ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Dilancar, Harga Marhaen, Cuma RM98,300

Suhana Veru

Kongsi melalui

Pengeluar kereta nasional, Proton melancarkan secara rasminya Proton X50 Sport Edition menerusi laman Facebook, Proton Cars, semalam.

Model edisi terhad itu ditawarkan pada harga tawaran selepas rebat RM7,000 iaitu RM98,300 (harga asal RM101,800 + pakej tawaran harga RM3,500).

Bagaimanapun, Proton X50 Sport Edition ini cuma ditawarkan dalam satu warna iaitu Quartz Black.

image.png

Jentera ini dilihat kelihatan lebih sporty berbanding dengan Proton X50 yang sedia ada kerana ia hadir dengan kit badan empat keping berwarna merah termasuk splitter depan, skirt sisi, dan penyebar udara belakang.

Bagi membezakan dengan model sedia ada, badan Proton X50 Sport Edition ini hadir dengan pelekat berwarna merah dan dipasang dengan rim 18 inci hitam dengan 10 jejari hitam yang sebenarnya untuk menonjolkan  penampilannya.

image.pngimage.png

Menjengah ke dalam kabin, jentera edisi istimewa ini menampilkan kemasan warna merah dan hitam pada tempat duduk hadapan dan belakang, ada pengecas tanpa wayar, karpet edisi terhad, scuff plate dan tray but.

Mengenai trenkuasanya, X50 Sport Edition sebenarnya dibangunkan berdasarkan varian Premium.

Ini bermakna ia masih menggunakan enjin 1.5 liter dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat  150 PS/226 Nm.

image.png

Enjin tiga silinder turbo ini digandingkan dengan transmisi dual-klac basah tujuh kelajuan.

Selain itu, model ini juga cukup sarat dengan pelbagai aspek keselamatan seperti sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS), termasuk kawalan jelajah adaptif, brek kecemasan autonomi, dan bantuan kekal lorong.

Malah, X50 Sport Edition turut menerima pakej standard iaitu waranti lima tahun dengan perbatuan tanpa had, pakej data selama lima tahun 1GB sebulan, enam kali upah buruh untuk servis dan manfaat komprehensif program insurans Proton.

Bagi yang berminat, anda sudah boleh membuat tempahan di semua pengedar sah Proton yang berdekatan dengan anda.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRL1869

SELANGOR

BSS7356

JOHOR

JC4347J

PULAU PINANG

PSE6972

PERAK

APK6650

PAHANG

CFH4526

KEDAH

KGH5491

NEGERI SEMBILAN

NEL4381

KOTA KINABALU

SJT5404

KUCHING

QAB4036P

Terakhir Kemas Kini 16 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto

10-10-2025
Berita Auto

03-10-2025
Berita Auto
Berita Auto

01-08-2025
Kereta Baru

24-07-2025
Berita Auto

18-07-2025
Berita Auto

Berita Terkini

Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.