Serlahkan Aura Prestij dengan MINI Countryman S ALL4 & Aceman Baharu!

-full.jpg)
MINI Countryman S ALL4 (kiri) EV MINI Aceman (kanan)
Barisan model MINI di Malaysia terus berkembang tahun ini dengan pelancaran MINI Countryman S ALL4 baharu yang kini dipasang secara tempatan (CKD). Model ini mempelbagaikan lagi pilihan model MINI yang ditawarkan di negara ini setelah model elektrik (EV) MINI Aceman, diperkenalkan hujung tahun lalu.
MINI Countryman S ALL4: Rekaan Baharu Tetapi Kekal dengan Ciri Ikonik

Dari segi reka bentuk, model terbesar dalam keluarga MINI ini tampil berbeza berbanding versi terdahulu. Antara ciri yang menyerlah pada MINI Countryman S ALL4 baharu ialah lampu hadapan LED berbentuk segi tiga mengapit gril oktagon baharu, lampu belakang LED dengan tiga pencahayaan unik dan rim aloi 20 inci dengan jejari Windmill untuk gaya lebih agresif.






Pakej kemasan Favoured turut ditawarkan untuk sentuhan lebih premium. Namun secara keseluruhannya, gaya ikonik jenama British ini masih dikekalkan.
Prestasi Go-Kart dengan Sistem Pacuan Semua Roda (AWD)


Countryman S ALL4 dikuasakan oleh enjin 2.0L turbo 4 silinder yang menghasilkan 204 hp dan 300 Nm. Kombinasi ini memastikan pengalaman pemanduan yang pantas dan responsif, sejajar dengan DNA "Go-Kart Feeling" yang menjadi kebanggaan MINI.
Selain itu, ia turut dipadankan dengan sistem pacuan semua roda (AWD) ALL4 generasi baharu. Sistem ini menawarkan cengkaman dan kestabilan yang lebih baik, termasuk ketika meredah laluan tidak berturap.
Teknologi Moden & Kabin Digital



MINI Countryman S ALL4 turut menerima pembaharuan besar di bahagian dalaman dengan pelbagai teknologi terkini, termasuk skrin OLED bulat baharu yang berfungsi sebagai sistem infotainmen. Sistem ini boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa menggunakan wayar.

Dari segi keselamatan, MINI Countryman S ALL4 dilengkapi sistem bantuan pemandu canggih (ADAS) yang termasuk kawalan jelajah adaptif, amaran keluar lorong dan bantuan pelanggaran.
MINI Aceman: Versi Elektrik dalam Saiz Lebih Kompak
-full.jpg)
Bagi yang mahukan gaya crossover tetapi dalam pakej lebih kecil dan mesra alam, MINI turut menawarkan EV Aceman. Model ini diposisikan antara Cooper dan Countryman, menjadikannya pilihan yang seimbang dari segi saiz, teknologi dan praktikal.
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
Menggunakan falsafah rekaan "Charismatic Simplicity", Aceman tampil dengan bentuk berani dan ranggi, sesuai dengan identiti MINI. Antara teknologi menarik yang disematkan pada model ini ialah skrin OLED bulat dengan mod interaktif MINI Experience, mod Go-Kart untuk pemanduan lebih sporty serta sistem pencahayaan ambien pelbagai warna.
Pengalaman Pemanduan Ikonik MINI


Dari segi kuasa, Aceman menampilkan sistem pacuan elektrik dengan output 215 hp dan 330 Nm, menjanjikan pengalaman pemanduan pantas dan menyeronokkan seperti model Cooper terdahulu.
-full.jpg)
-full.jpg)
Aspek keselesaan turut tidak diabaikan, walaupun kelihatan kompak dari luar, kabinnya terasa luas dan diberikan sentuhan premium dengan penggunaan fabrik berkualiti tinggi dan upholsteri kulit sintetik.
Harga & Tawaran Istimewa MINI Malaysia


Bagi yang berminat, MINI Countryman S ALL4 boleh dimiliki pada harga RM258,888, atau serendah RM2,338 sebulan melalui pelan Easy Financing. Klik sini untuk info layari laman rasmi MINI Countryman S ALL4.

-full.jpg)
Sementara itu, MINI Aceman boleh didapati pada harga RM218,888, atau serendah RM1,984 sebulan. Untuk masa terhad, MINI Malaysia menawarkan pakej waranti dan servis 4 tahun, wallbox pengecas percuma, serta baucar eksklusif bagi setiap pembelian. Klik sini untuk info layari laman rasmi MINI Aceman.
Tempah sesi pandu uji sekarang di laman web rasmi MINI Malaysia atau kunjungi bilik pameran MINI terdekat untuk merasai sendiri keistimewaan model-model ini!
Baca: MINI Countryman S ALL4 2025 – CKD, Versi Petrol, Capai 201 HP, Dari RM259,000
Baca: MINI Aceman Elektrik Dilancar, Hanya Ada 1 Varian, Harga RM213,888
-full.jpg)
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN9845
SELANGOR
BST4781
JOHOR
JD6722J
PULAU PINANG
PSF3570
PERAK
APL2819
PAHANG
CFH6385
KEDAH
KGH9062
NEGERI SEMBILAN
NEL7095
KOTA KINABALU
SJT9166
KUCHING
QAB5223P
Terakhir Kemas Kini 06 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat