- Berita
- Berita Auto
- Jualan TIV Meningkat 816,747 Unit Dalam Sejarah Automotif Sebab Ramai Beli Perodua?
Jualan TIV Meningkat 816,747 Unit Dalam Sejarah Automotif Sebab Ramai Beli Perodua?

Percaya atau tidak, industri automotif Malaysia melakar sejarah baharu apabila jumlah keseluruhan industri (TIV) melepasi angka 800,000 unit buat pertama kali dalam sejarah.
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) berkata, TIV 2024 meningkat 2.1 peratus kepada 816,747 unit .
Angka itu dilihat melepasi angka tertinggi berbanding dengan tahun 2023 apabila ketika itu hanya mencatatkan sebanyak 799,821 unit.

Ini bermakna, industri automotif mencipta sejarah baharu pada tahun lepas apabila julung kalinya jualan TIV mencecah 800,000 unit.
Sementara itu, Presiden MAA, Mohd Shamsor Mohd Zain, berkata prestasi luar biasa yang dicatatkan itu disebabkan disokong faktor ekonomi negara yang berkembang pesat kepada 5.2 peratus bagi tempoh tiga suku pertama 2024.

‘Malah, Kadar Dasar Semalaman (OPR) juga kekal pada 3.0 peratus sejak Mei 2023, selain menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pinjaman kenderaan,” katanya pada taklimat media pencapaian industri automotif Malaysia 2024.
Menurutnya, pencapaian pada tahun lepas sebenarnya tidak dapat dicapai tanpa keadaan sosio-politik yang lebih stabil serta pelbagai langkah yang diambil oleh kerajaan untuk merangsang ekonomi negara, membawa kepada pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang lebih tinggi.
"Keadaan yang membolehkan rakyat Malaysia lebih optimistik terhadap ekonomi dan lebih bersedia untuk berbelanja, termasuk membeli kenderaan," katanya.
Tambah beliau, pasaran pekerjaan yang positif dengan kadar pengangguran mencapai tahap terendah kepada 3.2 peratus turut memberi momentum positif kepada pasaran kenderaan di Malaysia.


Pelancaran model baharu yang berjaya dengan ciri-ciri menarik dan teknologi terkini yang diterima baik oleh pasaran, sekali gus memacu tahap permintaan," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan peningkatan jumlah pendaftaran didorong terutamanya oleh prestasi jualan yang kukuh oleh jenama nasional, terutamanya Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA).
Ini kerana pasaran gabungan jenama nasional dalam segmen kenderaan penumpang meningkat kepada 67.7 peratus atau 505,689 unit berbanding 66.9 peratus atau 481,300 unit pada 2023.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6694
SELANGOR
BST4219
JOHOR
JD5319J
PULAU PINANG
PSF2926
PERAK
APL2162
PAHANG
CFH6117
KEDAH
KGH8429
NEGERI SEMBILAN
NEL6739
KOTA KINABALU
SJT8721
KUCHING
QAB5081P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat