ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Volvo Bakal Lancar 5 Model Kereta Tahun Ini, EX60 Tahun Depan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

VolvoCars-2025-Plan-4.jpg


Salah satu model yang bakal dilancarkan tahun ini ialah sedan elektrik ES90


Tahun 2024 menjadi detik bersejarah bagi Volvo apabila jenama automotif dari Sweden ini mencatat pencapaian luar biasa dengan jualan tertinggi dalam tempoh 98 tahun penubuhannya. Volvo berjaya menjual sebanyak 763,389 unit di seluruh dunia, sekali gus merekodkan hasil jualan dan keuntungan operasi teras tertinggi dalam sejarah syarikat.


Kejayaan ini disusuli dengan pendedahan pelan hala tuju produk Volvo bagi tahun 2025, yang menyaksikan sekurang-kurangnya lima model baharu bakal diperkenalkan.


Gabungan Model Baharu & Dikemaskini


VolvoCars-2025-Plan-3.jpg


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Volvo Cars, Jim Rowan, umumkan pelancaran lima model baharu


Walaupun kelima-lima model itu digambarkan sebagai baharu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Volvo Cars, Jim Rowan, menjelaskan bahawa ia sebenarnya merupakan gabungan model baharu dan versi kemas kini merangkumi pelbagai jenis kenderaan seperti SUV, sedan dan wagon.


“Kekuatan utama kami terletak pada kepelbagaian portfolio produk yang seimbang. Kami akan terus memperluaskan barisan kenderaan elektrik penuh, hibrid plug-in dan hibrid ringkas. 


“Dalam masa yang sama menawarkan produk bertaraf dunia dalam semua segmen kenderaan iaitu SUV, sedan dan wagon yang merangkumi saiz 30, 40, 60, 90. Ini akan dilakukan di lebih 80 negara di seluruh dunia,” jelas Rowan ketika sesi pembentangan laporan tahunan Volvo 2024.


Model Baharu Bagi Tahun 2025


Volvo-EX30-CrossCountry-1.jpgVolvo-ES90-Teaser-(1).jpg


EX30 Cross Country (kiri) dan sedan elektrik ES90 (kanan)


Model pertama yang bakal diperkenalkan ialah EX30 Cross Country, iaitu versi lasak bagi crossover elektrik kecil Volvo. Selepas itu, Volvo akan memperkenalkan ES90, sedan elektrik pertama mereka yang bakal menjadi antara model andalan (flagship) dalam portfolio jenama ini.


Menurut Rowan, ES90 yang dijangka akan membuat kemunculan sulung pada Mac 2025 ini bakal disematkan dengan teknologi tercanggih Volvo. 


Volvo-XC60-(4).jpgVolvo-XC90-2025-Facelift-16.jpg


SUV XC60 (kiri) dan XC90 (kanan)


Selain EX30 Cross Country dan ES90, tiga lagi model akan menyusul, termasuk satu model hibrid plug-in jarak jauh yang khusus untuk pasaran China. Dua lagi model merupakan versi kemas kini bagi kenderaan sedia ada, berkemungkinan melibatkan model seperti SUV XC60, memandangkan model yang lebih besar iaitu XC90 telah menerima kemas kini facelift baru-baru ini.


EX60 Bakal Dilancarkan Pada 2026


Bukan hanya 2025, Volvo juga sudah merancang untuk memperkenalkan EX60 pada tahun 2026 bersama empat lagi model baharu. Rowan menyifatkan EX60 sebagai “game-changer”, di mana SUV elektrik saiz sederhana ini bakal menggunakan platform SPA3 yang lebih canggih. Platform ini adalah versi dinaik taraf daripada platform SPA2 yang digunakan pada EX90.


VolvoCars-2025-Plan-2.jpg


Selain EX60, dua lagi model berdasarkan SPA3 juga akan diperkenalkan pada 2026, namun Volvo masih belum mendedahkan maklumat lanjut mengenai jenis kenderaan tersebut.


Volvo Kekal Berhati-hati Berdepan Tahun 2025


Walaupun 2024 merupakan tahun yang penuh kejayaan, Volvo tetap berwaspada terhadap cabaran mendatang. Dalam mesej kepada pemegang saham, Rowan mengingatkan bahawa tahun 2025 bakal menjadi tempoh peralihan yang mencabar buat industri automotif global.


Volvo-XC90-2025-Facelift-7.jpg


“Tahun 2025 akan menjadi tahun transisi. Industri automotif global sedang berdepan pelbagai ketidaktentuan, sama ada dari segi kitaran ekonomi, perubahan struktur, transformasi teknologi atau ketidakstabilan geopolitik.


“Kami telah menavigasi persekitaran ini dengan lebih baik berbanding pesaing lain, tetapi cabaran yang bakal mendatang tidak boleh dipandang ringan. Pada masa yang sama, kami tidak boleh mengorbankan masa depan demi keperluan semasa. Oleh itu, kami perlu bertindak dengan berhati-hati, teliti, dan berdisiplin dalam menghadapi tahun 2025 yang penuh cabaran, sambil terus merangka hala tuju jangka panjang,” katanya.

Baca: Volvo Batal Hasrat Jadi Jenama EV 100% Menjelang 2030, Ini Sebabnya...

Baca: Tempahan Volvo EX30 Versi CKD Kini Dibuka – Tiada Lagi Varian Plus, Dari RM208,888

Baca: Volvo Car Malaysia Jual 1,953 Unit Tahun 2024 – Jualan EV Makin Rancak

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT9671

SELANGOR

BSU4180

JOHOR

JF7160J

PULAU PINANG

PSG4372

PERAK

APM2540

PAHANG

CFJ1205

KEDAH

KGJ4714

NEGERI SEMBILAN

NEM2842

KOTA KINABALU

SJU5583

KUCHING

QAB7540P

Terakhir Kemas Kini 15 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

02-10-2026
Berita Auto

30-09-2026
Kereta Baru

15-09-2026
Kereta Baru

08-09-2026
Pandu Uji

08-03-2026
Global

22-01-2026
Pandu Uji

15-11-2025
Kereta Baru

17-10-2025

Berita Terkini

EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.