Kerjasama Proton, Geely & SIRIM QAS, Kualiti Lebih Terjamin, Pengguna Lebih Yakin
Proton telah memilih SIRIM QAS International (SIRIM QAS) sebagai rakan makmal rasmi untuk komponen automotif Proton dan Geely. Kerjasama ini bertujuan untuk meningkatkan kredibiliti dan daya saing produk automotif syarikat di pasaran global.
Penilaian Ketat Makmal SIRIM
Untuk memenuhi syarat kerjasama ini, Makmal Seksyen Kimia, Polimer dan Komposit (CPCT) SIRIM telah menjalani penilaian menyeluruh bagi memenuhi standard Pengurusan Makmal Ujian Pihak Ketiga dan sijil akredasi global MS ISO/IEC 17025.
Ketua Seksyen CPCT, Dalha Bin Rahmat, berkata, "Akreditasi ini bukan sekadar satu kelulusan, ia mencerminkan dedikasi SIRIM QAS terhadap kecemerlangan, kesaksamaan dan daya saing."
Menyokong Matlamat PROTON
Proton Holding Sdn Bhd menekankan bahawa kerjasama ini menyokong matlamat Proton untuk menjadi syarikat automotif terkemuka di Malaysia serta salah satu daripada tiga terbaik di ASEAN melalui piawaian ketat SIRIM QAS.
Manfaat Kepada Keseluruhan Rantaian Bekalan
Kerjasama ini juga menawarkan pelbagai manfaat sepanjang rantaian bekalan, termasuk:
-Jaminan Kualiti Tertinggi: Memastikan standard tinggi untuk produk automotif.
-Keyakinan Pengguna: Membina kepercayaan di pasaran.
-Akses Pasaran Global: Memudahkan kemasukan ke pasaran antarabangsa.
Ujian Menyeluruh
Fasiliti ujian CPCT SIRIM dilengkapi dengan pelbagai teknologi ujian yang termasuk ujian perubahan cuaca yang dipercepat (accelerated weathering), ujian bahan, ujian termal dan banyak lagi yang akan membantu syarikat dalam aspek berikut:
- Pembangunan Produk: Membantu pengeluar menguji bahan baharu dan menilai teknologi yang sedang berkembang.
- Meningkatkan Kecekapan: Menawarkan proses ujian yang mudah, cekap dan menjimatkan masa.
Komitmen Untuk Terus Mara Ke Hadapan
Usaha ini selaras dengan komitmen SIRIM QAS untuk terus mara ke hadapan dengan amalan terbaik. Melalui ujian-ujian yang dijalankan hasil kerjasama ini, Proton dan Geely berharap ia dapat meningkatkan kredibiliti syarikat dan keyakinan pengguna, sekaligus membawa industri automotif Malaysia ke peringkat lebih tinggi.
Kepakaran SIRIM sebagai peneraju khidmat pengujian, pemeriksaan dan pensijilan yang dapat memberikan jaminan kualiti, memudahkan usaha syarikat untuk menembusi pasaran antarabangsa.
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPK5818
SELANGOR
BSG3835
JOHOR
JYD4442
PULAU PINANG
PRS4693
PERAK
ANX8639
PAHANG
CFC6547
KEDAH
KGB4178
NEGERI SEMBILAN
NEG4841
KOTA KINABALU
SJL7523
KUCHING
QAB6955L
Terakhir Kemas Kini 19 Jul, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.21
+0.03
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.91
+0.03
EURO 5 B7
RM 3.11
+0.03
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2025
Berita Terkini
Skim Rel Akhir Laluan Lingkaran MRT 3 Diluluskan
Skim Rel Akhir bagi Projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) Laluan Lingkaran diluluskan secara rasmi.
18-07-2025
Ada Berita Baik! Rapid KL On-Demand Diperluas Di Shah Alam, Klang
Perkhidmatan Rapid KL On-Demand kini ditambah kepada 12 zon sekitar Shah Alam serta Klang, Selangor, mulai hari ini.
18-07-2025
JPJ Bantu Pemandu Lesen PSV, GDL Yang Pernah Digantung Lesen, Laksana Kursus Pemulihan
JPJ akan melaksanakan projek rintis kursus pemulihan bagi pemegang Lesen Vokasional untuk Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan Kenderaan Barangan (GDL) yang digantung, mulai November depan.
18-07-2025
SST Tidak Jejas Harga – Honda Malaysia
CEO Honda Malaysia, Narushi Yazaki, berkongsi kenyataan penting berkaitan isu pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperluas.
18-07-2025
Imej Render Perodua Bezza Generasi Baharu Oleh Theophilus – Lancar Tahun Ini?
Proses pembangunan Bezza baharu dari Perodua kini dipercepatkan, dan model ini dijangka bakal muncul lebih awal, iaitu seawal tahun ini.
17-07-2025
Bangkai Helikopter PDRM Dinaikkan Untuk Kenal Pasti Punca Terhempas
Bangkai helikopter AS355N PDRM yang terhempas di Sungai Pulai, Gelang Patah, Johor Bahru telah dinaikkan, pagi tadi.
17-07-2025
Kes Langgar Lari, 'Tolong Kesan Pemandu Langgar Adik Saya," - Abang Mangsa
Seorang abang merayu orang ramai yang mempunyai rakaman papan pemuka atau kamera litar tertutup (CCTV) membantu mengesan kenderaan yang dipercayai melanggar adiknya sehingga maut dalam satu kemalangan di Kampung Teluk Panji, Kota Bahru semalam.
17-07-2025
Gamuda Sudah Terima Notis, Laksanakan Projek LRT Pulau Pinang
Gamuda Bhd telah menerima notis mula kerja (NTP) daripada MRT Corp bagi pakej kerja sivil pertama projek laluan LRT Pulau Pinang.
17-07-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat