Sudah Diuji: Kembar e.MAS 7, Adakah Proton e. MAS 7 Akan Sama Dengan Kembarnya? Semuanya Belum Terjawab Lagi

Pada minggu lepas, pembuat kereta nasional Proton mengalu-alukan ketibaan konvoi Geely Galaxy E5 EV selepas mereka meredah perjalanan sejauh 3,700 kilometer.
Difahamkan, konvoi yang digelar sebagai ‘siri jelajah dunia’ telah memulakan perjalanan dari Guiyang, China, dan kemudian mengharungi Laos, Thailand dan akhirnya menamatkan perjalanan mereka di Pusat Kecemerlangan Proton (CoE) di Shah Alam.
Di sebalik ketibaan konvoi E5 ini, ia bukan sahaja menandakan permulaan jelajah nasional Proton e. MAS 7 tetapi juga memberi kita sedikit gambaran mengenai kenderaan elektrik pertama Proton.

Untuk itu, kami turut dijemput oleh Proton untuk memandu uji kembar kepada Proton e.MAS 7 itu di litar ujiannya di Proton CoE.


Di sebalik sesi pandu uji ringkas itu, ini 5 perkara yang anda wajib tahu tentang EV Geely Galaxy E5:
1. NAMPAK LAWA, GEBU, MONTOK
Bagi kami, rekaan model e.MAS 7 ini agak kemas, comel dan gebu disebabkan rekaannya yang berbentuk bulat.

Ia menampilkan gaya badan SUV yang cukup kemas kerana ia hadir dengan lampu hadapan LED jenis tajam, manakala lampu nyalaan siang harinya berbentuk L dan gril hadapannya pula jenis tertutup.
Menjengah bahagian belakangnya, model ini dipasang dengan lampu belakang LED jenis lebar.


Malah, model berspesifikasi China ini turut menggunakan roda aloi 19 inci yang cukup bergaya dengan jejari gaya turbin, berbanding unit 18 inci yang digunakan pada prototaip e. MAS 7 yang dibalut pada unit camo.
Dari segi dimensi, E5 berukuran 4,615 mm panjang, selebar 1,901 mm, 1,670 mm tinggi, manakala jarak roda pula 2,750 mm.

Selain itu, walaupun masih banyak butiran yang belum diputuskan, namun reka bentuk Galaxy E5 ini sudah memberi gambaran jelas mengenai model EV Proton yang pertama nanti.
Malah, jika e.MAS 7 mengikut konvensyen yang sama seperti model Proton berasaskan Geely yang lain sebelum ini, maka, kita boleh menjangkakan beberapa perubahan reka bentuk yang kecil terhadap model e.MAS 7 namun perubahannya tidaklah begitu ketara.
2. KABIN MINIMALIS, LUAS

Sebaik melangkah masuk ke dalam kabin E5 ini, ia menawarkan kabin yang cukup minimalis, luas dan mewah.
Nampaknya, Proton agak '"berahsia" mengenai kabin e.MAS 7 namun melihat pada kabin E5, ia sudah memberi bayangan bahawa kabin e.MAS 7 pasti mampu menggoda penggemar kereta EV di Malaysia nanti.


Seperti mana, kebanyakan EV buatan China, kabin E5 juga cukup minimalis memandangkan ia hadir dengan warna gelap dan terang bagi menonjolkan ruang dalaman yang lebih mewah.
Antara peralatan yang terdapat di dalam E5 ialah skrin infotainmen terapung bersaiz 15.4 inci yang dikuasakan oleh Flyme Auto OS, instrumen digital bersaiz 10.2 inci, ada pad pengecas wayarles, sistem Audio Flyme 16 dengan 16 pembesar.


Sementara itu, tempat duduk hadapannya hadir dengan fungsi pemanasan selain turut ditawarkan dengan sokongan ottoman untuk penumpang.

Selain menawarkan tempat duduk empuk dan dibaluti dengan upholsteri kulit tiruan, jenama Geely ini sebenarnya hadir dengan pelbagai ruang penyimpanan barang.


Bayangkan, E5 ini didatangkan dengan 33 ruang simpanan (termasuk di bawah tempat duduk belakang).
Apa yang cukup mengujakan ialah E5 menawarkan ruang but seluas 461 liter serta didatangkan dengan ruang simpanan tambahan sebesar 51 liter di bawah lantai but.
Melihat kepada semua semua ciri praktikal ini, kami boleh menyimpulkan bahawa E5 adalah sebuah SUV yang cukup sesuai untuk mereka yang sudah berkeluarga mahupun buat bujang.

3. E5 DITALA UNTUK KESELESAAN.
Setelah menyesuaikan diri dengan unit ujian pemanduan belah kiri, perkara pertama yang kami perhatikan semasa memandu E5 ialah model ini ditala untuk pemanduan yang lebih selesa.

Ia cukup berbeza jika dibandingkan dengan seterunya dari China. Bermula daripada pengendalian, E5 nyata ditala untuk mengutamakan keselesaan dan pemanduan yang lancar.
Selain itu, sistem suspensi Galaxy E5 juga boleh dikatakan sangat lembut.

