Indonesia Sasar Jadi Tuan Rumah Kejohanan Rali Dunia

Kejohanan Rali Dunia (WRC) mungkin akan kembali diadakan di Indonesia seawal tahun 2026 nanti
Indonesia menyasarkan untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Rali Dunia (WRC), dengan kemungkinan penganjuran seawal tahun 2026. Jika berjaya, ia akan mengakhiri penantian hampir 30 tahun sejak negara itu kali terakhir menganjurkan WRC pada 1997.

Ketika itu, perlumbaan tersebut dimenangi oleh Carlos Sainz Sr dan pembantunya Luis Moya, yang memandu Ford Escort RS Cosworth WRC. Sekiranya hasrat ini menjadi kenyataan, Indonesia akan menjadi satu-satunya lokasi WRC di rantau Asia Pasifik selain Jepun.
Pengumuman Rasmi oleh Menteri Belia dan Sukan Indonesia

Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Dito Ariotedjo (dua dari kanan)
Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Dito Ariotedjo, baru-baru ini mengumumkan hasrat untuk membawa WRC kembali ke republik itu. Pengumuman tersebut susulan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara pejabatnya dan Pengarah Acara Kanan WRC, Simon Larkin.
MoU itu adalah hasil perbincangan antara kementerian, Larkin dan pelbagai pihak berkepentingan sukan, termasuk Persatuan Motor Indonesia (IMI). Menurut Ariotedjo, penganjuran WRC dijangka memberi manfaat besar kepada perkembangan sukan permotoran di Indonesia.
Toba Dipilih Sebagai Lokasi Utama
Ariotedjo turut menyatakan bahawa bandar Medan dan kawasan sekitar Tasik Toba telah dikenal pasti sebagai lokasi utama untuk penganjuran acara tersebut.



Kereta lumba daripada kategori teratas WRC, 'Rally1', menyaksikan penyertaan dari Hyundai (atas), Ford (kiri bawah) dan Toyota (kanan bawah).
"Kami gembira kerana pihak WRC telah menunjukkan minat untuk memasukkan Indonesia dalam kalendar perlumbaannya. Daripada 14 acara dalam kalendar WRC 2026, kami berhasrat menambah satu acara di Toba," katanya.
Namun begitu, beliau mengakui bahawa sasaran lebih realistik adalah penganjuran pada 2027, memandangkan semua pihak kini sedang menjalankan penilaian terhadap kesediaan Indonesia sebagai tuan rumah.
Perkembangan Baharu dalam Sukan Permotoran Indonesia


Indonesia merupakan tuan ruamh bagi Formula E dan MotoGP
Jika berjaya menjadi tuan rumah, WRC akan menambah lagi senarai acara sukan permotoran antarabangsa yang berlangsung di Indonesia. Ketika ini, republik itu sudah pun menjadi tuan rumah tetap untuk Formula E di Jakarta dan MotoGP di Litar Mandalika, Lombok.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7314
SELANGOR
BSU9301
JOHOR
JH1719J
PULAU PINANG
PSH2981
PERAK
APM7926
PAHANG
CFJ3684
KEDAH
KGJ7457
NEGERI SEMBILAN
NEM5426
KOTA KINABALU
SJV1073
KUCHING
QAB9646P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Perodua Kaji Balik Strategi Di Indonesia Termasuk Di Timor Leste
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) sedang menilai semula strateginya di Indonesia memandangkan negara republik itu sedang membangunkan kereta nasional sendiri.
31-10-2025
Kumpulan Samseng Ganggu Pembangunan Kilang BYD & VinFast Di Indonesia
Dua projek pembinaan kilang kenderaan elektrik (EV) di Indonesia kini berdepan dengan halangan daripada sekumpulan komuniti tempatan atau “ormas."
20-05-2025
Kereta Api 'Whoosh' Berkelajuan 350 KM/J Bakal Beroperasi Di Indonesia
Projek kereta api laju bernilai AS$7.3 bilion dirasmikan di Indonesia.
03-10-2023
Indonesia Bakal Tawar Insentif Untuk Galak Rakyat Beli EV & Tarik Pelabur
Indonesia akan menawarkan insentif untuk meningkatkan jualan kenderaan elektrik (EV) bermula 20 Mac tahun ini.
07-03-2023
[VIDEO] Pengantin Bagi Toyota Raize & Vespa Primavera Sebagai Mas Kahwin
Tular video seorang pengantin lelaki menyerahkan sebuah kereta dan motosikal vespa sebagai mas kahwin.
14-11-2022
Penumpang Kereta Api Jakarta 'Diserang' Zombi! Rupanya Ini Satu Strategi...
Penumpang LRT Jakarta diserang zombi? Ini kisah di sebaliknya...
09-09-2022
"Hasilkan EV Di Indonesia, Bukan Hanya Bateri," Jokowi Gesa Tesla
Tesla digesa agar menghasilkan EV di Indonesia.
20-08-2022
Dalam 1 Jam, 10 Unit Pertama Subaru BRZ Disapu Habis Selepas Diperkenal Di Indonesia
10 unit Subaru BRZ serba baharu habis terjual sebaik dipertontonkan.
17-08-2022
Berita Terkini
Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia
Rupanya Bukan Tercabut Sendiri Tetapi Terlanggar Susur.
06-11-2026
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?
Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027
21-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

