ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Gaya Hidup

Auto ConeXion-Ford Antara 6 Pengedar Di Dunia Yang Tawar CSR Terbaik!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Photo-1-(12).jpg

Sime Darby Auto ConneXion-Ford (Auto ConneXion) merupakan antara enam pengedar di dunia kerana  menawarkan kerja-kerja tanggungjawab sosial korporat (CSR)  yang cukup cemerlang.

Untuk itu, Auto ConeXion telah menerima anugerah ‘Salute to Dealers’ 2025 atas usaha kerja-kerja  kebajikan masyarakatnya di peringkat global.

Inisiatif ini merangkumi usaha terhadap pendidikan, penjagaan kesihatan, kebajikan warga tua, keselamatan makanan dan kelestarian alam sekitar serta lain-lain.

Pengarah Urusan Auto ConneXion, Turse Zuhair menyifatkan penghargaan itu menunjukkan usaha berterusan mereka untuk menyantuni masyarakat Malaysia.

“Ia mendorong  perubahan sosial yang positif berteraskan pendidikan, kesihatan awam, kesejahteraan dan kelestarian alam sekitar,” katanya.

Untuk makluman, sejak 10 tahun lalu, Auto ConneXion kekal aktif dalam menyumbang kepada komuniti melalui pelbagai inisiatif yang memberi impak.

Antara inisiatif utama ialah Projek Air Bersih, yang dijalankan bersama MyFundAction untuk membekalkan air bersih kepada penduduk di Gerik, Perak. 

Projek ini melibatkan pemasangan sistem tangki air lestari, memberi manfaat kepada 70 keluarga Orang Asli dengan bantuan daripada 30 sukarelawan Auto ConneXion.

Photo-2-(5).jpg

Auto ConneXion turut bekerjasama dengan The Lost Food Project dalam menangani pembaziran makanan dan membantu golongan memerlukan. Dengan sumbangan USD45,000 (kira-kira RM200,000), inisiatif ini berjaya menyediakan sekitar 855,000 hidangan kepada komuniti terpinggir.

Photo-4-(3).jpg

Sementara itu, dalam bidang Kesihatan pula, Auto ConneXion memperkenalkan Ford Mobile Clinic bersama Yayasan Sime Darby dan Ford Philanthropy. 

Photo-3-(5).jpg

Klinik bergerak ini menyediakan rawatan kesihatan asas kepada masyarakat luar bandar dan mangsa banjir. Auto ConneXion menyumbang sebuah Ford Ranger, manakala Ford Philanthropy menyalurkan USD55,000 (kira-kira RM250,000) untuk pembangunan dan kelengkapan klinik bergerak tersebut.

Klinik bergerak itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 2,200 penerima pada tahun 2025.

Malah, Auto ConneXion dan Ford Philanthropy terus komited dalam usaha memperkasakan masyarakat, menyediakan bantuan kepada mereka yang memerlukan, serta menyumbang kepada perubahan sosial yang positif di Malaysia.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX4065

SELANGOR

BSU8520

JOHOR

JG9543J

PULAU PINANG

PSH2428

PERAK

APM7417

PAHANG

CFJ3475

KEDAH

KGJ7239

NEGERI SEMBILAN

NEM5167

KOTA KINABALU

SJV386

KUCHING

QAB9503P

Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

14-11-2025
Kereta Baru

22-08-2025
Berita Auto

12-08-2025
Berita Auto

24-02-2025
Berita Auto

19-02-2025
Kereta Baru

30-05-2024
Kereta Baru

15-05-2024
Berita Auto

11-03-2024

Berita Terkini

Gaya Hidup

Peminat Tegar Dari UK Kumpul 34 Kereta Proton Rare

Protonholic bukan dari Malaysia tapi UK.

27-10-2026
Gaya Hidup

Shell V-Power Tunaikan Hasrat Peminat F1

Shell V-Power membawa peminat sukan permotoran Malaysia mendekati pasukan Scuderia Ferrari HP.

22-10-2026
Gaya Hidup

Adidas Samba OG x Mercedes-Benz Dilancar, Kasut Edisi Terhad!

Mercedes-Benz Terapkan Kemewahan S-Class Pada adidas Samba OG.

06-10-2026
Gaya Hidup
Gaya Hidup
Gaya Hidup

Hidung Kembang, Gril Kontroversi: Kenapa BMW Sengaja Ambil Risiko Penampilan Ekstrem

Suka Atau Tidak: Sejarah Reka Bentuk BMW Sentiasa Goncang Dunia Automotif.

07-08-2026
Gaya Hidup

Mitos Atau Fakta: Kena Saman Jika Pandu Berkaki Ayam, Berselipar?

Betul Ke Tak Boleh Pandu Berkaki Ayam Di Malaysia? Ini Penjelasannya.

08-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.