Ini antara ciri tipikal yang kami temui pada kebanyakan SUV EV dari China yang telah diuji setakat ini.
Apapun, sistem suspensinya itu menawarkan pemanduan yang cukup selesa di mana E5 membuktikan ia mampu menyerap hentakan dari permukaan berlubang mahupun bonggol dengan cukup baik sehinggakan ia hampir tidak terasa di dalam kabin.
Malah, pemanduan EV juga agak stabil walaupun kami memandu melebih had laju di lebuh raya.
Sayangnya ada sedikit kekurangan di sini, dimana kedengaran bunyi angin yang ketara apabila kenderaan memecut pada kelajuan melebihi 100 kilometer sejam.
Dari segi pengendalian, kami dapat merasakan sedikit lantunan ketika bergerak pada kelajuan tinggi dan sepanjang mengharungi jalan yang beralun.
Untuk makluman anda, E5 didatangkan dengan motor elektrik tunggal pada gandar depan.

Ini membolehkan ia menghamburkan kuasa setakat 215 hp (160kW) dan 320 Nm.
Model ini dikatakan mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 6.8 saat dan mencapai kelajuan maksimum 184 km/j.
Pendek kata, dengan persediaan motor elektrik itu, ia sebenarnya boleh sahaja menggerakan EV seberat 1.6 tan dengan begitu cemerlang.
Jika anda berasa tidak cukup dengan tenaganya itu, ia sebenarnya turut hadir dengan mod pemanduan Sport.
Jadi, jangan risaulah kalau nak tambahkan EV ini dengan kuasa Sport.
Pendek kata, Geely Galaxy E5 menawarkan pemanduan yang cukup selesa manakala persediaan rangkaian kuasa motor tunggalnya sememangnya sudah jelas terbukti lebih daripada mencukupi untuk menggerakkan SUV EV segmen C ini.

4. PROTON e. MAS 7 JUGA AKAN HADIR BATERI YANG SAMA DENGAN E5 TETAPI...
Galaxy E5 dibangunkan berdasarkan platform Geely Electric Architecture (GEA) yang juga kesinambungan kepada Sustainable Experience Architecture (SEA), asas binaan sama digunakan pada smart #1 dan Lotus Eletre.
SUV elektrik segmen-C ini juga menggunakan teknologi penyepaduan bateri sel-ke-badan atau CTB bagi membolehkannya mencapai nisbah beban gandar depan-ke-belakang 50:50.

Unit yang kami uji ini disumbat dengan bateri berkapasiti 60.22-kWj dimana Geely mendakwa ia boleh bergerak sejauh 530 kilometer.
Malangnya, sesi pemanduan singkat, sudah pastinya tidak mencukupi untuk mengukur jarak pemanduan sebenar untuk EV ini.
Sebaliknya, ada seorang peserta daripada konvoi mendakwa bahawa unit E5 mereka berjaya mencapai kira-kira 15 kWj setiap 100 kilometer.
Ini bermakna kalau dibuat perkiraan, jika ia menggunakan pek bateri 60.22 kWj, ia sebenarnya boleh bergerak sejauh 400 kilometer.

Dalam pada itu, prestasi pengecasan e.MAS 7 mungkin berbeza dengan kadar pengecasan 120 kW DC dan 7.7 kW AC E5.
Sekali lagi, tiada apa diputuskan pada peringkat ini, tetapi memandangkan kereta smart #1 ditawarkan dengan kadar pengecasan AC 11 kW dan 22 kW, jadi alangkah baiknya jika PRO-NET juga menawarkan konfigurasi yang sama untuk e.MAS 7.
5. PROTON e.MAS 7 BUKAN KERETA "COPY" GEELY E5.
Sebelum memandu uji Geely E5, pihak Proton menegaskan bahawa Proton e. MAS 7 tidak akan menjadi salinan 100% daripada E5, kerana pembuat kereta itu menyatakan bahawa model EV pertama negara sebaliknya adalah hasil kerjasama antara Proton dan Geely.
Perkara itu sebenarnya sudah pun ditegaskan beberapa kali sebelum ini.
Jadi, bukan semua perkara yang ditemui atau diuji pada Geely E5 akan ada pada e. MAS7. Harap maklum!

Selain perubahan gaya dan penjenamaan yang kecil, kami juga menjangkakan e.MAS 7 berkemungkinan besar akan berbeza sedikit dengan model ini terutama dari penalaan, kemudahan, sistem gantungan dan banyak lagi.
Ada juga kemungkinan bahawa syarikat dalam Kumpulan Proton, ACO Tech mungkin menghasilkan sesuatu yang istimewa dan berbeza untuk e. MAS 7.
Apapun, kereta elektrik Proton mungkin kereta elektrik yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia.
Sekiranya Proton berjaya menetapkan harga e.MAS 7 sekitar atau lebih rendah daripada RM100,000, mungkin sudah tiba masanya, kereta-kereta elektrik buatan China nanti akan terasa bahangnya .
NOTA: Hasil review ini adalah penterjemahan daripada artikel bahasa Inggeris berdasarkan pengalaman pandu uji rakan sekerja, Mukhlis Azman yang berpeluang menikmati pemanduan Geely Galaxy E5 di litar ujian Pusat COE, Shah Alam, baru-baru ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQA1749
SELANGOR
BSK1860
JOHOR
JYL1422
PULAU PINANG
PRV6805
PERAK
APC5142
PAHANG
CFE1594
KEDAH
KGC9865
NEGERI SEMBILAN
NEH6011
KOTA KINABALU
SJN6648
KUCHING
QAB5170M
Terakhir Kemas Kini 15 Nov, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.65
+0.05
RON 97
RM 3.25
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.07
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.27
+0.05
Terakhir Kemas Kini 13 Nov, 2025
Berita Berkaitan
Tak Sampai Sebulan Dilancar, Proton e. MAS 5 Terima Lebih 10,000 Tempahan
Proton e.MAS 5 yang baru sahaja dilancarkan berjaya menarik minat rakyat Malaysia kerana sudah menerima 10,000 tempahan setakat 30 Oktober lalu.
11-11-2025
15,575 Kereta Proton Terjual Okt 2025, Proton Saga Paling Laku
Jualan kereta jenama Proton sekali lagi melonjak apabila berjaya menjual sebanyak 15,575 unit pada bulan lepas manakala Proton Saga meraih jualan tertinggi dalam 12 tahun.
10-11-2025
Tiada Harapan Proton e.MAS 5 Di Thailand, ‘Kembar’ Geely Yang Masuk
Proton e.MAS 5 kini sah tidak akan memasuki pasaran Thailand. Puncanya? Rakan kongsi strategik Proton, Geely, dilaporkan akan melancarkan 'kembar' e.MAS 5 di Thailand, sekaligus mengesahkan jenama itu diketepikan dari pasaran utama ASEAN.
07-11-2025
Proton e.MAS 7 Dilancar Di Singapura, Harga Bermula Daripada RM577K
Proton kini kembali ke Singapura dengan melancarkan secara rasminya model EV pertamanya, e.MAS 7, pagi tadi.
18-09-2025
Proton Lancar Kilang EV Pertama Malaysia Di Tanjung Malim
Dalam tempoh kurang setahun selepas majlis pecah tanah, Proton telah merasmikan kilang pengeluaran kenderaan elektrik (EV) pertamanya di Tanjung Malim, Perak.
05-09-2025
Proton e.MAS 5 Turut 'Berarak' Di Dataran Putrajaya
‘Tradisi’ pengenalan model EV e.MAS kepada umum di bulan Merdeka diteruskan tahun ini untuk model hatchback kompak yang bakal dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi, Proton e.MAS 5.
01-09-2025
Kembar Tak Serupa, Geely EX5 Pula Didedah Di Nepal
Hanya beberapa bulan lalu selepas Proton melancarkan Proton e.MAS 7 di Nepal, rakan kongsinya Geely pula memperkenalkan EX5 di negara terbabit.
07-08-2025
Inisiatif Hijau PRO-NET: Kerjasama Dengan AMTEL Untuk Kitar Semula Bateri EV
Proton New Energy Technology (PRO-NET) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama AMTEL Cellular Sdn Bhd.
10-07-2025
Berita Terkini
BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik
Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.
10-11-2025
Proton Saga 2026: Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu
Ini dia tujuh perkara menarik yang perlu anda tahu tentang sedan segmen A, Proton Saga generasi keempat (Saga MC3).
04-11-2025
Perasaan Pandu Uji Proton e.MAS 5: EV Lincah, Senyap, Selesa! Nampaknya EV Paling Sesuai Untuk Wanita
Penulis berpeluang memandu uji Proton e.MAS 5 di COE, Shah Alam, pada minggu lepas.
17-10-2025
Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?
Sebagai wanita dan ibu kepada dua orang anak, ini komen jujur saya mengenai Hyundai Tucson Facelift 2025.
14-10-2025
Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!
Penulis berpeluang memandu uji Hyundai Santa Fe 2025, pada minggu lepas.
13-10-2025
Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!
Pihak media dijemput untuk menyaksikan GWM Wey G9 sebelum dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.
22-09-2025
[PANDU UJI SULUNG] Mazda CX-60 2.5G 2WD High: 3 Perkara Penting Anda Patut Tahu...
Sementara masih ‘panas’ di pasaran, BAuto telah mengadakan sesi pandu uji bersama media yang kami sertai untuk mencuba salah satu daripada model yang dilancarkan, CX-60 2.5G 2WD High.
21-09-2025
Pandu Uji GAC Emkoo CKD: Bakal Dilancar, Harga Sekitar RM120K! Ada Power, Luar, Dalam Puas Hati!
Penulis diberi peluang memandu uji GAC Emkoo Premium di Putrajaya, semalam.
22-08-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat

