ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

BIMS 2025: Geely Star Wish Dipamerkan, Ini Proton e.MAS 5?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

486503443_1127335416073301_24722966837373561_n.jpg


Geely Star Wish, atau nama lainnya, Geome Xingyuan di China, kini menjadi tumpuan di Bangkok International Motor Show 2025 (BIMS 2025). 


Menurut  portal automotif Thailand, car2day, model yang dipertontonkan ini adalah dalam versi pemanduan sebelah kiri (LHD) dengan dimensi sepanjang 4,135 mm, lebar 1,805 mm, tinggi 1,570 mm dan jarak roda 2,650 mm.


Proton e.MAS 5 Dijangka Dilancarkan Tahun Ini


486025530_1127335419406634_7290694531516733070_n.jpg


Walaupun tarikh pelancaran rasmi untuk pasaran Thailand masih belum diumumkan, Timbalan CEO Proton, Roslan Abdullah, mengesahkan minggu lalu bahawa model Proton e.MAS 5, yang merupakan versi rebadge atau rekaan semula Star Wish, akan dilancarkan di Malaysia tahun ini.


Berdasarkan perkembangan terkini, kedua-dua model ini sudah sedia untuk diperkenalkan secara rasmi, namun, butiran terperinci masih dirahsiakan. Ini mungkin satu strategi Proton untuk meningkatkan ketererujaan sama seperti yang dilakukan Proton sebelum pelancaran e.MAS 7.


Baca: Proton Sahkan e.MAS Kedua Bakal Muncul, Bateri Dibekal Sekali, Yang Penting Tak Perlu Sewa!


Thailand atau Malaysia Dulu?


Persoalannya, pasaran manakah yang akan menerima model ini terlebih dahulu, Star Wish di Thailand atau e.MAS 5 di Malaysia? Selain itu, harga jualan juga menjadi tanda tanya.


Sekiranya Proton memilih untuk menerima e.MAS 5 dalam versi import sepenuhnya (CBU), harga permulaannya dijangka mencecah RM100,000 atau lebih. Namun, kos boleh dikurangkan sekiranya model ini dipasang secara tempatan (CKD) di kilang EV Proton baharu. 


Kilang yang menelan belanja sebanyak RM82 juta itu dijadualkan siap menjelang akhir 2025, tetapi masih belum jelas sama ada ia boleh beroperasi lebih awal untuk menghasilkan e.MAS 5 sebelum tahun ini berakhir. 


Sebaik kilang siap dibangunkan kelak, ada kemungkinan Geely Star Wish juga akan dipasang di Malaysia untuk pasaran eksport seperti Thailand.


Spesifikasi Star Wish: Teknologi Terkini Dalam Pakej Kecil


486013708_1127335422739967_1205195320917010015_n.jpg


Star Wish yang dipamerkan di BIMS 2025 ini hadir dengan skrin infotainmen 14.6 inci, kluster instrumen digital 8.8 inci dan pencahayaan ambien 256 warna.


Ciri lain termasuk pilihan sistem audio empat atau enam pembesar suara, bekalan kuasa luaran 3.3 kW, tempat duduk hadapan larasan manual atau elektrik, pengecas tanpa wayar 50W dengan sistem penyejukan, serta sistem keselamatan ADAS yang komprehensif.


486335174_1127335482739961_8914597501292435127_n.jpg486374705_1127335486073294_6957014520331548322_n.jpg


Untuk pilihan trenkuasa, terdapat dua varian ditawarkan iaitu Standard Range dan  Extended Range. Varian Standard Range, dikuasakan oleh satu motor yang menggerakkan roda belakang dengan kuasa 79 hp dan tork 130 Nm. Kelajuan maksimum varian ini ialah 125 km/j. Varian ini dibekalkan dengan bateri LFP 30.12 kWj yang membolehkannya mencapai jarak perjalanan sehingga 310 km (CLTC). Bateri boleh dicas dengan pengecas pantas DC hingga 58 kW. 


Seterusnya, varian Extended Range turut menggunakan satu motor pacuan roda belakang, namun dengan output kuasa lebih tinggi iaitu 116 hp dan tork 150 Nm. Kelajuan maksimumnya ialah 135 km/j. Varian ini dikuasakan oleh bateri LFP berkapasiti 40.16 kWj yang menjanjikan jarak perjalanan sehingga 410 km (CLTC). Bateri boleh dicas dengan pengecas DC hingga 86 kW. 


Harga Pasaran Masih Misteri


Di BIMS 2025, harga rasmi Star Wish masih belum diumumkan. Namun, di China, model ini dijual pada harga bermula RMB69,800 (~RM46,000). Walau bagaimanapun, harga untuk pasaran Thailand dan Malaysia dijangka jauh lebih tinggi, seperti yang berlaku pada Geely E5 dan Proton e.MAS 7.

Sumber: Car2Day

Baca: Proton Mula Pembinaan Kilang EV Berteknologi Tinggi Di Tanjung Malim

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT5340

SELANGOR

BSU3556

JOHOR

JF5411J

PULAU PINANG

PSG3408

PERAK

APM1667

PAHANG

CFJ246

KEDAH

KGJ4232

NEGERI SEMBILAN

NEM2475

KOTA KINABALU

SJU5042

KUCHING

QAB7420P

Terakhir Kemas Kini 10 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

19-01-2026
EV

30-09-2026
EV

18-09-2026
EV

10-09-2026
EV

12-08-2026
Berita Auto

PROTON & e.MAS Buka 10 Cawangan Serentak Dalam Masa 10 Hari

Kembangkan Empayar: PROTON & e.MAS Lebar Sayap, Pecah Rekod Buka 10 Cawangan Dalam 10 Hari.

24-07-2026
EV

30-06-2026
Berita Auto

26-05-2026

Berita Terkini

EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.