ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Bilik Pameran Proton e.MAS Dibuka 2 Di Sabah, 2 Lagi Di Sarawak

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Anak syarikat kenderaan tenaga baharu PROTON, PRO-NET, membuka empat bilik pameran  Proton e.MAS di Sabah dan Sarawak, baru-baru ini.

Empat bilik pameran itu ialah  Proton e.MAS milik Harapan Maju Sabah Sdn. Bhd yang dibuka pada 8 Februari lalu dan sebuah lagi milik Melinau EV Sdn. Bhd yang terletak di Kuching, Sarawak.

Peluasan rangakaian pengedar ini diteruskan dengan pembukaan bilik pameran milik Ghee Hua Co. Sdn. Bhd. yang terletak di Sarawak. Bagaimanapun, bilik pameran ini akan dibuka pada 13 Februari ini.

Sebuah lagi  bilik pameran milik Fook Loi Eurocar Sdn. Bhd yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah pula akan dibuka di Sabah pada 28 Februari nanti.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, pihaknya cukup teruja untuk memulakan babak baru bagi Proton e.MAS dengan pengembangan pusat pengedar ke Sabah dan Sarawak.

image.png

“Pembukaan rangkaian pengedar pertama proton e.MAS di Sabah dan Sarawak mencerminkan komitmen kami untuk menjadikan mobility elektrik lebih mudah diakses oleh semua rakyat Malaysia. 

“Dengan sokongan rakan kongsi yang kukuh, kami yakin pencapaian ini akan mempercepatkan revolusi EV di rantau ini, membawakan inovasi, kelestarian, dan pengalaman pemilikan EV yang luar biasa kepada para pelanggan kami,” katanya.

image.png

Difahamkan, bilik pameran moden ini direka bukan sahaja untuk mempamerkan teknologi kenderaan elektrik terkini dari PROTON, tetapi juga berfungsi sebagai pusat utama bagi pendidikan dan interaksi kepada pelanggan.

image.png

Buat masa ini, terdapat 37 pengedar Proton e.MAS di seluruh negara. Untuk keterangan lanjut, layari Proton e.MAS Cars di Facebook. 

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN5207

SELANGOR

BST3938

JOHOR

JD4737J

PULAU PINANG

PSF2572

PERAK

APL1882

PAHANG

CFH5991

KEDAH

KGH8048

NEGERI SEMBILAN

NEL6518

KOTA KINABALU

SJT8553

KUCHING

QAB4992P

Terakhir Kemas Kini 30 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

36 Pengedar e.MAS, Semakin Ramai Minat Jadi Pengedar Selepas Lawatan R&D Geely Di China

Anak syarikat pembuat kereta nasional PROTON, PRO-NET mengumumkan pelantikan sebanyak 36 pengedar Proton e.MAS yang dibuat baru-baru ini.

01-10-2024
EV

Proton e.MAS Mengganas Di Awal 2026! Serah Lebih 100 Unit Sehari

Jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) nasional, Proton e.MAS, memulakan kalendar 2026 dengan langkah kanan apabila mencatatkan angka penyerahan kenderaan yang cukup luar biasa bagi bulan Januari.

02-02-2026
EV

Tun Mahathir Pandu Uji Proton e.MAS 7 Pada Usia Hampir 100 Tahun

Walaupun usia hampir menjengah 100 tahun pada bulan depan, namun itu tidak menjadi penghalang buat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memandu uji Proton, e.MAS 7.

22-06-2025
EV

Proton e.MAS 7 Buktikan Mampu Harungi Perjalanan Lebih 10,000KM, Rentas 9 Negara

Proton e.MAS 7 telah berjaya menamatkan perjalanan bersejarah sejauh 10,432km dengan merentasi sembilan buah negara ASEAN baru-baru ini.

29-05-2025
EV

PRO-NET Raikan Hari Ibu Dengan Anjur Program "THE REAL e.MAS DRIVE"!

Media berpeluang memandu uji Proton e.MAS 7 sempena Hari Ibu, baru-baru ini.

19-05-2025
Berita Auto

PRO-NET Ajak Pengedar Sertai Keluarga Proton e.Mas 7

Pro-Net kini sedang giat merekrut rakan kongsi di seluruh Malaysia.

28-04-2025

Berita Terkini

EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026
EV

Berapa EV Terbakar Di Malaysia

Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.

19-08-2026
EV

EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar

Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.

17-08-2026
EV

Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia

Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.

12-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.