ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

BMW 3 Series 2025 CKD Dikemaskini – Varian PHEV 'Hilang', Dari RM272,800

Sofea Najmi

Kongsi melalui

DSC08007.jpg


BMW Group Malaysia telah mengumumkan perubahan untuk barisan model BMW 3 Series generasi G20 bagi tahun 2025 (2025MY).


Satu Varian Digugurkan


Model yang dipasang secara tempatan (CKD) di Kulim ini kini tidak lagi ditawarkan dalam varian hibrid plug-in (PHEV), 330e M Sport, yang digugurkan untuk tahun 2025. 


DSC08082.jpgDSC08080.jpgDSC08084.jpg


330e M Sport PHEV telah digugurkan daripada pasaran 2025


Diperkenalkan pada Januari 2023, ketika itu model ini dilancarkan pada harga jualan RM278,600 atau RM303,800 jika termasuk pakej BMW Service & Repair Inclusive (BS & RI).


Walau bagaimanapun, varian 3 Series yang lain masih dikekalkan. Barisan model kini terdiri daripada:


  • 320i M Sport (varian asas)
  • 330i M Sport dan 330Li M Sport (tahap pertengahan)
  • M340i xDrive M Sport Pro (varian premium).

Perubahan Luaran & Dalaman


02.-BMW-M340i-xDrive-M-Sport-Pro-LCI-II-in-Fire-Red.jpg04.-BMW-330i-M-Sport-in-Artic-Race-Blue.jpg


Warna baharu iaitu Fire Red Metallic dan Arctic Race Blue Metallic kini ditawarkan



Untuk bahagian luar, dua pilihan warna baharu telah ditambah, iaitu Fire Red Metallic dan Arctic Race Blue Metallic. Namun, tiada perubahan reka bentuk lain dilaporkan.


03.-BMW-330Li-M-Sport-M-Brooklyn-Grey-Mocha.jpg01.-BMW-330Li-M-Sport-M-Brooklyn-Grey-Mocha.jpg05.-BMW-330Li-M-Sport-M-Brooklyn-Grey-Mocha.jpg


BMW 330Li M Sport


Sementara itu, di bahagian kabin, semua varian kini dilengkapi stereng rata di bahagian bawah, corong udara penghawa dingin dengan rekaan geometri yang moden, serta material kemasan baharu di bahagian atas panel instrumen. Varian 330Li M Sport diberikan kemasan geometri eksklusif.


01.-BMW-320i-M-Sport.jpg02.-BMW-320i-M-Sport.jpg02.-BMW-M340i-xDrive-M-Sport-Pro-LCI-II-in-Tacora-Red.jpg


Beberapa perubahan kecil diberikan di ruang kabin 3 Series


Skrin BMW Curved Display masih dikekalkan, tetapi kini dilengkapi dengan sistem operasi BMW Operating System 8.5, yang menawarkan fungsi QuickSelect dan pengecaman suara yang lebih canggih. Fungsi Parking Assistant turut dipertingkatkan dengan penambahan paparan Video Augmented Reality (VAR).


Penambahbaikan Sistem Suspensi & Kuasa Enjin


Dari segi mekanikal, semua varian kini menerima talaan suspensi baharu yang dijangka memberikan keselesaan lebih baik serta kawalan lebih mantap, terutama di jalan raya yang tidak rata.


Pilihan enjin kekal sama seperti sebelumnya:

  • 320i, 330i dan 330Li menggunakan enjin 2.0 liter 4 silinder turbo dengan tahap talaan berbeza, dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan ZF yang memacu roda belakang.
  • M340i xDrive Pro dilengkapi enjin 3.0 liter 6 silinder sebaris turbo, menghasilkan 387 ps dan 500 Nm, bersama sistem pacuan semua roda (AWD). Varian ini mampu mencapai kelajuan 0-100 km/j dalam hanya 4.4 saat.

Harga Terkini BMW 3 Series 2025


BMW Group Malaysia tidak menyatakan harga tepat dalam siaran medianya, tetapi senarai harga terkini boleh didapati di laman web rasmi BMW. Berikut adalah harga untuk rangkaian BMW 3 Series 2025 CKD:
  • 320i M Sport: RM272,800 (RM299,200 dengan BS & RI)
  • 330i M Sport: RM308,800 (RM335,200 dengan BS & RI)
  • 330Li M Sport: RM314,800 (RM341,200 dengan BS & RI)
  • M340i xDrive Pro: RM385,800 (RM412,200 dengan BS & RI)

Pilihan Waranti dan Pakej Servis


Harga asas hanya meliputi jaminan standard selama dua tahun. Untuk mendapatkan waranti lima tahun dan pakej servis, pelanggan perlu memilih pilihan BS & RI.


Baca: Model BMW Malaysia 2025 Dikemaskini – 330e, iX 40 Dihentikan, Harga Naik

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRB5281

SELANGOR

BSQ6041

JOHOR

JYX9803

PULAU PINANG

PSC7784

PERAK

APH9587

PAHANG

CFG7093

KEDAH

KGG3972

NEGERI SEMBILAN

NEK5871

KOTA KINABALU

SJS2721

KUCHING

QAB9479N

Terakhir Kemas Kini 10 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

15-01-2026
Kereta Baru

15-01-2026
Berita Auto

15-01-2026
Kereta Baru

15-01-2026
Berita Auto

02-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Tiada Kejutan Minggu Ini! Harga Diesel & RON97 Kekal

Naik atau Turun? Ini Jawapan Kementerian Kewangan Mengenai Harga Minyak.

10-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: Honda Prelude 2026 Hadir Di KLIMS 2026

Bukan Hibrid Biasa! Honda Prelude 2026 Guna Elemen Type R, Bakal Mengamuk Di KLIMS 2026/

10-06-2026
Berita Auto

Tragedi Bas Genting: Menteri Gesa Pasang Bonggol, Penenang Lalu Lintas

Kemalangan di Genting Highlands, menteri cadang pasang bonggol di laluan menurun.

10-06-2026
Berita Auto

CERMAT MADANI: Diskaun Insurans 10% Untuk Pemandu "Baik", Anda Layak?

Berita Gembira Buat Pemandu Berhemah: Kerajaan Bagi Rebat Insurans 10% Di MyJPJ

10-06-2026
Berita Auto

Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih

The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!

09-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Bakal Muncul Dengan Varian Baharu

Proton e.MAS Bakal Buat Kejutan, Pratonton Varian Baharu e.MAS 7 Di KLIMS 2026.

09-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: Seteru 'Rolls-Royce' Dari China Sah Tiba Di Malaysia, Zeekr 9X Bakal Gegarkan KLIMS 2026

Seteru Rolls-Royce versi 'Mampu Milik'? Zeekr 9X bakal didedahkan di KLIMS 2026.

09-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.