ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Model Kereta Diterima PM Anwar Daripada Presiden Turkiye Terbongkar – Togg T10X

Sofea Najmi

Kongsi melalui

477448600_1204106694404229_8610612206584780983_n.jpg

Selepas beberapa hari 'berspekulasi', akhirnya kenderaan elektrik (EV) yang dihadiahkan oleh Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terbongkar. Model tersebut ialah SUV elektrik, Togg T10X. 

Pengesahan ini datang bersama beberapa foto rasmi yang menunjukkan model berkenaan, sekaligus menamatkan teka-teki mengenai hadiah istimewa yang telah diterima PM. 

Diterima Sebagai Hadiah Negara, Bukan Milik Peribadi

Ketika mengesahkan penerimaan EV ini hujung minggu lalu, Datuk Seri Anwar menegaskan bahawa ia bukan milik peribadi beliau, sebaliknya hadiah kepada negara. Malah, beliau juga memaklumkan bahawa kenderaan itu akan ‘dipulangkan’ apabila tempoh perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri berakhir.

"Beliau hadiahkan kepada Perdana Menteri tapi bagi saya kepada negara, ia bukan hak saya," katanya.

Ciri Menarik Togg T10F

Sebelum ini, terdapat spekulasi bahawa Presiden Erdogan mungkin menghadiahkan model sedan Togg T10F, iaitu SUV T10X dalam versi fastback. Namun, berdasarkan gambar rasmi, hadiah tersebut sah merupakan T10X, model yang turut dimiliki oleh Erdogan sendiri sebagai pemilik pertama.


web_Togg-T10X_2.jpgweb_Togg-T10X_1.jpgweb_Togg-T10X_3.jpgweb_Togg-T10X_4.jpg

Dari segi spesifikasi, kedua-dua model berkongsi trenkuasa yang sama iaitu motor elektrik tunggal di bahagian belakang dengan kuasa 218 hp dan tork 350 Nm.

Togg T10X ditawarkan dalam dua pilihan bateri iaitu versi jarak jauh dengan bateri 88.5 kWj. Cas penuh membolehkan jentera ini mencapai jarak perjalanan sehingga 523 km (WLTP). Sementara itu, versi standard pula diberikan bateri 52.4 kWj, menawarkan jarak pemanduan 314 km.

web_Togg-T10X_5.jpg

SUV ini boleh menerima pengecasan AC 22 kW (pilihan tambahan) dan pengecasan DC 180 kW (standard). Dengan pengecas pantas DC, ia boleh dicas dari 20% ke 80% dalam hanya 28 minit.

Selain itu, Togg T10X juga mendapat penarafan keselamatan 5 bintang Euro NCAP, menjadikannya antara SUV elektrik yang paling selamat dalam pasaran.

Datuk Seri Anwar Pandu Uji Togg T10X Bersama Erdogan

Ketika lawatan rasmi Presiden Erdogan ke Malaysia, beliau dan Datuk Seri Anwar sempat meluangkan masa untuk memandu uji Togg T10X. Dalam sesi tersebut, PM berada di tempat duduk pemandu, manakala Erdogan duduk di sebelah sebagai penumpang.

476633021_1204106707737561_2214903184403903536_n.jpg476638120_1204106787737553_8068603877266206012_n.jpg

Lawatan Presiden Turkiye itu berlangsung selama dua hari dan dipenuhi dengan pelbagai perbincangan strategik antara kedua-dua negara. Namun, detik pandu uji ini menjadi antara saat penting yang mencerminkan hubungan erat antara Malaysia dan Turkiye.

Togg T10X kini merupakan sebahagian daripada aset negara, bukan sekadar hadiah, tetapi juga simbol hubungan diplomatik antara Malaysia dan Turkiye.

Video sesi pandu uji Togg T10X Presiden Turkiye bersama Datuk Seri Anwar:


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR8021

SELANGOR

BSU931

JOHOR

JE8697J

PULAU PINANG

PSF8859

PERAK

APL7550

PAHANG

CFH8514

KEDAH

KGJ2784

NEGERI SEMBILAN

NEM1147

KOTA KINABALU

SJU3172

KUCHING

QAB6415P

Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

12-02-2025
EV

12-02-2025
Berita Auto

29-10-2024
Berita Auto

17-03-2023
Berita Auto

16-03-2023

Berita Terkini

EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.