
ANV5274
PAHANG
CFB7186
KEDAH
KGA4986
NEGERI SEMBILAN
NEF8016
KOTA KINABALU
SJK8364
KUCHING
QAB3356L
Terakhir Kemas Kini 11 May, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.10
-0.08
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.80
-0.08
EURO 5 B7
RM 3.00
-0.08
Terakhir Kemas Kini 08 May, 2025
Berita Terkini
MAS 2025: Jetour T2, SUV "Rugged", Bakal Dilancar Tak Lama Lagi!
Selain SUV VT9, Jetour Malaysia turut mempamerkan salah satu SUV lasak mereka di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) y iaitu Jetour T2.
10-05-2025
MAS 2025: Zeekr 7X Dipertontonkan – Daftar Minat, Dari RM182K Untuk 500 Terawal
Zeekr 7X, akhirnya diperkenalkan kepada rakyat Malaysia menerusi penampilan sulungnya di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025).
09-05-2025
MAS 2025: Harga GWM Tank 500 HEV Diumumkan – Dari RM328,800
GWM Malaysia secara rasmi melancarkan GWM Tank 500 HEV di MAS 2025.
09-05-2025
MAS 2025: iCAUR Masuk Malaysia, Dah Tayang 2 Model: 03 & V23
Jenama iCaur sudah mendarat secara rasminya ke negara kita.
09-05-2025
MAS 2025: Jetour VT9 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga HANYA RM118,800
Jetour Malaysia akhirnya melancarkan SUV tiga baris terbaharunya, VT9 ke pasaran tempatan.
09-05-2025
MAS 2025: Chery Tiggo 7 & Tiggo 8 CSH PHEV Didedah, Maknanya Bakal Dilancar Tak Lama Lagi
Chery Malaysia turut mempamerkan barisan model Chery Super Hybrid (CSH), Chery Tiggo 7 dan Tiggo 8 versi hibrid plug-in (PHEV).
09-05-2025
MAS 2025: Omoda C7 Dipertonton-Kini Bawah "Bumbung" Omoda | Jaecoo Malaysia
Omoda C7 ditayangkan kepada media semalam.
09-05-2025
MAS 2025: Tiggo Cross Belum Dilancar, Tapi ROI Sudah Dibuka, Siapa Tempah Dijamin Terima OGOS Ini
Chery Malaysia secara rasminya mendedahkan Chery Tiggo Cross di pameran Autoshow Malaysia 2025 di MAEPS, Selangor, pagi tadi.
08-05-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat