Tayar Celup: MoT Kaji Kaedah Tampalan, Penandaan QR RFID

Kementerian Pengangkutan (MoT) dengan kerjasama Institut Penyelidikan KeselamatanJalan Raya Malaysia (MIROS) akan mengkaji kaedah lebih efektif bagi menangani isu penggunaan tayar celup yang tidak mematuhi standard.
Kaedah itu termasuk mewujudkan bukti fizikal melalui 'stamping' atau tampalan pada tayar, atau menggunakan penerapan teknologi melalui penandaan menggunakan kod QR atau pengenalan frekuensi radio (RFID).

Langkah itu digunakan untuk mengesahkan kesahihan dan keaslian tayar digunakan memandangkan penggunaan tayar celup yang tidak mematuhi standard mandatori adalah tidak dibenarkan kerana ciri-ciri pembinaannya tidak ditentusahkan.
"Tayar celup yang mematuhi standard adalah tayar yang telah diuji daripada aspek ketahanan dan prestasi penggunaan di mana ia terbukti selamat untuk digunakan di atas jalan raya.
"Penentusahan terhadap ciri-ciri pembinaan dan aktiviti pengujian terhadap sesebuah tayar amat penting untuk dilaksanakan berdasarkan kepada piawaian atau standard yang dikuatkuasakan bagi mengurangkan risiko kegagalan tayar khususnya berkaitan dengan tayar kenderaan yang meletup yang boleh menggugat keselamatan pengguna jalan raya," kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Buat masa ini, hanya tayar celup yang mempunyai persijilan pematuhan terhadap standard mandatori sahaja dibenarkan digunakan oleh kenderaan di atas jalan raya.
Berikut adalah tiga standard mandatori melibatkan tayar celup yang dikuatkuasakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ):
1. Malaysian Standard (MS) 224 : Specification for Retreading of Pneumatic Rubber Tyres for Passenger Car and Commercial Vehicle
2. Peraturan United Nation (UN) R108 : Retreaded Pneumatic Tyres;
3. Peraturan United Nation (UN) R109 : Retreaded Pneumatic Tyres for Commercial Vehicles.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ6151
SELANGOR
BST8114
JOHOR
JE4681J
PULAU PINANG
PSF6548
PERAK
APL5631
PAHANG
CFH7695
KEDAH
KGJ1759
NEGERI SEMBILAN
NEL9174
KOTA KINABALU
SJU1845
KUCHING
QAB5848P
Terakhir Kemas Kini 22 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia
Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.
21-09-2026
Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ
H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.
21-09-2026
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu
Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.
18-09-2026
Pemenang Xforce Buy 1 Free 1 Bawa Pulang SUV Baharu
Rezeki Terpijak: Pemenang Utama Menang Xforce.
18-09-2026
Perodua Ativa X Kini Semurah RM53k - Adakah Anda Masih Mahu Beli Myvi?
Perodua Ativa X vs Myvi H: Selisih RM1,900, Mana Satu Pilihan Lebih Berbaloi?
18-09-2026
Berapa Harga Hyundai Tucson?
SUV Hyundai Tucson Kini Lebih Murah Di Malaysia, Harga Bermula RM159k
18-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat