EV Perodua Dijual Tanpa Bateri, Ini Penjelasan Perodua..

Pada minggu lepas, kecoh mengenai kenderaan elektrik pertama Perodua yang bakal dijual pada harga RM80,000, berkemungkinan besar akan dijual tanpa bateri.
Namun ini tidak bermakna, EV Perodua tidak didatangkan bateri tetapi Perodua tampil dengan konsep yang cukup berbeza memandangkan Perodua akan melaksanakan Skim Pajakan Bateri secara pajakan atau leasing.
Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad mengakui cara menawarkan EV mereka pada harga RM80,000 itu adalah dengan menjualnya tanpa bateri.
"Bateri akan disewa secara pajakan atau 'leasing' kepada pembeli," katanya ringkas kepada media.
Ini bermakna, pembeli akan membeli EV itu tetapi membayar "sewa" untuk bateri kerana ia milik Perodua.


Difahamkan, skim pajakan bateri EV menyebabkan harga EV Perodua dijual pada harga mampu milik namun pada masa sama menjamin pemilik agar sentiasa mendapat bateri dalam keadaan terbaik.
"Untuk projek EV ini, Perodua menggunakan teknologi yang dibangunkan sendiri dengan bantuan dari vendor-vendor tempatan dan luar negara," katanya.
Di sebalik idea ini, PERODUA adalah syarikat pertama di Malaysia yang hadir dengan konsep yang cukup berbeza dengan menjual EV pada harga marhaen dan si pembeli pula dikehendaki menyewa bateri secara berasingan.
Langkah ini dilihat bertujuan untuk menangani kebimbangan para pembeli terutamanya dari segi masalah penurunan prestasi bateri (battery degradation).

Apa yang cukup menarik ialah apabila bateri mengalami masalah, bateri akan ditukar secara percuma.
Pendek kata, ia seolah-olah para pembeli diberi waranti untuk seumur hidup!
Di sebalik skim leasing, ini bermakna, tindakan mengitar semula bateri itu akan menjadi tanggungjawab sepenuhnya oleh pihak pengeluar.
Apa pula pandangan anda mengenai idea Perodua yang menjual EV tanpa bateri?
Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ957
SELANGOR
BST6846
JOHOR
JE2467J
PULAU PINANG
PSF5411
PERAK
APL4619
PAHANG
CFH7302
KEDAH
KGJ1094
NEGERI SEMBILAN
NEL8362
KOTA KINABALU
SJU1209
KUCHING
QAB5610P
Terakhir Kemas Kini 16 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Pengeluaran Perodua Axia E Bakal Dihentikan Nov Ini?
Perodua Axia E Tiada Lagi Selepas November Ini.
11-09-2026
Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501
Perodua Pulangkan RM16,501 Kepada Pembeli Terawal QV-E, Rupanya Ada Sebabnya.
06-08-2026
Kereta Bajet: Axia VS Saga, Mana Satu Pilihan Anda?
Pilihan Kereta RM40k di Malaysia: Perodua Axia atau Proton Saga?
03-08-2026
Perodua Axia Kini Lebih Mampu Milik: Harga Turun Sehingga RM4,700 Serta-Merta
Berita Baik! Perodua Potong Harga Axia Demi Bantu Rakyat Hadapi Cabaran Ekonomi.
03-08-2026
Perodua Traz & Alza 'Takluk' Sri Lanka: Bukti Kereta Malaysia Mampu Bersaing di Luar Negara
Dari Malaysia Ke Sri Lanka: Perodua Lebarkan Sayap, Eksport Traz dan Alza!
28-07-2026
Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k
Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.
27-07-2026
Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi
Tuah Menggunakan Super App P-Circle, Penuntut UiTM Dipilih Pemenang Utama Myvi 1.3G.
07-07-2026
Berita Terkini
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat