ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Lakaran Ini Dedah Wajah Sebenar Toyota Hilux Generasi Ke-9 'Travo'?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

2024-Toyota-Hilux-MY-2.JPG


Toyota dikhabarkan bakal memperkenalkan trak pikap 4x4 Hilux generasi terbaru tidak lama lagi. 


Beberapa petunjuk mengukuhkan lagi spekulasi ini termasuk paten nama baharu, ‘Hilux Travo’ yang didaftarkan di Thailand, negara di mana model ini dibangunkan dan dihasilkan secara besar-besaran.


WhatsApp-Image-2025-02-24-at-11.17.25_418f94d5.jpgWhatsApp-Image-2025-02-24-at-11.17.27_9c926d46.jpg


Sebuah prototaip Hilux dalam pelekat samaran dikesan di Thailand baru-baru ini (Foto: Headlightmag.com)


Dalam tempoh yang sama, sebuah prototaip Hilux yang diselubungi pelekat samaran juga telah dilihat sedang diuji di sebuah jalan raya di Thailand.


Imej Rekaan Awal oleh Pakar Render Automotif


Berdasarkan penemuan prototaip ini, seorang pelukis olahan grafik terkenal, Chin Swee Hoe (@Theottle), tampil dengan gambaran awal tentang rupa sebenar Toyota Hilux ‘Travo’ generasi baharu.


Walaupun hampir keseluruhan badan model ujian itu dilitupi pelekat samaran, Chin berjaya mengesan garis badan yang membentuk wajah baharu trak pikap ini. Rekaan yang dihasilkan banyak mengambil inspirasi daripada model-model 4x4 dan SUV Toyota terkini, termasuk Toyota Tacoma dan Land Cruiser.



Antara ciri yang ditampilkan dalam rekaan konsep Chin ialah rekaan perumah lampu kabus yang lebih bersegi dan menyerlah, lampu depan yang lebih halus untuk penampilan lebih moden dan gril besar dengan corak sarang lebah berwarna hitam. Sementara itu, di bahagian belakang pula model ini diberikan pintu tailgate dengan garis badan lebih tajam dan ‘berotot’, membuatkannya kelihatan lebih gagah.


Platform Sedia Ada, Trenkuasa Baharu?


Theottle_Next-Gen-Toyota-Hilux-1.jpgTheottle_Next-Gen-Toyota-Hilux-2.jpg


Hilux generasi kesembilan ini dilaporkan akan terus menggunakan platform casis sedia ada, tetapi dengan beberapa naik taraf penting serta sentuhan rekaan baharu.


Dari segi trenkuasa, Toyota dijangka memperkenalkan enjin turbodiesel yang dipertingkatkan bagi memenuhi piawaian Euro 5 dan Euro 6. Selain itu, ada kemungkinan varian hibrid ringkas (MHEV) turut diperkenalkan, seperti yang ditawarkan untuk Hilux di pasaran Australia, UK dan Eropah. Bagaimanapun, perkara ini masih satu spekulasi buat masa ini.


Pelancaran Rasmi


Setakat ini, Toyota masih belum mengumumkan tarikh rasmi pelancaran Hilux ‘Travo’ generasi baharu, tetapi dengan pelbagai petunjuk yang muncul, tidak mustahil ia bakal diperkenalkan dalam masa yang terdekat. 


Apa pendapat anda mengenai reka bentuk awal yang dikongsikan ini? Jika inilah rupa sebenar Hilux generasi terbaru, adakah cukup menarik? 

Baca: Tempahan Toyota Hilux & Fortuner 2024 Kini Dibuka – Dari RM104K & RM195K

Baca: Toyota Hilux Travo Bakal Dilancar, Toyota Sudah Pun Fail Tanda Dagangan "Hilux Travo"

Theottle_Next-Gen-Toyota-Hilux-3.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU3970

SELANGOR

BSU4696

JOHOR

JF9061J

PULAU PINANG

PSG5048

PERAK

APM3295

PAHANG

CFJ1491

KEDAH

KGJ4933

NEGERI SEMBILAN

NEM3173

KOTA KINABALU

SJU5950

KUCHING

QAB7659P

Terakhir Kemas Kini 17 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

03-11-2025
Global

04-08-2025
Gaya Hidup

27-05-2025
Berita Auto

06-05-2025
Global

24-02-2025
Global

02-01-2025
Global

27-09-2024
Kereta Baru

16-08-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?

Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.

16-10-2026
Berita Auto

F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur

Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.

16-10-2026
Berita Auto

Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition

PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.

16-10-2026
Berita Auto

Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini

Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.

16-10-2026
Berita Auto

Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?

Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.

15-10-2026
Berita Auto

Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom

Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.

15-10-2026
Berita Auto

Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!

Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.

15-10-2026
Berita Auto

F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini

F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.

15-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.