ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Sedan Elegan Volvo ES90 Didedahkan – 671 HP, 700 KM, Cas Sepantas 20 Minit

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Volvo-ES90-EV-43.jpg


Selepas imej acahnya didedahkan Februari lalu, Volvo ES90 akhirnya membuat kemunculan global sebagai sedan elektrik premium pertama daripada jenama Sweden itu. Model ini bukan sahaja hadir dengan reka bentuk moden, tetapi turut menampilkan pelbagai teknologi canggih serta jarak pemanduan elektrik mencecah 700 km dengan sekali cas.


Reka Bentuk Elegan dan Sporty


Volvo-ES90-EV-51.jpgVolvo-ES90-EV-50.jpg


Dari segi reka bentuk, ES90 mengekalkan gaya sedan tiga kotak yang tradisional tetapi diserlahkan dengan elemen moden seperti bumbung aerodinamik, but belakang jenis liftback, serta jarak kelegaan tanah yang sedikit tinggi, menyerupai crossover.


Volvo-ES90-EV-61.jpgVolvo-ES90-EV-60.jpgVolvo-ES90-EV-63.jpgVolvo-ES90-EV-65.jpgVolvo-ES90-EV-53.jpgVolvo-ES90-EV-54.jpg


Seperti model Volvo lain, ES90 menampilkan lampu hadapan LED berbentuk ‘T’ atau tukul Thor, lampu belakang LED berbentuk ‘C’, pemegang pintu jenis terbenam dalam untuk aerodinamik, serta rim besar bersaiz 22 inci.


Volvo-ES90-EV-52.jpg


ES90 sebuah jentera yang elegan dengan panjang 5,000 mm, lebar 1,942 mm, tinggi 1,546 mm, serta jarak roda 3,102 mm. Dimensi ini meletakkannya dalam kategori yang hampir sama dengan model seperti BMW i5 dan Mercedes-Benz EQE.


Kabinnya Mewah, Dilengkapi Teknologi Terkini


Volvo-ES90-EV-71.jpgVolvo-ES90-EV-74.jpgVolvo-ES90-EV-75.jpgVolvo-ES90-EV-72.jpg


Sebagai sedan flagship Volvo yang terbaru, sentuhan yang diberikan kepada ruang kabin ES90 cukup istimewa, sarat dengan ciri mewah dan teknologi canggih. 


Antara ciri utama termasuk skrin sentuh potret berukuran 14.5 inci dengan sistem Google, kluster instrumen digital 9.0 inci dengan papar pandu (HUD), serta kemasan dalaman bertemakan Scandinavia yang diperbuat daripada bahan kitar semula.


Volvo-ES90-EV-23.jpgVolvo-ES90-EV-76.jpgVolvo-ES90-EV-59.jpgVolvo-ES90-EV-64.jpg


Tempat duduk belakang boleh direbahkan secara berasingan, sementara ruang but standard berkapasiti 425 liter boleh diperluaskan hingga 1,256 liter sekiranya kedua-dua  tempat duduk belakang diturunkan. 


Ruang storan kecil (frunk) berkapasiti 22 liter turut disediakan di hadapan untuk menyimpan kabel pengecas dan alatan lain.


Sistem Keselamatan Canggih


Volvo-ES90-EV-19.jpgVolvo-ES90-EV-42.jpg


ES90 hadir dengan sistem teknologi Superset Volvo yang dikuasakan oleh dua cip pemproses Nvidia Orin X. Ini membolehkannya memproses lebih daripada 500 trilion operasi sesaat, menjadikannya antara sedan paling pintar di pasaran.


Model ini juga dilengkapi dengan sensor LiDAR, radar luaran, serta pelbagai kamera dan sensor bagi meningkatkan tahap keselamatan dan keupayaan pemanduan autonomi.


Prestasi dan Keupayaan Cas Pantas


Volvo-ES90-EV-1.jpgVolvo-ES90-EV-28.jpg


Volvo ES90 dibina atas platform SPA2 dengan sistem 800V, membolehkannya menyokong pengecasan pantas sehingga 350 kW. Dengan sistem ini, masa yang diperlukan untuk dicas dari 10-80% hanya 20 minit, dan dengan hanya 10 minit pengecasan, jentera boleh mampu mencapai jarak perjalanan sejauh 300 km. 


Volvo-ES90-EV-33.jpg


Model ini hadir dalam tiga varian dengan prestasi berbeza:

  1. Single Motor Extended Range – 328 hp, 480 Nm, bateri 88 kWj, pecutan 0-100 km/j dalam 6.9 saat, jarak EV 650 km (WLTP) atau 700 (CLTC)
  2. Twin Motor AWD – 443 hp, 670 Nm, bateri 102 kWj, pecutan 0-100 km/j dalam 5.5 saat, jarak EV 700 km (WLTP) atau 740 km (CLTC)
  3. Twin Motor Performance – 671 hp, 870 Nm, bateri 102 kWj, pecutan 0-100 km/j dalam 4 saat, jarak EV 700 km (WLTP) atau 740 km (CLTC)

Volvo-ES90-EV-37.jpgVolvo-ES90-EV-32.jpg


Walaupun mampu menghamburkan kuasa yang tinggi, kelajuan maksimum semua varian ES90 dihadkan pada 180 km/j.


Jualan Bermula Musim Panas Ini, Pasaran RHD Perlu Menanti


Volvo-ES90-EV-80.jpgVolvo-ES90-EV-79.jpg


Jualan Volvo ES90 dijangka bermula pada musim panas ini di pasaran pemanduan sebelah kiri (LHD), dengan harga permulaan sekitar €72,000 (~RM343,893) di Eropah. Bagi pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD) seperti UK, pelancaran dijangka berlaku dalam tempoh kira-kira setahun lagi. 


333441_90_90_day_event.jpgVolvo-ES90-EV-85.jpg


Di Malaysia, Volvo Car Malaysia (VCM) baru-baru ini membuka pendaftaran minat untuk EX90 dan XC90 facelift, menandakan lebih banyak model Volvo bakal memasuki pasaran tempatan. Walaupun tiada pengesahan rasmi, ES90 mungkin akan tiba di Malaysia seawal tahun depan. Namun, pengecualian cukai EV yang bakal tamat boleh menjadi faktor yang mempengaruhi pelancaran model ini di pasaran tempatan.

Baca: Pendaftaran Minat Volvo EX90 & XC90 Baharu Kini Dibuka


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ9827

SELANGOR

BST8963

JOHOR

JE5916J

PULAU PINANG

PSF7343

PERAK

APL6244

PAHANG

CFH7982

KEDAH

KGJ2151

NEGERI SEMBILAN

NEL9551

KOTA KINABALU

SJU2247

KUCHING

QAB6004P

Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

02-01-2026
Berita Auto

19-06-2025
EV

07-03-2025
EV

06-03-2025
EV

04-03-2025
EV

21-02-2025
EV

10-02-2025

Berita Terkini

EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026
EV

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.