ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Chery Tiggo Cross Dilancarkan Di Indonesia – Malaysia Seterusnya?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

476845058_18040089704591724_7190008428030880814_n.jpg


PT Chery Sales Indonesia (CSI) secara rasmi memperkenalkan Chery Tiggo Cross versi facelift di Indonesia International Motor Show (IIMS) 2025 minggu lalu. SUV kompak ini menawarkan kombinasi menarik antara reka bentuk moden, teknologi keselamatan menyeluruh, serta keselesaan pemanduan pada harga yang kompetitif.


Dua varian ditawarkan iaitu Comfort dan Premium yang masing-masing dipasarkan pada harga Rp239,500,000 (~RM72,000) dan Rp269,500,000 (~RM81,000). Bagaimanapun, harga rendah ini ditawarkan kepada 1,000 pelanggan terawal sahaja.


DNA “Tiger” Serlah Aura Berani Tiggo Cross


hero-banner-desktop.webp


Menampilkan elemen reka bentuk DNA “Tiger”, Tiggo Cross membawa simbol kekuatan dan ketahanan. Gaya agresif ini diserlahkan oleh garis badan yang tajam serta lampu hadapan yang diinspirasikan daripada cakaran harimau. 


tc-interior-(1).webp


Untuk ruang kabinnya, Tiggo Cross didatangkan dengan dua skrin digital berukuran 10.25 inci yang merangkumi kluster instrumen dan sistem infotainmen.


Kecanggihan Sistem Keselamatan Tiggo Cross


Screenshot-2025-02-17-at-11.44.48 AM.png


Senarai ciri ADAS dalam varian Premium


Varian Premium model ini didatangkan dengan pakej lengkap 15 sistem bantuan pemandu canggih (ADAS) yang termasuk kawalan jelajah adaptif (ACC), amaran keluar lorong (LDW), pengesanan titik buta (BSD), amaran lintasan trafik belakang (RCTA), pembrekan lintasan trafik belakang (RCTB), amaran pelanggaran, brek automatik pengelak pelanggaran, bantuan kesesakan lalu lintas dan sebagainya. 


Kedua-dua varian disertakan dengan teknologi Intelligent Online Vehicle (IOV), membolehkan pemilik memantau kenderaan dari jarak jauh melalui telefon pintar. 


Daripada Tiggo 5X Kepada Tiggo Cross


tiger-stripes-led-rear-lamp.webp


Secara teknikal, Tiggo Cross ini ialah Tiggo 5X versi facelift, yang pertama kali dilancarkan di Indonesia pada Jun 2024. Model pra-facelift ini pernah ditayangkan kepada pengguna Malaysia pada Oktober 2022 di bawah nama Tiggo 4 Pro semasa sesi pratonton produk Chery sebelum jenama itu menembusi pasaran tempatan secara rasmi.


Bagaimanapun, Chery Malaysia ketika itu memilih untuk memberi keutamaan kepada model bersaiz lebih besar, selain menumpukan usaha kepada pengeluaran tempatan (CKD) di Kulim dan Shah Alam.


Bakal Dilancarkan di Malaysia Tahun Ini?


Kini, terdapat spekulasi bahawa Chery Malaysia mungkin merancang untuk membawa masuk Tiggo 4 Pro di bawah nama Tiggo Cross seperti yang dilakukan di Indonesia.


Langkah ini seiring dengan strategi Chery yang telah mengukuhkan SUV segmen C melalui Tiggo 7 dan Jaecoo J7. Dengan pelancaran Tiggo 4, Chery dapat memperkukuhkan kedudukannya dalam SUV segmen B, bersama-sama dengan model sedia ada, Omoda 5, untuk memberi saingan kepada model lain seperti Proton X50, Perodua Ativa, Honda HR-V, WR-V dan Toyota Corolla Cross.


Harga Sekitar RM80,000?


479490130_18040089692591724_5404209211210312227_n.jpg


Berdasarkan harga pesaing di Malaysia iaitu antara RM75,000 hingga RM89,900, harga sekitar RM80,000 untuk Tiggo Cross dilihat sebagai sesuatu yang realistik. Malah, sekiranya Chery berjaya menawarkan harga lebih rendah, ia boleh menjadi SUV segmen B paling mampu milik dan kompetitif dalam pasaran tempatan, sekali gus memberi cabaran besar kepada jenama nasional.

Sumber: VOI

Baca: Rekaan Chery Tiggo 7 Sport Didedahkan – Seperti Range Rover & Jaecoo J7?

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

08-10-2026
Kereta Baru

07-10-2026
Berita Auto

13-02-2026
Global

06-02-2026
Global

29-01-2026
Global

26-01-2026
Berita Auto

09-01-2026
Global

02-01-2026

Berita Terkini

Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.