Insentif Cukai EV Tamat Tahun Ini? Ini Impaknya Kepada Harga Kereta

Masa depan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia masih menjadi tanda tanya. Insentif cukai bagi EV import sepenuhnya (CBU) dijadualkan tamat pada hujung tahun ini, manakala pengecualian untuk EV pemasangan tempatan (CKD) masih diteruskan hingga 2027. Persoalannya, apakah yang akan terjadi setelah semua insentif ini ditamatkan kelak?
Jawapannya, harga EV bakal meningkat secara mendadak, sekali gus memperlahankan kadar penerimaan teknologi hijau di negara kita.
Kenaikan Harga EV: Sejauh Mana Kesannya?

Jika pengecualian cukai tidak diteruskan selepas hujung tahun ini, semua EV CBU akan dikenakan duti import 30% dan duti eksais antara 10% hingga 30%, selain cukai jualan sedia ada sebanyak 10%. Ini bermakna, pengguna bakal melihat lonjakan harga yang ketara bagi model-model EV yang ada di pasaran.
Berikut adalah contoh perubahan harga untuk beberapa model EV terlaris di Malaysia buat masa ini:
- BYD Atto 3 (kini RM123,800) → RM177,034
- Tesla Model 3 RWD (kini RM181,000) → RM258,380
- Proton e.MAS 7 Prime (kini RM109,800) → RM157,014 (jika CKD tidak dimulakan tahun ini)
Kenaikan harga ini pastinya akan mengurangkan daya tarikan EV dalam kalangan pembeli tempatan, kerana EV bakal dipasarkan pada harga kurang mampu milik. Situasi ini akan memperlahankan peralihan ke arah kenderaan mesra alam.
-full_normal.jpg)
Jadual di atas menunjukkan senarai EV berserta cukai jalan (LKM) dan anggaran harga jualan selepas 2025
Kurang Keyakinan untuk Pelaburan CKD
Ketidaktentuan dasar selepas 2027 membuatkan pengeluar kenderaan kurang yakin untuk memulakan pengeluaran EV CKD di Malaysia. Walaupun terdapat jenama yang berminat dengan pemasangan tempatan, ramai masih bersikap tunggu dan lihat, terutamanya dengan semakan duti eksais bagi nilai pasaran terbuka (OMV) yang telah ditangguhkan sebelum ini dan kini dijadualkan berkuat kuasa tahun depan.
Info: OMV atau Other Market Value merujuk kepada harga asas kenderaan yang ditetapkan pengeluar berdasarkan kos pengeluaran sebelum kerajaan mengenakan sebarang cukai.
Tanpa hala tuju dasar yang jelas, pelaburan dalam pemasangan tempatan dan infrastruktur EV berisiko terbantut, sekali gus menyebabkan Malaysia ketinggalan dalam perlumbaan global ke arah elektrifikasi automotif.
Baca: XPeng Laksana CKD, Rancangan Masih Samar!
-full_normal.jpg)
Sambungan senarai EV berserta cukai jalan (LKM) dan anggaran harga jualan selepas 2025
Rangkaian Pengecas EV: Mampukah Sasaran 10,000 Unit Dicapai?
Selain itu, turut menimbulkan kebimbangan adalah perkembangan fasiliti pengecasan EV di Malaysia yang masih bergerak perlahan, jauh daripada sasaran 10,000 pengecas menjelang akhir 2025. Syarikat pengendali pengecas (CPO) sudah mula mengurangkan pembangunan stesen pengecas kerana permintaan yang rendah.
-(1)-full_normal.jpg)
Jika insentif cukai dimansuhkan dan harga EV melonjak, usaha memperluaskan infrastruktur pengecasan mungkin terhenti sepenuhnya, lebih-lebih lagi kerana CPO tidak menerima sebarang dana kerajaan untuk menyokong pengembangan rangkaian.
Baca: EV di Malaysia: Masa Depan Cerah, Tapi Apa Nasib Bateri Terpakai?
Risiko Jika Insentif Cukai EV Dihapuskan
Malaysia telah menetapkan sasaran tinggi untuk peralihan kepada EV iaitu 20% daripada jualan kenderaan baharu ialah xEV menjelang 2030, 50% menjelang 2040 dan 80% menjelang 2050. Namun, sasaran ini sukar untuk direalisasikan sekiranya insentif cukai EV ditarik terlalu awal.


Ini bukan sahaja akan memperlahankan kadar penerimaan EV dalam pasaran, malah ia juga akan menghalang pengeluar dari melabur dalam pemasangan CKD, menyukarkan pengguna memiliki EV kerana harga lebih tinggi dan mengehadkan pilihan pembeli.
Apa Yang Boleh Dilakukan?
Untuk memastikan Malaysia kekal di landasan yang tepat untuk menuju ke arah masa depan yang lebih hijau, dasar insentif cukai EV wajar dilanjutkan.
Orang ramai boleh memainkan peranan dengan menyuarakan pendapat kepada pembuat dasar tentang kepentingan harga EV yang mampu milik, menyokong petisyen yang menggesa lanjutan insentif cukai dan meningkatkan kesedaran di media sosial tentang kesan pemansuhan insentif cukai EV.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRH1063
SELANGOR
BSR7713
JOHOR
JA6449J
PULAU PINANG
PSE523
PERAK
APK973
PAHANG
CFH2337
KEDAH
KGH2172
NEGERI SEMBILAN
NEL359
KOTA KINABALU
SJT1956
KUCHING
QAB2348P
Terakhir Kemas Kini 23 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Struktur Cukai Baharu Lebih Adil Untuk Pemilik Kenderaan Elektrik
Sebaik tempoh pengecualian cukai jalan kenderaan elektrik (EV) ditamatkan sehingga akhir 2025, pengguna EV di Malaysia akan mula dikenakan cukai dengan struktur baharu yang dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2026.
30-09-2025
Berita Terkini
Bukan SUV Biasa? Gambar Tular SUV Berbalut Penyamaran Cetus Tanda Tanya
Ingat Enjin Petrol, Rupanya Ada Port Pengecas! Kelibat SUV 'Perodua QV-E' Berbalut Stiker Penyamaran Tular.
23-07-2026
RUU 2026: Syarat Pendaftaran EV Bakal Lebih Ketat
Cukai Jalan EV Boleh Ditolak? Ini Syarat Ketat Pendaftaran Baharu Yang Anda Wajib Tahu.
22-07-2026
EV Gerak Sambil Cas Bateri, Selesai Masalah Range Anxiety
Kereta elektrik bergerak sambil dicas dengan panel solar.
22-07-2026
Rekod Baharu Sepang! Lotus Emeya R Catat Masa 2:20.317, EV Terpantas dalam Sejarah
Lotus Emeya R Catat Rekod Pusingan EV Terpantas di Litar Sepang.
20-07-2026
Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW
Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.
17-07-2026
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat