Jualan Perodua Melonjak, Pembekal, Pengedar Perodua Turut Terima Manfaat Besar

Prestasi bersejarah yang dicatatkan Perodua pada tahun lepas membuatkan Operasi Persatuan Pembekal Perodua (P2SA) dan Persatuan Pengedar Perodua (PDA) kini berada di kedudukan kukuh.
Presiden P2SA, Musa Zahidin Tan Sri Ahmad Zaidee mendedahkan Perodua telah membuat pembelian komponen automotif dengan nilai berpuluh billion ringgit daripada ahlinya sejak beberapa tahun lalu sekali gus, menjadikannya pembelian tertinggi dalam sejarah.


“Pembelian ini memainkan peranan penting dalam membolehkan ahli P2SA untuk membuat pelaburan semula dan mengembangkan operasi, menambah baik skala ekonomi dan meningkatkan kelebihan daya saing kami – terutamanya apabila kos meningkat disebabkan oleh faktor luaran,” katanya.
Mengulas lanjut, menurutnya, ahli-ahli P2SA juga telah mengambil inisiatif untuk membuatnpelaburan semula ke atas operasi mereka termasuklah dengan melaksanakan automasi dan teknologi Internet Kebendaan (IOT).
“Contoh bagi pembaharuan ini adalah Sistem Penyimpanan dan Pengambilan Automatik (ASRS) oleh Ingress AOI Technologies Sdn Bhd – sistem kawalan komputer yang boleh mengenalpasti, menyusun dan memindahkan barangan dalam gudang bertingkat tinggi dengan operasi tenaga manusia dan peralatan sokongan yang minimum. Sistem ini telah meningkatkan keberkesanan ruang Ingress AOI Technologies sebanyak 71%,” ujarnya.


Sementara itu, Presiden PDA, Rabitah Shamshudin berkata, bagi ahli PDA, mendaftarkan majoriti daripada 358,102 kenderaan Perodua adalah cabaran dan juga satu kejayaan.
“Kami ingin berterima kasih kepada Perodua, terutamanya di bawah pimpinan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad di atas kejayaannya membawa kami ke peringkat lebih tinggi.


“Selain daripada kecekapan dan profesinalisme, Perodua juga telah memberikan sokongan penuh kepada para pengedarnya untuk menambah baik operasi, seperti melaksanakan operasi tunggal (mono-operation), menawarkan sokongan dan galakan untuk menaik taraf operasi 3S yang terbukti berbaloi buat kebanyakan ahli kami,” jelasnya
Operasi tunggal merujuk kepada gabungan operasi jualan, perkhidmatan dan jualan alat ganti yang boleh menawarkan pengalaman pemotoran yang lebih lancar buat para pelanggan.
Sehubungan itu, PDA komited terhadap kejayaan berterusan Perodua sebagai jenama automotif paling popular di negara ini dan akan terus memfokuskan kepada kepuasan pelanggan dengan memahami keperluan dan membina pengalaman yangnlebih baik dengan mereka.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7425
SELANGOR
BST4359
JOHOR
JD5680J
PULAU PINANG
PSF3086
PERAK
APL2341
PAHANG
CFH6187
KEDAH
KGH8563
NEGERI SEMBILAN
NEL6817
KOTA KINABALU
SJT8784
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 03 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501
Perodua Pulangkan RM16,501 Kepada Pembeli Terawal QV-E, Rupanya Ada Sebabnya.
06-08-2026
Kereta Bajet: Axia VS Saga, Mana Satu Pilihan Anda?
Pilihan Kereta RM40k di Malaysia: Perodua Axia atau Proton Saga?
03-08-2026
Perodua Axia Kini Lebih Mampu Milik: Harga Turun Sehingga RM4,700 Serta-Merta
Berita Baik! Perodua Potong Harga Axia Demi Bantu Rakyat Hadapi Cabaran Ekonomi.
03-08-2026
Perodua Traz & Alza 'Takluk' Sri Lanka: Bukti Kereta Malaysia Mampu Bersaing di Luar Negara
Dari Malaysia Ke Sri Lanka: Perodua Lebarkan Sayap, Eksport Traz dan Alza!
28-07-2026
Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k
Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.
27-07-2026
Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi
Tuah Menggunakan Super App P-Circle, Penuntut UiTM Dipilih Pemenang Utama Myvi 1.3G.
07-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!
Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.
18-06-2026
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
